Bismillah..Dengan
nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Salah satu ayat al-quran
bermaksud:
"Bacalah
serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada
al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan
mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya
dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan."
(Surah al-Ankabut: 45).
Dinyatakan dalam
ayat ini bahawa solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
Sering ditanya kenapa ada orang bersolat tapi masih melakukan perbuatan yang
tak baik.. Antara jawapan yang saya dengar dari ilmuan adalah kerana solat
mereka tak sempurna. Antara sebab solat tak sempurna adalah rukun solat tak
dijaga dengan baik.
Saya ingin menyentuh
berkenaan sujud. Dek kerana seringkali melihat ramai yang solat tidak sempurna
sujudnya, saya bimbang akan ditanya di akhirat nanti kenapa saya tahu tapi tak
tegur mereka. Jadi saya gunakan peluang di sini untuk memperingati diri saya
dan pembaca berkenaan cara sujud yang sempurna. Moga bermanfaat.
Dari apa yang saya pernah belajar, dalam sujud, 7 anggota terlibat..dahi,
hidung, tapak tangan, lutut dan jari-jari kaki..saya ikut mazhab syafie.. dari
pembacaan saya ini cara sujud sempurna ikut mazhab syafie.
Peluang ni cuma saya nak gunakan untuk menekankan berkenaan kedudukan
kaki waktu sujud.
Dari apa yang saya pernah belajar, hujung jari kaki hendaklah
dibengkokkan waktu sujud..Solat kita boleh batal/tidak sah kalau hujung jari ni
tak dilipat. Kadang-kadang saya lihat, ada orang sujud sekadar letakkan sahaja
kakinya tanpa melipatkan hujung jari.. Sayang sekali jika sepanjang berbelas
tahun atau berpuluh tahun kita solat, sujud kita tak dilaksanakan dengan
sempurna. Bagi yang mampu hendaklah lipatkan kesemua hujung jari kaki dengan
sempurna, bagi yang tak mampu, macam orang yang dah berusia dan susah nak lipat
jari kaki, usahakan ikut kemampuan..Berikut gambar kedudukan kaki waktu sujud.
Boleh anda rujuk cara yang betul dan cara yang tak betul.
Harap lepas ni kita sama-sama dapat memperbaiki cara kita melaksanakan
salah satu rukun solat ni.
Maaf kalau cara saya cakap macam pandai sangat. Sekadar berkongsi apa
yang saya pernah dengar dan belajar. Mohon teguran dan nasihat dari mereka yang
alim jika ada yang kurang atau tak tepat.
p/s: Ustaz Azhar Idrus ada jawab persoalan ini di link ini.
p/s: Ustaz Azhar Idrus ada jawab persoalan ini di link ini.
Moga bermanfaat.
Mencari redha Ilahi.
Afiq Tj.
No comments:
Post a Comment