Bismillah.
Kali ni nak
kongsi sikit pengalaman jual kereta terpakai. Baru-baru ni saya nak beli kereta
baru, jadi saya rancang untuk jual kereta lama saya untuk jadi modal tambahan
buat bayar downpayment kereta baru.
Kereta proton
iswara tahun 1999.
Saya ada survey
beberapa used car, mereka boleh beli kereta saya dengan harga dalam RM 3000
sahaja. So saya baut keputusan untuk cuba jual sendiri.
Lepas survey
kat internet kaedah nak jual kereta dan prosedur-prosedur diperlukan saya pun
mula la proses menjual.
Saya iklankan
di laman web mudah.my. Mula-mula saya letak harga dalam RM 4900, kemudian saya
guna fungsi untuk edit iklan dan saya tukar harga kepada Rm 4500. Saya tulis
kat iklan tu harga boleh dirunding.
Saya plan
paling murah nak jual RM4000. Okla, untung sikit dari jual kat used car.
Iklankan kat
mudah.my memang laju response dari bakal pembeli. Beberapa orang mesej dan
telefon bermula dari beberapa jam lepas iklan saya disiarkan dalam laman web
tersebut.
Untuk jual
kereta dan tukar hak milik kereta bagi kereta yang dah habis bayar, sekarang ni
caranya secara umum adalah:
1. Hantar kereta
untuk buat pemeriksaan PUSPAKOM. Kalau pergi buat sendiri, kena bayar RM 40.
Kena buat booking dulu. Ada tempat boleh buat cepat, ada tempat lambat. Saya
buat kat PUSPAKOM Arau, Perlis. Pagi saya datang untuk booking, petang lepas lunch
dah boleh buat pemeriksaan. Kalau kat Alor Setar, orang kata kena booking
sehari sebelum kita nak buat pemeriksaan. Kalau di Sungai Petani kena booking beberapa
hari sebelum nak buat pemeriksaan.
2. Bila dah ada
pembeli, pergi kat syarikat insurans, mintak dia batalkan insurans kita dan
pembeli buat insurans baru untuk kereta yang kita nak jual tu.
3 Kemudian,
pemilik dan pembeli pergi ke JPJ, isi beberapa borang untuk tukar nama, pergi
kaunter JPJ dan terus dapat tukar nama kereta.
Dalam situasi
tertentu, ada sedikit cara berbeza boleh dilakukan, contoh kalau salah seorang
pembeli atau pembekal tak dapat pergi bersama-sama ke JPJ, ada kaedah terentu
yang boleh dilakukan untuk mundahkakn proses tukar nama kereta. Tapi saya tak
terngkan di sini sebab anda boleh google sendiri dan temnui cara tersebut.
Sebelum buat
urusan tukar nama kereta dinasihatkan untuk minta bakal pembeli buat bayaran
dulu untuk kereta kita yang dia nak beli tu untuk mengelakkan kita ditipu. Lain
la kalau bakal pembeli adalah orang yang anda kenal aatau percaya.
Ok, saya
kongsikan sikit pengalaman.
Bakal pembeli
pertama telefon untuk jumpa dan periksa kereta. Katanya dia seorang peniaga,
nak jumpa malam. Kami jumpa kat depan sebuah kedai dan beliau periksa
kereta.Saya terangkan keadaan kereta tersebut, kekurangan dan kelebihannya.
Servis dan baik pulih yang dah dilakukan. Beliau mintak kurang jadi RM 3800.
Saya mulanya nak setuju sebab saya pun nak cepat jual kereta tersebut. Tapi
rupanya beliau adalah seorang penjual kereta terpakai. Beliau tak mahu tukar
nama kereta tersebut dalam masa terdekat dan maklumkan akan hanya tukar nama
kereta tu dalam tempoh sebulan atau bila beliau jumpa pembeli yang nak beli
kereta terbsebut. Walaubagaimanapun beliau membawa duit tunai yang mencukupi
untuk buat bayaran penuh.
Saya akhirnya
tak jadi jual kereta tersebut kepada beliau sebab saya tak nak tanggung risiko
jika sesuatu berlaku kepada kereta tersebut contoh perangkap had laju, kes
polis, kereta digunakan untuk tujuan jenayah. Saya akan terlibat sama dan akan
dipertanggungjawabkan sama kerana nama kereta tersebut masih lagi nama kereta
saya.
Bakal pembeli
kedua. Seorang mekanik. Beliau periksa kereta saya, depan, belakang, atas,
bawah, luar, dalam. Test drive kereta saya, cuba memecut, buat pusingan U dan
lain-lain. Beliau minta dikurangkan harga, saya akhirnya setuju dengan harga RM
3900. Saya minta beliau bayar secara tunai pada waktu tersebut juga untuk
confirmkan bahwa dia mahu membeli kereta tersebut. Disebabkan dia ada masalah
untuk keluarkan duit dalam kuantiti banyak dari mesen ATM, saya setuju untuk
dia booking kereta tersebut dengan bayaran tunai RM 500 dan buat urusan tukar
nama dan pembayaran penuh pada hari lain. Alhamdulillah akhirnya kereta tu
dapat dijual dan urusan penjualan kereta tersebut dipermudahkan
Ada beberapa
pengalaman lagi sewaktu proses menjual kereta ni, seperti teknik yang saya
lakukan untuk cepat dapat response dari bakal pembeli waktu iklankan di laman
web mudah.my, pengalaman dengan beberapa bakal pembeli lain, dan beberapa
pengalaman lagi..
tapi kalau
anda nak tahu lanjut, anda boleh tanya soalan di bahagian komen di bawah dan
saya jawab setakat yang saya tahu dan saya kongsikan setakat yang anda nak
tahu.
Moga
bermanfaat.
Artikel berkaitan:
Cara jual kereta di mudah.my-Siri 1
Penetapan harga jualan kereta
update: E-mel saya di afiq_tajol@yahoo.com untuk saya bantu iklankan kereta anda nak jual di mudah.my. Tinggalkan no telefon di e-mel untuk saya hantar mesej whatsapp kepada tuan/puan.
Saya akan kenakan sedikit cas sebagai upah dan untuk bayar elemen-elemen iklan di mudah.my. Di samping itu, jika tuan-puan dapat berikan sedikit komisen jika kereta dapat dijual, amatlah saya berbesar hati.
Artikel berkaitan:
Cara jual kereta di mudah.my-Siri 1
Penetapan harga jualan kereta
update: E-mel saya di afiq_tajol@yahoo.com untuk saya bantu iklankan kereta anda nak jual di mudah.my. Tinggalkan no telefon di e-mel untuk saya hantar mesej whatsapp kepada tuan/puan.
Saya akan kenakan sedikit cas sebagai upah dan untuk bayar elemen-elemen iklan di mudah.my. Di samping itu, jika tuan-puan dapat berikan sedikit komisen jika kereta dapat dijual, amatlah saya berbesar hati.
ada pengalaman tak cara nak jual kereta yg belum abis loan kat mudah..?lg 1, kalu kereta NGV ,senang x nak jual..?
ReplyDeleteSalam tuan.minta tolong iklankan kereta saya boleh?nanti saya bayar upah. Dah banyak kali try kat mudah,tp xboleh2 knapa xtau la
ReplyDeleteKeta Ada lg ka
DeleteSalam.sya nak jual kereta preve tahun 2012.tp xde pglaman dr segi pgurusan dan harga jualan kereta.hrp sgt mmbantu
ReplyDeleteSalam.sya nak jual kereta preve tahun 2012.tp xde pglaman dr segi pgurusan dan harga jualan kereta.hrp sgt mmbantu
ReplyDeleteAs-salam..tuan sy ada keta wira arebx thn 2002.tp masih ada baki setahun lg..macam mna cara/blh x tlg sy
ReplyDeleteAs-salam..tuan sy ada keta wira arebx thn 2002.tp masih ada baki setahun lg..macam mna cara/blh x tlg sy
ReplyDeleteAs,salam nk tnya..brp upah yg tuan ambil..tlg iklankan kereta yg nk dijual..t,ksh..
ReplyDeletebrpe uph ye?
ReplyDeleteAre you tired of seeking loans and Mortgages,have you been turned down constantly By your banks and other financial institutions,We offer any form of loan to individuals and corporate bodies at low interest rate.If you are interested in taking a loan,feel free to contact us today,we promise to offer you the best services ever.Just give us a try,because a trial will convince you.What are your Financial needs?Do you need a business loan?Do you need a personal loan?Do you want to buy a car?Do you want to refinance?Do you need a mortgage loan?Do you need a huge capital to start off your business proposal or expansion? Have you lost hope and you think there is no way out, and your financial burdens still persists? Contact us (gaincreditloan1@gmail.com)
ReplyDeleteYour Name:...............
Your Country:...............
Your Occupation:...............
Loan Amount Needed:...............
Loan Duration...............
Monthly Income:...............
Your Telephone Number:.....................
Business Plan/Use Of Your Loan:...............
Contact Us At : gaincreditloan1@gmail.com