Wednesday, September 16, 2015

Cara Jual Kereta di Mudah.my-Siri 3 (Sudut gambar-1)

Kali ni saya nak kongsi tentang sudut gambar. Ini hanya sekadar dari pengalaman dan permehatian saya. Bukan semestinya akan tepat dan sesuai untuk semua keadaan. Saya kongsikan untuk anda yang newbie. Yang takda pengalaman jual kereta di mudah.my.

1. Gambar bahagian luar kereta.
- tangkap gambar bahagian depan atau sudut tepi kereta yang boleh nampak bahagian depan dan tepi kereta atau bahagian belakang dan tepi kereta.

- gambar bahagian luar kereta penting untuk tambahkan keyakinan bakal pembeli dn tunjukkan keadaan kereta kita adalah baik.

-kalau kereta anda pernah pengalaman atau ada sudut-sudut yang tidak cantik di bahagian luar kereta, tangkap gambar yang tak nampakkan sangat bahagian-bahagian tersebut.

Ia bukan tujuan nak tipu bakal pembeli tapi untuk memberikan first impression yang baik. Nanti bila pembeli tanya dan nak beli atau nak tengok kereta, anda bagitau la ada kerosakan sikit atau ada bahagian tak cantik sikit di situ dan sini.

Bincang dengan dia yang dah berminat nak beli kereta anda tu, dan deal bagi boleh jual jugak kat dia walaupun ada kekurangan tersebut. Cara nak deal tu saya bincang dalam tajuk lain la.

2. Gambar stearing yang menampakkan meter dan odometer.
-saya biasanya akan masukkan gambar ni

-tujuannya untuk yakinkan bakal pembeli bahawa kita tak menipu dan bacaaan milage yang kita berikan adalah betul.
-gambar sebenarnya boleh menampakkan keperibadian anda juga. Orang tengok jenis stering anda pakai pun, orang dah tau anda ni pengguna kereta yang macam mana. Jenis sporty ke, jenis orang biasa-biasa ka..
-sebelum ni saya ada bincangkan tentang target market kan. Kalau target market anda bukan orang yang jenis suka kereta sporty, anda jangan nampakkan sangat stearing anda yang sporty tu. tak payah tunjuk la anda pakai stearing ferari walaupun anda nak jual kereta iswara aeroback ja.

Dua ni gambar utama.

Gambar-gambar lain anda boleh tunjukkan bergantung kepada apa kelebihan yang anda nak tunjukkan, yang ada pada kereta yang anda nak jual.

Fikir betul-betul siapa target market anda, dan apa kelebihan yang dia suka. Survey penjual kereta lain yang sama dengan anda, apa kelebihan kereta anda berbandig kereta mereka.

Jika anda target bakal pembeli yang suka gear auto, wanita.
-masukkan gambar yang menampakkan gear auto anda

Jika kelebihan kereta anda ada radio yang boleh main usb, dvd dan lain-lain
-masukkan gambar yang menampakkan pemain radio atau pemain dvd anda

Jika kelebihan kereta anda adalah tayar yang baru ditukar
-masukkan gambar yang menampakkan bunga tayar kereta anda. Cara dia, anda ambil duit syiling 20 sen atau 50 sen, kemudian letakkan di celah-celah bunga tayar kereta anda, kemudian tangkap gambar.
- orang akan dapat agak kedalaman bunga tayar kereta anda dan yakin dengan dakwaan anda bahawa tayar kereta anda baru

Jika kelebihan kereta anda adalah mempunyai tayar berjenama yang bermutu
-tangkap gambar yang menampakkan jenama tayar kereta anda

Jika target market anda adalaah pengguna yang sukakan kereta sporty, suka modified kereta, suka sportrim cantik
-tunjukkan gambar sportrim cantik kereta anda, bagi tau dalam ayat anda bawaha sportrim anda cantik dan mahal. Mereka ni akan rasa lebih jimat bila beli kereta anda sebab tak perlu beli sportrim baru.
-Hati-hati: Kalau target market kereta anda adalah orang yang tak suka kereta sporty, tak suka modified kereta, sopan, para ibu. Anda jangan cerita sangat tentang sportrim anda tu dan tak payah fokus sangat dengan sportrim anda tu. Mereka kurang minat dan kemungkinan ada perspsi negatiif pulak

Jika kelebihan kereta anda adalah mempunyai sarung kusyen kulit atau separa kulit
-masukkan gambar yang menampakkan sarung kusyen anda

Jika anda nak tonjolkan kelebihan kereta anda adalah mempunyai bonet yang besar (berbanding kancil, viva atau myvi..atau besar lagi daripada saga dan lain-lain)
-masukkan gambar yang menampakkan kebesaran bonet anda.
-masukkan banyak-banyak barang atau banyak-banyak beg dan tangkap gambar
-atau susun kesemua barang-barang yang muat untuk dimasukkan ke dalam bonet anda di belakang kereta (sambil bonet terbuka), untuk tunjukkan bahawa semua barang tu muat diisi ke dalam bonet kereta anda.
-Jangan lupa letak satu petunjuk saiz untuk mudahkan orang anggar berapa saiz bonet dan barang-barang anda. Petunjuk saiz adalah sesuatu yang biasa orang nampak atau ada, yang orang dapat anggarkkan saiznya (contoh: bola sepak, raket, kasut, dan lain-lain..kalau nak hebat lagi letak la pembaris panjang satu..orang tau la 1 pembaris panjan tu 30cm..hehe..)

Ok, bateri laptop nak habis, nanti saya share lagi.

Kalau bermanfaat untuk anda share la di facebook ke..tak pun komen ke kat bawah ni..semangat sikit saya nak kongsi tips-tips seterusnya.

Thursday, September 10, 2015

Cara Jual Kereta di Mudah.my-Siri 2 (Penetapan Harga)

Saya kongsikan sedikit pengalaman dan ilmu serta pendapat saya berkenaan penetapan harga dalam menjual kereta di mudah.my. Cara ini tak semestinya sesuai untuk semua keadaan. Dan cara ini boleh juga kadang-kadang digunakan untuk jualan lain, seperti jual motorsikal (saya pernah buat dan dapat jual sebuah motorsikla di mudah.my)

Macam mana nak letak harga jualan kereta di mudah.my

1. Ana kenalpasti market calue kereta anda.

Caranya?

Anda search harga jualan kerta yang sama spec dan sama tahun dengan anda dari seluruh Malaysia, dalam mudah.my. Biasanya harga yang lebih kurang sama tu, adalah market value.

Market value tu maksudnya harga semasa kereta anda.

Nak tahu lebih tepat, anda boleh tengok harga yang dijual oleh company. Company ni biasanya kedai kereta terpakai. Mereka biasanya jual kereta ikut harga market value kerana bank pun akan bagi loan ikut market value. Kalau mereka jual mahal-mahal pun, tak lepas loan.

2. Ok, anda dah tahu market value. Langkah kedua adlaah letak harga lebih kurang daripada market value.

Ada beberapa strategi. Kalau kereta anda lebih kurang sama ja macam kereta yang orang lain jual, anda boelh letakkan harga kereta anda kurang sedikit daripada harga yang orang lain jual. Tapi jangan kurangkan banyak sangat. Mungkin dalam RM100-RM500.

Dengan cara ni, ia lebih menarik pembeli berpotensi. Ini kerana, mereka akan rasa akan lebih jimat beberapa ratus jika membeli kereta anda.

Anda nak rugi RM100-RM500 atau anda nak rugi sebab tak dapat jual kereta anda?

3. Jangan letak harga terendah yang anda boleh tawarkan.

Sesetenagah penjual, nak jual cepat kereta mereka. Atau tak kisah sangat harga jualan, rugi sikit pun takpa.

Walaupun anda berfikiran begini, jangan letakkan harga terendah anda di mudah.my.

Letakkan harga yang rendah sedikit dari harga market value dalam mudah.my. Kemudian anda tulis "Harga boleh dirunding" HHarga boleh kurang lagi"

Sebab, pembeli di mudah.my biasanya akan mintak pengurangan harga. Jika anda letak harga terendah anda, nanti anda akan rugi.

Sekurang-kurangnya bila pembeli call anda dan mintak kurang, anda boleh beritahu harga berdekatan dengan harga terendah anda atau terus bagitahu harga terendah anda.

Jangan letakkan harga terendah tersebut di mudah.my kerana anda akan menzalimi penjual lain juga. Mereka pun nak untung dan nak cover kos mereka yang anda tak perlu tampung..kos kedai, kos iklan, balance hutang bank dan lain-lain.

4. Jika kereta anda ada kelebihan berbanding kereta-kereta lain dalam model dan spec yang sama yang dijual di mudah.my, anda boleh letakkan harga yang lebih berbanding harga 'market value' di mudah.my.

Ianyan dipanggil 'added value'. Sekiranya ada 'added-value', orang sanggup untuk beli kereta anda pada harga yang lebih mahal.

Mungkin kereta anda ada tayar baru, mungkin sarung kusyen kulit, atau sportrim berkualiti, atau pemain DVD berkualiti, kamera belakang..dan lain-lain.

Ok, nanti ada masa saya sambung lagi. All the best.

Siri 1: Target market
Siri 3: Gambar

Tuesday, August 18, 2015

Cara Jual Kereta di Mudah.my-Siri 1

Assalamualaikum, artikel yang saya tulis sebelum ini tentang pengalaman saya jual kereta di mudah.my agak popular. Ramai yang baca artikel tu. Dan ramai yang nak tahu maklumat dan cara jual kereta di mudah.my. Ada yang mesej dan telefon untuk minta tolong saya jualkan di mudah.my.

Setakat ni saya dah iklankan 4 kereta di mudah.my. 2 kereta dapat dijual, 2 lagi tak dapat dijual kerana:
1. Kereta A: Harga pasaran terlalu murah dan owner nak kena tambah duit sendiri banyak sangat untuk bayar baki loan bank, jadi owner tak jadi nak jual

2. Kereta B: Saya tolong Pakcik untuk jual kereta dia, saya guna banyak fungsi yang ada di mudah.my dan habis modal dalam lebih RM30 jugak tak silap untuk bagi iklan tu ditunjukkan de bahagian tepi website mudah.my. Tak dapat jual, sebab Pakcik saya terlebih dahulu jual kepada used car dengan harga yang juah lebih murah. Saya dah nyaris nak dapat pembeli sebenarnya tapi takpala, Pakcik saya pun nak pakai duit cepat dan bukan rezeki saya untuk dapat sedikit komisen dari jualan tu.

Ok, saya kongsikan sikit tips, idea dan cadangan untuk jual kereta di mudah.my.

Ada panduan untuk golongan beginner, dan ada panduan untuk golongan advance. Panduan untuk orang advance agak pening sikit untuk orang beginner tapi lebih tinggi kebarangkalian untuk dapat jual pada harga sesuai. Ikut rezeki la.

Saya takkan ajar cara anda nak masukkan iklan untuk jual kereta anda di sini, saya rasa ada orang dah kongsikan kot. Kalau takda orang kongsikan lagi, bagitau kat ruang komen, nanti ada masa saya buat.

Sebelum jual, anda kena bayangkan anda sebagai bakal pembeli. Kalau anda nak beli kereta di mudah.my, apa yang akan anda buat, apa yang anda akan analisis dan tengok.

Saya ada pengalaman sebagai penjual dan pencari kereta di mudah,my. Saya cari kereta di mudah.my berbulan-bulan jugak. Selalu ja tengok iklan di mudah.my masa nak buat keputusan nak beli kereta baru dulu.

Ok, tips.

1. Target market: Anda tengok kereta anda tu jenis macam mana dan siapa yang sesuai beli kereta anda.
- Kalau anda nak jual kereta mahal, dah tentu pembelinya orang yang banyak duit, kerja eksekutif, senang nak buat loan dan lain-lain

- Kalau anda nak jual kereta Kancil manual, dah tentu pembelinya seorang yang berjimat cermat, atau orang yang kurang berkemampuan tapi sangat perlukan kereta untuk keperluan keluarga.
-Kalau kereta anda jenis kereta lumba, dah tentu pembelinya orang muda yang minat kereta lumba macam anda

Bila anda dah dapat fikirkan target market yang sesuai atau kategori pembeli yang sesuai untuk beli kereta anda, baru anda boleh buat keputusan tentang macam mana nak iklankan kereta anda.

Tips: Kalau anda target bakal pembeli dari golongan tak minat kereta lumba, perempuan ayu yang nak bawak kereta sopan santun, jangan anda iklankan kereta anda adalah sebuah kereta lumba. Anda cakaplah kereta anda dijaga rapi, basuh tiap hari, servis tip top..dan tak perlu la anda ceritakan kereta anda ada sayap, ada sportrim besar dan lain-lain..Gambar aksesori-aksesori ni pun kalau boleh anda jangan tunjukkan...

Ok, tu tips pertama..dah ngantuk. Nanti sambung lagi. Kalau anda rasa nak tahu lagi tips seterusnya, elok anda komen kat bawah. Semangat sikit saya nak kongsi.hehe..;)

Tips seterusnya:
-pemilihan gambar atau sudut gambar
-strategi penetapan harga
-maklumat-maklumat yang perlu dimasukkan
-ayat cliche (yang ni saya fikirkan semula nanti perlu tak saya kongsi)

Sekadar cuba membantu serba sikit.

Siri 2: Penetapan Harga
Siri 3: Gambar

Sunday, August 9, 2015

Nombor KKM baru untuk Baby Herbal Cream Tropika

Kini pembekal Baby Herbal Cream Tropika telah menambahbaik komponen keselamatan produk ini.

Anda boleh merujuk laman sesawang KKM untuk melihat kelulusan yang telah diberikan kepada Baby Herbal Cream Tropika.

Nombor KKM baru untuk Baby Herbal Cream Tropika adalah: NOT150604372K

SURIAF ENTERPRISE (UA0009216-K)

Senarai Agen COD Krim Herba Tropika/Baby Herbal Cream Tropika di 12 Negeri:


Artikel lain yang berkaitan:

Page Facebook Krim Herba Tropika COD

Ibu Bapa Ini Rasa Lega Selepas Sapukan BayiMereka yang Batuk dan Selsema dengan Baby Herbal Cream Tropika

Ibu Bapa Ini Lega Apabila Bayi Mereka Kurang Kembung Perut dan Muntah-muntah Selepas Menggunakan Baby Herbal Cream Tropika

Anda Tertanya-tanya Apa Kandungan Bahan dalam Baby Herbal Cream Tropika?

Baby Cream for Cough and Flu

Page Facebook Baby Herbal Cream Tropika Kedah, Penang, Perlis

Nombor Rujukan KKM untuk Produk Baby Herbal Cream Tropika

Wednesday, August 5, 2015

Apa Perlu Buat Jika Silap Beli Kereta Lebih Kemampuan

Ok. Saya nak share sikit apa yang orang lain share kat saya.
Kalau anda silap buat keputusan dalam pengurusan kewangan dengan membeli kereta melebihi kemampuan. Harga kereta melebih jumlah pendapatan anda setahun.
Rasa terbeban. Kos sara hidup bertambah.
Kena bayar roadtax. Cukai dah kena GST. Beli tayar pun kena GST. Minyak naik.. dan macam-macam lagi la.
Akhirnya anda sedar bahawa anda sebenarnya tak mampu miliki kenderaan yang anda ada sekarang.
Apa nak buat?
1. Kalau anda ada banyak duit simpanan. Boleh jual. Tapi terpaksala anda tanggung tambahan baki bayaran bank yang tak cukup. Kadang-kadang samapai RM 10000. Ia lebih baik. Daripada anda menanggung beban hutang bertahun-tahun. Simpanan yang anda buat pada bulan-bulan seterusnya akan dapat pulihkan kembali kewangan anda.
2. Pajak kepada syarikat kereta sewa yang boleh dipercayai seperti syarikat kereta sewa Green Matrix kepunyaan Encik Wahi. Mereka bukan sahaja tolong jaga kereta anda. Mereka tolong servis dan kos mereka tanggung. Mereka akan bayar bayaran bulanan kepada bank. Mereka akan bayar cukai dan roadtax. Dan mereka akan bagi komisen dalam Rm200 sebulan.
-serta merta kenderaan anda berubah dari liabiliti menjadi aset.
-bukan setakat anda dapat buat saving tambahan. Malah anda dapat pendapatan tambahan pula.
-lepas setahun atau dua tahun. Bila nilai kenderaan anda di pasaran dan baki hutang anda di bank lebih kurang sama.
Anda dah boleh jual kereta anda tanpa perlu buat tambahan duit yang banyak atau mungkin tak perlu tambah langsung.
#untuk anda yang ada target nak beli rumah atau nak buat pelaburan hartanah melalui pinjaman atau pembiayaan bank.
Pilihan terbaik adalah pilihan 1 kerana ia akan mengurangnkan DSR anda. Jadi loan anda lebih mudah lulus atau lebih mudah nak lepas bila nak beli rumah.

Friday, July 24, 2015

Agen Dropship Diperlukan


Kepada anda yang:

1. Ingin tambah pendapatan,
2. nak cari side income,
3. duit bulanan tak cukup,
4. nak tambah duit untuk bayar hutang,
5. nak tambah duit untuk tampung perbelanjaan harian,
6. nak tambah duit untuk tampung beli susu dan pampers anak
7. Nak simpan duit untuk kahwin
8. Nak kumpul duit untuk bayaran muka kereta baru
9. Duit gaji tak cukup
10. Nak bayar hutang kad kredit
11. Nak bayar GST
12. Baru nak belajar berniaga
13. Nak cari pengalaman berniaga, menjual, buat sales

Dan yang sama waktu dengannya.

Saya pelawa anda untuk jadi agen dropship saya untuk produk Baby Herbal Cream Tropika.

Produk ini sangat laris di pasaran. Perminataan tinggi.

Tahukah anda, ada seorang jutawan di Malaysia yang menjadi jutawan ketika usia 19 tahun, mulakan perniagaan beliau dengan cara menjadi agen dropship?

Jadi jangan pandang rendah pada bisnes cara dropship.

Untuk  maklumat lanjut sila whatsapp 012-8984520.

Terima kasih.

SURIAF ENTERPRISE (UA0009216-K)

Senarai Agen COD Krim Herba Tropika/Baby Herbal Cream Tropika di 12 Negeri:


Artikel lain yang berkaitan:

Page Facebook Krim Herba Tropika COD

Ibu Bapa Ini Rasa Lega Selepas Sapukan BayiMereka yang Batuk dan Selsema dengan Baby Herbal Cream Tropika

Ibu Bapa Ini Lega Apabila Bayi Mereka Kurang Kembung Perut dan Muntah-muntah Selepas Menggunakan Baby Herbal Cream Tropika

Anda Tertanya-tanya Apa Kandungan Bahan dalam Baby Herbal Cream Tropika?

Baby Cream for Cough and Flu

Page Facebook Baby Herbal Cream Tropika Kedah, Penang, Perlis

Nombor Rujukan KKM untuk Produk Baby Herbal Cream Tropika

Friday, July 3, 2015

Wanita ini Kembali Datang Haid Selepas Beberapa Tahun Menopause


Buat anda yang telah mengalami menopause/ menghampiri umur menghadapi menopause/datang gejala-gejala nak alami menopause. Anda patut baca tulisan saya ini dan perkongsian bagaimana ibu mertua saya kembali datang haid selepas beberapa tahun menopause.

Sepertimana anda tahu, menopause adalah antara perkara yang tidak diinginkan wanita. Pelbagai kesan dan gejala di hadapi. Gejala-gejala ini kadangkala mengganggu emosi wanita.

Antara tanda awal menopause adalah haid terhenti dan tak teratur, kekeringan faraj, kulit kering, kedutan kulit dan gejala emosi.

Beberapa tahun lepas, keluarga kami diperkenalkan dengan produk Goglows. Mak mertua saya yang berumur awal 50-an yang telah putus haid beberapa tahun menggunakan Goglows Collagenfica.

Pada awalnya, beliau gunakan Goglows Collagenfica ni untuk kembalikan kelembapan kulit dan nak cantikkan kulit. Ya, Alhamdulillah nampak kesannya, kulit mak mertua saya jadi lembap seolah pakai krim pelembap.

Perkara yang mengejutkan adalah selepas berterusan menggunakan Goglows Collagenfica, tiba-tiba haid mak mertua saya datang kembali. Dan berterusan seperti sebelum menopause. Perkara ini memang sangat tak dijangka dan agak ajaib bagi kami.

Walaubagaimanapun, bila diteliti kandungan Goglows Colalgenfica, Rupanya ia mengandungi ekstrak Pueraria mirifica iaitu buah yang mengandungi phytoestrogen yang mempunyai tindakan hampir sama dengan hormon estrogen. Dari pembacaan saya, ia dapat kurangkan kesan kekurangan hormon estrogen dalam badan (antara petanda ke arah menopause adalah kurang penghasilan hormon estrogen dalam badan)

Bila saya cari maklumat lagi, rupanya hormon estrogen ni penting dan mainkan peranan untuk halang kekeringan faraj dan anjalkan kulit serta bahagian-bahagian badan wanita.

Apa yang dialami oleh ibu mertua saya mungkin tidak dapat dialami oleh anda kerana mungkin keadaan biologi dalam badan berbeza atau situasi dan keadaan badan berbeza. Namun ia mungkin mampu mengurangkan banyak sindrom menopause pada diri anda.

Kalau anda nak cuba Goglows Collagenfica boleh hubungi/mesej/whatsapp: 012-898 4520



Harga sekotak; RM 190
Kandungan sekotak: 20 sachets
Penggunaan: 1 sachet sehari
Kos penghantaran: Percuma

Hubungi/mesek/whatsapp 012-898 4520 untuk maklumat lanjut dan harga promosi.

Thursday, July 2, 2015

Ibu Bapa Ini Rasa Lega Selepas Sapukan Bayinya Mereka Yang Batuk dan Selsema dengan Baby Herbal Cream Tropika

Saya ingin kongsikan kisah pengalaman adik saya. Bayinya mengalami batuk dan selsema hingga perlu di X-ray.

Sebelum ini saya pernah menceritakan bagaimana saya akhirnya mengenali Baby Herbal Cream Tropika dan gunakan pada anak kami. Boleh klik sini untuk baca post berkenaan.

Kali ni saya nak kongsikan pengalaman yang dihadapi oleh adik saya.
Adik saya baru bersalin beberapa bulan lepas. Anaknya lahir sihat. 

Walaubagaimanapun, selepas beberapa bulan, anak sulung adik saya mengalami batuk dan selsema. Kesian. Setelah dibawa ke klinik kesihatan, Dr. yang periksa anak saudara saya ni terpaksa ambil keputusan untuk lakukan X-ray kepada anak saudara saya ini. Budak kecil kena X-ray adalah sesuatu yang menyedihkan. Tiada apa-apa yang dapat dikesan melalui X-ray.

Gambar hiasan: X ray bayi normal (Sumber: Internet)
Walaubagaimanapun Dr. bagi tempoh masa beberapa hari untuk bagi peluang anak saudara saya ini sembuh, atau Dr. mungkin terpaksa ambil keputusan untuk ambil darah dan buat ujian lanjut kerana bimbang ada penyakit tertentu yang dihadapi.

Sejak saya jadi agen jualan Baby Herbal Cream Tropika memang saya sudah beri awal-awal lagi kepada adik saya 1 kotak Baby Herbal Cream Tropika bila tahu bahawa dia akan bersalin tak lama lagi. Pesan saya, nanti gunakan pada anak, supaya anak lebih selesa dan supaya dia tak alami masalah sama seperti kami dulu.. bila anak selalu menangis dan tak tidur lena kerana perut kembung/colics.

Bila saya dapat tahu anak saudara saya menghadapi masalah selsema, saya sekali lagi mengingatkan kepada adik saya supaya amalkan guna Baby Herbal Cream Tropika kepada anaknya. Supaya anaknya rasa lebih selesa, tidur lebih lena dan tak rasa terganggu sangat dengan masalah selsemanya.  Ia juga supaya adik saya dan adik ipar saya tak tertekan jika anak mereka selalu menangis dan tak tidur lena waktu hadapai selsema.

Alhamdulillah, rupa-rupanya adik saya dan adik ipar saya menggunakan Baby Herbal Cream Tropika setiap 2 jam kepada anaknya. Disapukan ke dada, leher, belakang badan, perut dan sendi-sendi.

Alhamdulillah, anak mereka nampak lebih selesa. Dan dengan izin Allah dalam masa 2 hari masalah batuk dan selsemanya sembuh.

Baby Herbal Cream Tropika bukanlah ubat batuk dan selsema kepada bayi, tapi ia adalah produk dengan kandungan minyak kelapa dara yang bantu selesakan bayi kita dalam tempoh masa untuk system badan bayi kita berusaha menyembuhkan masalah batuk dan selsemanya.

Walaubagaimanapun, saya tetap nasihatkan untuk anda berjumpa Dr. bagi membuat pemeriksaaan kepada masalah kesihatan anak anda. Bukan hanya bergantung 100% kepada produk ini atau produk-produk lain yang diiklankan di media.

Baby Herbal Cream Tropika sebagai usaha kita supaya anak rasa lebih selesa dan tak terganggu dengan masalah batuk dan selsemanya. Seterusnya tidur mereka akan lebih lena dan kurang mereka akan kurang menangis.

Jika anda cari di laman social atau tanya kepada kawa-kawan yang pernah gunakan produk Baby Herbal Cream Tropika, pasti ramai yang akan bagi response positif. Pelanggan saya pun bagi response positif. Dan jualan saya secara sambilan telah berjaya  jual lebih 150 kotak Baby Herbal Cream Tropika samaada secara terus atau melalui agen saya.

Jika anak/bayi anda ada masalah batuk atau selsema, sama seperti anak saudara saya. Apa salahnya anda cuba untuk gunakan Baby Herbal Cream Tropika kepada anak anda. Anak lebih selesa, ibu dan ayah dapat lebih rehat.

Anda boleh dapatkan Baby Herbal Cream Tropika melalui agen-agen di bawah. Kepada yang ingin tambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa, boleh bantu kami dan pengguna lain dengan menjadi agen jualan Baby Herbal Cream Tropika di lokasi anda. Produk yang baik seharusnya dikongsi kebaikannya bersama orang lain juga:

Senarai agen jualan Baby Herbal Cream Tropika di tempat anda:

JOHOR

Johor Bahru
Mutiara Rini
013-7909906
(Nur)
Taman Tun Aminah
013-7909906
(Nur)
UTM Skudai
013-7909906
(Nur)

Kluang
Simpang Renggam
013-7909906
(Nur)
Kota Tinggi
011-33048499 (Pn. Hajar)
Pontian
Pontian
013-7909906
(Nur)
Benut
013-7909906
(Nur)


KEDAH
Kota Setar/Alor Setar
019-4113834
(Nuraini);
013-9880778 (En. Suhaib);
Anak Bukit
019-4113834
(Nuraini)
Istana Anak Bukit (sekitar)
019-4113834
(Pn. Nuraini)
Kepala Batas
019-4113834
(Nuraini)
KMC (sekitar)
019-4113834
(Pn. Nuraini)
Kompleks Al-Bukhary
013-9880778
(Suhaib)
Langgar
013-9880778
(Suhaib)
Pumpong
019-4113834
(Pn. Nuraini)
Shahab Perdana
013-9880778
(En. Suhaib)
Stadium Darul Aman
013-9880778
(En. Suhaib)
Taman Stadium
013-9880778 (En. Suhaib)

Kuala Muda
Sungai Petani
014-6380699 (Faiq)
Bedong
014-6380699 (Faiq)

Kubang Pasu
Jitra
011-11551504
(Pn. Hidayah)
Sintok
017-5197898
(Pn. Maznim)/ 017-3168908 (En. Hanif)
Kodiang
017-3168908 (En. Hanif)
Changlun
017-5197898
(Pn. Maznim)/ 017-3168908 (En. Hanif)
Bukit Kayu Hitam
017-5197898
(Pn. Maznim)/ 017-3168908 (En. Hanif)
Bandar Darul Aman/Tanah Merah
011-11551504
(Pn. Hidayah)



KELANTAN
Bachok
Nazeefah (012-9639457)
Gua Musang
011-16953401
(Pn. Nor Anida)

Kota Bharu
013-5017998 (Pn. Hidayah)

Asmara Beauty Salon, Wakaf Bharu
(018-2101069)
- (Di trafik light dari Pasir Pekan menghala ke Tumpat, belok ke kiri, jalan masuk ke stesen keretapi)
- (GPS: 6.120819, 102.206592)
http://goo.gl/SJHRQz
Kubang Kerian
013-5017998 (Pn. Hidayah)
Pasir Tumboh
013-5017998 (Pn. Hidayah)

Machang
011-16953401 (Pn. Nor Anida)
Pasir Mas
013-5017998 (Pn. Hidayah)
Pasir Puteh
Nazeefah (012-9639457)
Tanah Merah
011-16953401 (Pn. Nor Anida)


MELAKA
014-866 8364
(Pn. Nadiah)


NEGERI SEMBILAN

Port Dickson
017-5788039 (En. Salman)
Sendayan
017-5788039 (En. Salman)
Seremban
017-5788039 (En. Salman)
Seremban
013-6032713 (Nurulnajaa)
Seremban 2
013-6032713 (Nurulnajaa)
Senawang
013-6032713 (Nurulnajaa)
Tampin
012-67226323 (Pn. Angeline)


PAHANG

Kuala Lipis
011-10970499 (Pn. Rohana)
Temerloh
019-9024484 (Pn. Norfaeza)


PERAK

Ipoh
012-5971245 (Pn. Sharifah)
Parit
012-9758009 (En. Adam)

Seri Iskandar
012-5971245 (Sharifah)
012-9758009 (En. Adam)


Grik
019-5506671 (Pn. Zahidah)
013-4018608 (Pn. Syafia)

Manjung
013-3118196 (Pn. Norsham)

Teluk Intan
012-9758009 (En. Adam)


PERLIS
Arau
019-5527683 (Nadhirah)
Kangar
019-5527683 (Nadhirah)
Mata Ayer
013-3955360 (En. Syawal)
Beseri
013-3955360 (En. Syawal)
Santan
013-3955360 (En. Syawal)



SABAH
Ranau
016-8293617 (Pn. Jilly)
Keningau
016-8146010 (Pn. Cheong)
Kota Belud
014-6181752 (Maskinah)
Labuan
016-8373798 (Suzan)
Putatan
016-3922293 (Pn. Jane)
013-8632336 (Pn. Hasna)
Sandakan
Untuk jadi agen hubungi 012-8984520
Sepanggar
016-3922293 (Pn. Jane)


SELANGOR

Ampang
011-16401716 (En. Bob)
Batu Caves
011-16401716 (En. Bob)
Damansara
016-2898797/
017-3827806 (Sagun)
Kayu Ara
016-2898797/
017-3827806 (Sagun)
Selayang
011-16401716 (En. Bob)
Sentul
016-2898797/
017-3827806 (Sagun)/ 011-16401716 (En. Bob)
Gombak
011-16401716 (En. Bob)
Shah Alam
013-4355352 (Pn. Farhana)
017-9636296 (Imran)
Klang
013-4355352 (Pn. Farhana)

Subang
013-4355352 (Pn. Farhana)

Ulu Selangor
Kuala Kubu Bharu, Rasa, Batang Kali, Serendah
011-10655494 (Pn. Zarifth)
Ampang
011-16401716 (En. Bob)


KUALA LUMPUR
011-16401716 (En. Bob)
Rawang
019-3844478 (Noraznizah)
011-10655494 (Pn. Zarifth)

PUTRAJAYA
Presint 4
019-4000914 (Liyana)
Presint 9
019-4000914 (Liyana)


SARAWAK
Kuching
014-5165029 (Adilah)
Bau
014-5165029 (Adilah)
Bintulu
016-8072748 (Norarfah)/013-7015494 (Hafiz)
Sibu
013-8222780
(Pn. Halimah)
Kota Samarahan
014-5165029 (Adilah)



TERENGGANU
Besut
013-5483022 (Faiq)
Chendering
013-4018608 (Pn. Syafia)
Dungun
019-9236755
(Pn. Mariyah)
Gong Badak
014-5678620 (En. Haziq)
Hulu Terengganu
013-7626754 (Pn. Fathiah)
Hulu Terengganu
013-4018608 (Pn. Syafia)
Kuala Terengganu
013-7626754 (Pn. Fathiah)
Kuala Terengganu
013-4018608 (Pn. Syafia)
Kuala Terengganu
012-9905661 (Pn. Fatimah)
Marang
013-7626754 (Pn. Fathiah)
Setiu
013-4018608 (Pn. Syafia)
Rusila
013-4018608 (Pn. Syafia)
Chendering
013-4018608 (Pn. Syafia)





*Hubungi 012-898 4520 untuk menjadi agen jualan 
*Maklumkan kepada 012-898 4520 sekiranya tiada agen di kawasan anda




 Produk ini selamat dengan kelulusan KKM: NOT150604372K

SURIAF ENTERPRISE (UA0009216-K)

Lihat senarai agen COD kami di 13 negeri:





Negeri Sembilan: http://goo.gl/YyU8Qp




Pulau Pinang: http://goo.gl/df9YtH





Artikel lain yang berkaitan:

Page Facebook Krim Herba Tropika COD

Ibu Bapa Ini Rasa Lega Selepas Sapukan BayiMereka yang Batuk dan Selsema dengan Baby Herbal Cream Tropika

Ibu Bapa Ini Lega Apabila Bayi Mereka Kurang Kembung Perut dan Muntah-muntah Selepas Menggunakan Baby Herbal Cream Tropika

Anda Tertanya-tanya Apa Kandungan Bahan dalam Baby Herbal Cream Tropika?

Baby Cream for Cough and Flu

Page Facebook Baby Herbal Cream Tropika Kedah, Penang, Perlis

Nombor Rujukan KKM untuk Produk Baby Herbal Cream Tropika

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...