Bismillah..Assalamualaikum.
Kali
ni saya nak kongsikan berkenaan sedekah (termasuk sumbangan dan wakaf). Sekadar
untuk ingatan bersama.
Sepertimana
kita ketahui, bila kita mati, kita dah tak berpeluang untuk laksanakan amal
ibadah lagi. Walaubagaimanapun ada tiga perkara yang masih lagi dapat membantu
kita dalam meningkatkan ganjaran kebaikan yang kita dapat. Seperti hadis yang sering
kita dengar:
Dari
Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang
anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu
yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa
untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Saya
nak sentuh di sini tentang sedekah jariah. Sedekah jariah merupakan salah satu
saham besar untuk kita di alam kubur dan di akhirat.
Bayangkan
bila kita sedekah untuk pembinaan satu masjid, selagi masjid itu digunakan
orang untuk beribadah kepada Allah, selagi itu kita akan dapat pahala, walaupun
kita telah bertahun-tahun mati.
Bayangkan
pula bila kita sedekah untuk pembinaan sekolah yang menjadi tempat untuk
pelajar-pelajar menuntut ilmu yang baik..Kita akan mendapat pahala setiap kali
sekolah itu digunakan untuk menjadi tempat mengajar ilmu. Kita juga akan dapat
pahala setiap kali pelajar yang menuntut ilmu di situ mengamalkan ilmu yang
mereka dapat ketika belajar di situ. Kita juga akan mendapat pahala berterusan
apabila pelajar itu mengajarkan dan berkongsi pula ilmu yang diperolehinya
kepada orang lain dan orang lain itu juga mengamalkannya. Subhanallah.
Masjid,
sekolah, sekolah agama, kemudahan untuk pelajar sekolah adalah antara contoh
tempat-tempat terbaik untuk kita melabur saham akhirat. Saya serahkan kepada
anda untuk fikirakan tempat lain lagi..seperti pusat pendidikan untuk mualaf,
pusat pendidikan untuk anak yatim..dan banyak lagi..Subhanallah.
Walaubagaimanapun,
tak semestinya bila kita fokuskan sumbangan kepada tempat-tempat ni, kita
sampai melupakan saudara-mara kita yang susah. Saya pernah dengar kuliyah feqah
oleh Prof. Dato’ Haron Din, keutamaan sedekah yang pertama adalah kepada
saudara mara kita dulu, lihat pada adik-beradik kita, ada tak yang susah..lihat
pada mak ayah dan datuk nenek kita..susah dan perlu dibantu tak..kemudian lihat
pada adik-beradik mak ayah kita dan datuk nenek kita..juga lihat pada anak-anak
kita dan cucu-cucu kita. Pertimbangkan sebaiknya.
Pada
pandangan saya kita boleh juga aplikasikan konsep saham akhirat pada
saudara-mara kita. Contohnya dengan bantu saudara-mara kita yang yatim atau
miskin untuk hidup dengan lebih baik, bantu mereka tingkatkan pelajaran, bantu
untuk beli bahan-bahan yang dapat meningkatkan amal ibadah mereka..di samping itu
juga kita boleh hadiahkan CD kuliyah agama, majalah dan buku berfaedah seperti SOLUSI,
Gen-Q, Anis, Asuh dan lain-lain..Hadiahkan al-Quran terjemahan..Sumbangkan
buku rujukan untuk saudara-mara yang masih belajar..dan banyak lagi yang kita
boleh fikirkan.
Moga
bermanfaat.
Mohon
teguran dan nasihat atas sebarang perkara yang kurang atau tak tepat dalam
artikel saya.
Bersama
kita mencari redha Ilahi.
Afiq
Tj.
No comments:
Post a Comment