Saya nak kongsikan pengalaman saya menggunakan Proton Preve CFE. Maklumat ni mungkin berguna untuk anda yang sedang buat pertimbangan untuk beli kereta sesuai.
Saya ambil masa kira-kira 3 bulan untuk pilih kereta terbaik
untuk saya beli. Berkenaan Proton Preve CFE dan Proton Preve Excecutive, saya lawat beberapa blog seperti blog Paul Tan, blog Aku dan Kereta-Keretaku dan video youtube dan beberapa link lain untuk rujukan seperti page Preve Club di facebook
Secara ringkasnya..
Kelebihan
Enjin dan pickup
Kalau tak biasa bawak mungkin anda akan kata pickup Preve
tak kuat. Saya tak pasti tentang Proton Preve Excecutive, tapi jika untuk Proton Preve CFE, sebab yang pertama, mungkin kerana sistem suspension, berat kereta dan lain-lain, menyebabkan kita tak terasa laju sangat jika kereta ni dipandu laju. Yang kedua, anda
kena tahu macam mana nak tekan paddle minyak untuk rasakan pickup kereta Preve CFE.
Pickup Preve CFE ok ja. Kawan saya yang bawak kereta Honda
Civic FD pun kata Preve CFE ni pickup bila pertama kali dia test-drive kereta
saya.
Nak lagi pickup, tekan ‘kick paddle’ (kawan saya yang bagi nama). Cara dia, tekan paddle minyak
habis/cecah lantai. Kereta akan memecut tiba-tiba. Anda boleh rasa
sendiri tujahan enjin turbo dia. Meter RPM dari 2500-3000 rpm, dengan cepat
naik ke 4000-5500 rpm. Dari kelajuan dalam 80-90 km/j..sedar-sedar dah 120-130
km/j. Kalau tak biasa, pastikan anda cari kawasan jalan yang selamat (lurus dan
laluan panjang), untuk cuba. Berguna untuk memotong, bila ada kereta 'cucuk' rapat kat belakang atau mungkin nak elak sesuatu.
Handling dan suspension
Best. Dah cuba di laluan berbukit dan berselekoh di
lebuhraya timur-barat. Takda masalah untuk ambil selekoh walau dalam kelajuan
yang lebih tinggi dari biasa. Tapi tak cuba lagi dalam pemanduan
ekstrem..setakat 100-120 km/j ja. Tak berani. Hati-hati. Jalan ni bahaya. Saya
cuba pun waktu jalan kering, sekadar nak tahu potensi kereta.
Brek
Brek dia bagus. Mungkin sebab ada macam-macam fungsi seperti
ABS dan BA. Penting ciri-ciri ni. Boleh tengok di sini dan di sini. Takda masalah, insyaAllah kalau terpaksa brek
mengejut. Tapi hati-hati, takut orang belakang yang ada masalah untuk brek
mengejut..Nanti kereta anda yang akan dilanggar dari belakang.
Kelajuan
Em, kereta ni memang laju. Anda boleh tengok kat youtube, dah
ada orang try sampai dalam 220 km/j. Saya tak berani nak bawak laju macam tu.
Bahaya. Paling laju pernah bawak, dalam 160 km/j ja. Kereta ni saya rasa lebih stabil
dalam kelajuan tinggi berbanding Vios G dan Almera (test dalam kelajuan 140
km/j). Tapi saya memang sangat-sangat tak menggalakkan untuk anda memandu laju.
Bahaya.
Luas
Alhamdulillah, bahagian dalam memang luas. Paling penting
bonet sangat luas, 508 liter. Besar sikit dari bonet Vios atau Almeera. Nak balik
kampong dan jalan-jalan pun selesa. Nak masuk stroller, beg, car seat..takda
masalah. Dan tambahan pula, kerusi belakang boleh dan mudah dilipat. Jadi kalau
anda nak bawa barang yang lebih panjang atau lebih banyak, anda cuma perlu
lipat kerusi belakang Preve. Kelebihan yang takda pada Proton Saga FLX ni
menjadikan salah satu sebab saya tak jadi beli Proton Saga FLX.
Lampu automatic
Kalau dah biasa pandu kereta ni, boleh terlupa nak pasang
lampu bila pandu kereta lain. Kereta ni boleh di tetapkan supaya lampu menyala atau
padam sendiri ikut kecerahan atau kegelapan sekeliling. Cuma kadang-kadang di
pagi hari lambat sikit lampu padam. Mungkin sebab sensor di bahagian depan tak
kesan cahaya secukupnya untuk padam lampu dan mungkin juga berlaku perubahan
dari lampu biasa ke lampu LED kemudian baru padam.
Wiper automatic
Wiper automatic dihidupka bila hujan. Lagi lebat hujan, lagi
laju wiper. Cuma kadang-kadang kalau waktu hujan renyai, kita mungkin kena hidupkan
sendiri wiper sebab mungkin sensor tak kesan air secukupnya untuk hidupkan
wiper.
Central lock dengan ciri keselamatan
Sama macam Ford Fiesta, central lock boleh kita set supaya
cuma buka kunci di bahagian pemandu sahaja bila kita tekan sekali butang ‘on’
di remote. Untuk keselamatan, contoh kita di tempat sunyi, boleh elak pencuri
masuk ikut pintu lain bila kita tekan butang on di remote kunci.
Ciri keselamatan
Preve CFE ada ciri keselamatan seperti Electronic Stability Control (ESC) , Brake Assist (BA) , Traction Control ,
ABS, EBD, airbag sisi.. Semua ciri ni penting. Ada antara ciri ni memang perlu/biasa ada pada kereta di luar negara.
Beberapa tahun akan datang mungkin di Malaysia semua kereta akan dilengkapi
ciri-ciri ni. Berkenaan airbag, saya rasa lagi bagus kalau Proton pasang set airbag macam Proton Suprima (tambah curtain airbag/airbag langsir)
Fungsi ESC Preve CFE ni belum pernah berfungsi lagi walaupun
saya pernah langgar kawasan air bertakung yang banyak kat jalan. Kawan cakap,
kalau kereta dia, Ford Fiesta, akan berfungsi pada keadaan macam tu. Saya rasa
mungkin sebab keadaan tu belum cukup berbahaya untuk ia berfungsi sebab Preve
CFE punya tayar lebih besar dari Fiesta dan lebih berat daripada kereta Ford Fiesta.
Tinted
Preve CFE dah siap tinted dari kilang, tak payah cari kedai
nak tinted dah. Waranti 5 tahun. Katanya tinted ni akan ambil masa dalam tempoh sebulan untuk berubah warna menjadi lebih gelap. Dari pengalaman, nampak macam cermin kereta saya lebih gelap sekarang berbanding waktu mula-mula beli dulu.
Auto cruise
Fungsi ni best jugak. Kalau kat highway tu boleh rehat sikit. Tetapkan kelajuan dikehendaki, contoh 110 km/j. Kemudian tak perlu tekan
paddle minyak dah. Cuma perlu bersedia untuk tekan brek ja sebab teknologi dia tak secanggih kereta Mercedes S-Class yang boleh brek sendiri bila menghampiri kereta depan dalam jarak tertentu (smart cruise). Kalau masuk teknologi ni mesti lagi mahal kereta ni dijual.
Protronic paddle shift
Fungsi ni digunakan untuk tukar gear guna paddle yang ada di bahagian stering. Setakat ni saya tak guna sangat, sebab saya lebih suka kawal kelajuan dan pecutan guna paddle minyak. Kawal kelajuan guna paddle minyak pun dah cukup pickup. Lagipun fungsi dia terhad. Bukannya macam kereta biasa yang anda boleh tukar gear ikut suka. Kalau anda tengah memandu pelahan, anda mungkin boleh tukar gear 1 dan 2 sahaja. Kalau anda tengah memandu laju, anda mungkin boleh tukar gear 5, 6 atau 7 sahaja.
Fungsi ni digunakan untuk tukar gear guna paddle yang ada di bahagian stering. Setakat ni saya tak guna sangat, sebab saya lebih suka kawal kelajuan dan pecutan guna paddle minyak. Kawal kelajuan guna paddle minyak pun dah cukup pickup. Lagipun fungsi dia terhad. Bukannya macam kereta biasa yang anda boleh tukar gear ikut suka. Kalau anda tengah memandu pelahan, anda mungkin boleh tukar gear 1 dan 2 sahaja. Kalau anda tengah memandu laju, anda mungkin boleh tukar gear 5, 6 atau 7 sahaja.
Kekurangan/masalah
Cermin ada bunyi angin
Masalah Preve CFE yang saya dapat ni cuma ada bunyi angin di bahagian pintu belakang sebelah kiri bila saya bawak dalam 100 km/j ke atas. Dah ke Pusat Servis Proton, katanya angin masuk melalui cermin kecil di bahagian pintu belakang. Mereka akan tukar cermin tu nanti, sekarang tak tukar lagi, cermin yang ditempah belum sampai.
Tayar
Preve pakai tayar dengan bunga khas, dan tayar ni agak susah
nak dibeli sebab tak semua kedai tayar ada jual. Saya alami pengalaman ni waktu terpaksa tukar satu biji tayar belakang sebab kena cucuk skru di bahagian tepi. Saya dapat beli tayar tu setelah jurujual Proton bantu saya untuk dapatkan maklumat kedai tayar yang ada jual tayar tu.
Tayar khusus ni mungkin dipilih untuk matching dengan keselesaan handling dia kot. Tapi tayar ni agak berbunyi jugak kalau bawak laju. Bila dah habis bunga nanti mungkin saya pertimbangkan untuk cuba tayar lain.
Tayar khusus ni mungkin dipilih untuk matching dengan keselesaan handling dia kot. Tapi tayar ni agak berbunyi jugak kalau bawak laju. Bila dah habis bunga nanti mungkin saya pertimbangkan untuk cuba tayar lain.
Remote kunci
Di masa depan mungkin Proton patut fikirkan design lain
untuk remote kunci Preve. Butang alarm terlalu mudah untuk ditekan. Akibatnya
saya selalu tersalah tekan dan kereta berbunyi bising. Situasi ni jadi bila kadangkala butang alarm tertekan waktu kunci ada dalam poket.
Lagi satu, saya tak faham kenapa perlu masukkan remote kunci ke dalam
slot khas untuk boleh hidupkan enjin Preve. Adakah cara ni lebih selamat. Saya
ingatkan dulu Preve guna sistem macam digunakan oleh kereta Kia Forte. Asalkan kunci
ada dalam kereta, enjin kereta boleh dihidupkan dengan tekan butang Push Start
Button. Rupanya tak.
Signal
Signal kereta saya macam ada problem sikit. Kadang-kadang
tak dimatikan signal lepas saya buat pusingan stereng. Perkara ni saya akan
rujuk kepada Proton Servis nanti.
Push start button
Pernah terjadi sekali, kereta saya tak boleh dimatikan enjin
bila saya tekan butang push start button. Mungkin system elektronik dia 'jam' atau 'hang' kejap kot waktu tu..macam computer/hanset.hehe..Sebab esoknya dan
hari-hari lepas tu, enjin boleh dimatikan dengan mudah. Waktu jadi masalah tu,
lepas saya tekan push start button beberapa kali, dalam tiga kali tak silap,
baru enjin mati.
Saya dah maklumkan kepada pihak Proton, diorang dah set balik sistem elektronik kereta saya. Tak silap diorang reset ECU kot. Saya pun tak faham sangat. Katanya kalau jadi kejadian enjin tak boleh dimatikan, tekan butang push start button dalam 5 saat atau tekan 5 kali berturut-turut.
Saya dah maklumkan kepada pihak Proton, diorang dah set balik sistem elektronik kereta saya. Tak silap diorang reset ECU kot. Saya pun tak faham sangat. Katanya kalau jadi kejadian enjin tak boleh dimatikan, tekan butang push start button dalam 5 saat atau tekan 5 kali berturut-turut.
Lain-lain
Pujian kepada jurujal Proton
Pujian saya berikan kepada penjual seorang penjual Proton ni,
pejabat dia kat Alor Setar. Saya memang akan cadangkan dia kepada kawan-kawan
yang nak beli kereta Proton. Dia sangat sabar dengan pelanggan, akan jawab
soalan-soalan kita dengan sabar, walaupun lepas beberapa bulan kita masih tak
beli kereta pun, dia masih sabar menjawab pertanyaan-pertanyaan kita. (Whatsapp 012-8984520 pembelian Proton Preve atau mana-mana kereta Proton di sekitar kawasan Kedah atau Perlis)
Dia agak mahir berkenaan perkara-perkara teknikal untuk kereta Proton, dia akan tetap bantu kita lepas kita dah beli kereta pun (dia tolong cari kedai yang ada jual tayar proton Preve, siap dapat harga murah), dia akan jawab persoalan-persoalan kita tentang kereta yang kita pakai (Saya tak pandai sangat tentang kereta, kalau ada yang saya tak pasti, saya call ja dia, dan dia sedia membantu).
Dia agak mahir berkenaan perkara-perkara teknikal untuk kereta Proton, dia akan tetap bantu kita lepas kita dah beli kereta pun (dia tolong cari kedai yang ada jual tayar proton Preve, siap dapat harga murah), dia akan jawab persoalan-persoalan kita tentang kereta yang kita pakai (Saya tak pandai sangat tentang kereta, kalau ada yang saya tak pasti, saya call ja dia, dan dia sedia membantu).
Pujian kepada Proton Service Centre
Pujian kepada Pusat Servis Proton di Alor Setar (04-734 5200). Tempat
servis tu memang best. Keadaan tempat selesa. Ada makanan dan minuman percuma,
layanan yang bagus, sentiasa tersenyum dan sentiasa sedia membantu. Tanya ja
soalan kat orang kaunter tu tentang permasalahan kereta kita, dia sedia
membantu (saya rasa Pusat Servis untuk jenama kereta lain pun ada sediakan perkhidmatan macam ni, cuma mungkin sebab saya pertama kali pakai kereta baru).
Penambahbaikan
Cermin sisi Proton Preve di masa depan mungkin boleh dibuat untuk boleh dibuka secara automatic sebaik sahaja enjin dihidupkan, sebab perlu guna bila nak keluar
parking mengundur (Penambahbaikan ni dah dibuat pada kereta Preve hatchbak atau dikenali sebagai Proton Suprima).
Mungkin Preve CFE boleh dilengkapkan dengan player yang
boleh main CD video atau DVD untuk pasang cerita bagi budak-budak tengok. Produa Myvi 1.5 SE pun ada player yang ada fungsi seperti ni.
Minyak
Penggunaan minyak ikut cara kita memandu. Betul macam Proton
maklumkan, dalam kelajuan 90 km/j dalam 6.6 liter sahaja untuk jarak 100 km.
Tapi bila memandu lebih laju atau lebih agresif, penggunaan minyak lebih tinggi,
sesuai dengan enjin turbonya. Rekod saya, Kedah-KL, maksimum 140 km/j dalam 8.5
liter untuk jarak 100 km. Kedah-Terengganu dengan pemanduan laju (waktu musim
tak banyak kereta-ikut jalan lebuhraya timur-barat) dalam 9.0 liter lebih..Waktu kereta banyak dan pemanduan biasa, dalam 8.0 liter lebih juga.
Stereng berat
Preve CFE memang pakai spower stereng. Tapi stereng dia
berat sikit (tak seberat jika tak pakai power stereng) berbanding Toyota Vios G dan Nissan Almera. Mungkin sebab tayar lebih besar dan lebar, dan mungkin dibuat macam tu untuk jadikan kereta lebih
stabil bila memandu laju.
Enjin berbau dalam masa 1-2 bulan
Masa mula-mula beli, jurujual Proton pesan pada saya supaya
jangan memandu pada RPM lebih 3000. selagi odometer tak capai 1000 km. Saya tak perasan masa saya nak cepat, saya
terlebih laju. Kemudian saya bau sesuatu pada enjin. Bila saya telefon jurujual
Proton, katanya itu normal. Dalam tempoh sebulan ke dua bulan enjin
kadang-kadang akan berbau terutama bila kita tekan padel minyak dengan banyak
untuk buat pecutan. Ok. Sekarang dah sebulan lebih. Bau enjin hampir takda dah.
Pengalaman orang lain
Cermin Preve Excecutive
Masa saya buat servis pertama saya tenogk ada dua buah
kereta Preve Excecutive sedang repair tingkap. Bahagian pemandu dan bahagian
belakang. Saya tak pasti kenapa, tapi kereta saya takda masalah tingkap setakat
ni.
Enjin mati tiba-tiba
Saya pernah dengar beberapa orang ada masalah enjin kereta
mati tiba-tiba. Kereta saya belum pernah alami masalah tu. Saya pernah tanya mekanik
Proton, katanya sebelum ni ada masalah sikit dengan system dalaman Preve.
Sistem elektronik kot, tapi sekarang dah ok.
Preve manual susah masuk gear
Saya pernah juga terbaca ada orang alami masalah dengan
Preve Excecutive Manual. Masalah susah nak masuk gear. Mungkin hanya batch
tertentu yang bermasalah.
Bunyi kuat Preve Excecutive bila reverse
Saya pernah juga jumpa seorang Pacik hantar Preve Excecutive
ke Proton Service dan adukan masalah enjin bunyi kuat waktu reverse. Katanya
perkara tu berlaku dari awal beli. Dia dah ke Proton Service banyak kali dan
mereka kata bunyi tu normal dan ada kaitan dengan system gear CVT.
Pandangan tentang masalah dihadapi Preve
Masalah-masalah macam ni mungkin normal dalam pengeluaran
yang melibatkan kuantiti besar. Jenama kereta lain pun ada masalah termasuk
jenama kereta import. Ada juga yang dialami oleh rakan saya sendiri. Namun tak
perlu saya ceritakan di sini. Ada pengalaman/masalah tu anda boleh google. Ada kereta-kereta yang telah dipanggil balik juga.
Cuma bila satu-satu pengeluar kereta dapat
kurangkan masalah macam ni terutama jika ia libatkan kualiti pemasangan, dah
tentu ia adalah lebih baik untuk mereka. Kepercayaan masyarakat pun akan
meningkat. Bila kepercayaan meningkat, jualan meningkat..Keuntungan pun
meningkat. =)
Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan kereta ni. Sesuai dengan kemampuan yang ada. Alhamdulillah. Walaupun bayaran bulanannya tu pun sesak juga la nak bayar. Kalau ikut minat, memang la teringin pakai kereta macam Honda Civic FD, Honda Accord atau Toyota Camry tapi tak mampu. Bak kata orang, ukur baju dibadan sendiri..
Ok, setakat itu saja. moga bermanfaat.
Boleh pergi ke link kat bawah ni untuk review seterusnya lepas beberapa bulan guna preve CFE.
Review Part 2
Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan kereta ni. Sesuai dengan kemampuan yang ada. Alhamdulillah. Walaupun bayaran bulanannya tu pun sesak juga la nak bayar. Kalau ikut minat, memang la teringin pakai kereta macam Honda Civic FD, Honda Accord atau Toyota Camry tapi tak mampu. Bak kata orang, ukur baju dibadan sendiri..
Ok, setakat itu saja. moga bermanfaat.
Boleh pergi ke link kat bawah ni untuk review seterusnya lepas beberapa bulan guna preve CFE.
Review Part 2
preve mmg terbaik..
ReplyDeleteBetul3,da dkt setahun sy pakai preve.alhamdullillah,setakat ni blum ade mslh lg.ujung minggu ni,nak gi perlis.drive dr sban tuk ke sane
ReplyDeleteAda berapa jenis preve n apa pbezaannya,
DeletePreve mmg terbaik
ReplyDeleteTq 4 review, sedang mempertimbangkan utk tkr kpd preve, minat Honda city gak tp x mampu, Kete msia pn ok =)
ReplyDeletekereta preve ni. memang baik. aku bawaaju pun ok. masalah nya ilah power window . aku pakai kereta saya preve ni baru 4 bulan. sudah 3 kali saya pergi proton servies center. tiba tiba tingkap sebelah driver ni. jatuh... bila buka tengok dalam. power window besinya dah bengkok. la.. haiz..
ReplyDeletesy pakai preve dekat setahun lebih .. antara sbb sy pilih preve ialah krn keselamatan yg amat diyakini .. sy pakai peve executive .. oklah .. alhamdulilah xde masalah besar pun preve ni... yg paling penting stabil penuh ciri2 keselamatan ... antara almera vios bukan lawan preve .. feel bwk preve mcm vw jetta ..
ReplyDeletehmmm.....berkenan design tapi saya rasa overprice....thanks for the info...will google more about this car...
ReplyDeleteAssalamualaikum. Boleh saya tau kedai tayar apa yg disyorkan tu? di mana dan tayar jenis apa?
ReplyDeleteThanks in adv =)
Mily milo mcm knl je..nk tukar kete gen2 tu ke
ReplyDeleteIMO, Tayar asal Preve (GT Radial Campiro Bax2) agak bising. Skrng sy da tukr pkai Continental CPC2. Mmg ade beza. Lg senyap. Sy mmg recommend pkai Conti. Kalu ade duit lbh just go for Michelin. But not the same GT Radial..
ReplyDeletedh pakai 2 rhn setakat ni ok
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletedh pakai 2 rhn setakat ni ok
ReplyDeleteSy baru bli preve premium...bru sminggu..bt mse ni ok..dalaman yg luas dn sgt selesa..
ReplyDeleteSy baru bli preve premium...bru sminggu..bt mse ni ok..dalaman yg luas dn sgt selesa..
ReplyDeleteSalam En Khisam Fairuz.
DeleteBoleh email sy tak ridzuan2022@gmail.com
sy ada nk tny sikit psl preve premium.
-Ridzuan-
Salam En Khisam Fairuz.
DeleteBoleh email sy tak ridzuan2022@gmail.com
sy ada nk tny sikit psl preve premium.
-Ridzuan-
Salam En Khisam Fairuz.
DeleteBoleh email sy tak ridzuan2022@gmail.com
sy ada nk tny sikit psl preve premium.
-Ridzuan-
Salam bro.,, cuba baca ayat bro ni "Kalau ikut minat, memang la teringin pakai kereta macam Honda Civic FD, Honda Accord atau Toyota Camry tapi tak mampu. Bak kata orang, ukur baju dibadan sendiri.."
ReplyDeleteBro naper dlm 3 model kereta di sebutkan naper Honda Civic sebut dengan FD.. Civic kan byk generasi EF EG EK ES FD (FB latest 2012). hahaha bro minat FD kan... Terus terang jer.. Xper2 kita mmg geng.
Salam bro.,, cuba baca ayat bro ni "Kalau ikut minat, memang la teringin pakai kereta macam Honda Civic FD, Honda Accord atau Toyota Camry tapi tak mampu. Bak kata orang, ukur baju dibadan sendiri.."
ReplyDeleteBro naper dlm 3 model kereta di sebutkan naper Honda Civic sebut dengan FD.. Civic kan byk generasi EF EG EK ES FD (FB latest 2012). hahaha bro minat FD kan... Terus terang jer.. Xper2 kita mmg geng.
Br nie htr servis 80 k major servis dkt sc proton subang kn caj rm2k nak tanya owner lain brp kn caj
ReplyDeleteBr nie htr servis 80 k major servis dkt sc proton subang kn caj rm2k nak tanya owner lain brp kn caj
ReplyDeleteSubang memang kawasan org berduit. Saya dah pernah tanya dah kat subang tu.. Di sc puchong murah. Last2 buat kat puchong jek
DeleteSubang memang kawasan org berduit. Saya dah pernah tanya dah kat subang tu.. Di sc puchong murah. Last2 buat kat puchong jek
DeleteSalam. Cuba try tayar good year assurance, armor grip. Alignment kereta ni cepat lari. Enjin selalu mati sendiri
ReplyDeleteSalam. Cuba try tayar good year assurance, armor grip. Alignment kereta ni cepat lari. Enjin selalu mati sendiri
ReplyDeleteSalam. Cuba try tayar good year assurance, armor grip. Alignment kereta ni cepat lari. Enjin selalu mati sendiri
ReplyDeleteSaya guna preve premium2016...tp ade bunyi angin pada tingkap belakang...jd nak buat mcm mane...
ReplyDeletedah guna 1 tahun+ preve exec.stkt ni alhmdulillah semua ok.dah remap ecu myk lbh jimat (full tank=puchong-k.tganu+jln2 kat sana 1 hri)naik genting dah.bkt tggi dah.cmeron hgland dah.strawberry farm smpi puncak xde mslh pun?..kna pndai pilih time guna gear S,smooth je naik bukit.la ni da tmbah spoiler bt nmpk garang..tp bwk cam biasa je la..itupun kdg2 x prsn dah 120 kmj.wife guna city 2016 pun sika naik preve bbnding citynya.gud job proton!
ReplyDeletesetakat ni preve masalah yg sy kena ialah alignment dia cepat sangat lari dan susah nk seting alignment utk nk dptkn ketepatan ........sy pkai preve CFE 2012...masa ni 'proton ride handling', bukannye lotus ride handling...so ,rasa handling dia tak best langsung, mcm ada gap kosong..tp sy tengok preve thn 2014 ke atas semua dh lotus ride handling....
ReplyDeleteSape pakai preve 2015 ke atas?
ReplyDeleteNk tnye ada masaalah lg ke mcm tingkap, power window,start button?
Hi. Bro basih lagi pakai preve? Sy nak beli proton preve 1.6 Turbo tu. Tapi ramai pomen kata jangan. Preve gear box memang jenis bermasaalah. Jaga minyak gear box pun memng akan bermasaalah. Betul ke bro???
ReplyDeleteSy beli secon jew tahun 2013 milege 50k
Please balas comment. Tolong beri pendapat dan pengalaman yg sudah pakai
Hi. Bro basih lagi pakai preve? Sy nak beli proton preve 1.6 Turbo tu. Tapi ramai pomen kata jangan. Preve gear box memang jenis bermasaalah. Jaga minyak gear box pun memng akan bermasaalah. Betul ke bro???
ReplyDeleteSy beli secon jew tahun 2013 milege 50k
Please balas comment. Tolong beri pendapat dan pengalaman yg sudah pakai