Beberapa kali saya bekesempatan sembahyang jemaah di masjid
yang sama pada waktu yang berbeza. Saya lihat ada seorang pakcik yang
bertongkat, sebelah kakinya saya lihat bermasalah. Nampak macam tak berfungsi,
ditutup stoking. Samaada itu kaki palsu atau kaki tu sakit. Dari pemerhatian, sSaya percaya dia asalnya sihat dan kedua-dua
belah kakinya berfungsi dengan baik sebelum ni. Dia sembahyang duduk..samaada
duduk atas kerusi atau duduk atas karpet masjid dengan sebelah kaki melunjur ke
hadapan.
Dalam hati saya terdetik, pakcik ni saya rasa setiap waktu
solat dia berjemaah. Rajin betul, walaupun dalam keadaan kakinya begitu.
Teringat saya ada satu lagu Raihan tu..yang isinya diambil
dari sebuah hadis. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..
- Muda sebelum tua
- Sihat sebelum sakit
- Kaya sebelum miskin
- Lapang sebelum sempit
- Hidup sebelum mati
Terfikir. Em, saya masih sihat, kaki masih sempurna. Kenapa
saya tak boleh rajin berjemaah di masjid sementara masih diberi peluang untuk
hidup dengan sihat. Dengan badan yang sihat, anggota yang sempurna..dah tentu
lebih mudah untuk lakukannya berbanding jika sakit atau anggota tak sempurna.
Em, saya masih muda kenapa tak gunakan peluang usia muda
saya ni untuk banyakkan ibadah. Dalam keadaan badan masih cergas. Kalau dah
tua, kadang-kadang ada masalah uzur. Kalau nak solat berjemaah di masjid
misalnya, kadangkala kalau sakit uzur datang, dah tak boleh pegi.
“Ah, nantila buat..Aku muda lagi..”
Boleh ka fikir macam tu? Bila terfikir macam tu..Diingatkan
dengan satu lagi peringatan di atas..hidup sebelum mati..Em, tau ka sampai bila
kita akan dihidupkan. Tau ka bila kita akan mati? Mati tak mengenal usia. Wallahua’lam
Mohon nasihat dan teguran atas apa yang kurang atau tak
tepat.
Moga bermanfaat.
Sama-sama kita cari redha Ilahi.
Afiq Tj.
No comments:
Post a Comment