Bismillah..Assalamualaikum.
Kali
ni saya nak kongsikan beberapa perkara yang dapat saya faham dan dapat simpulkan
dari kuliyah pendek dari radio ikim.fm, 11 Nov. 2011 (lebih kurang 7.40 pm).
Maaf
tak ingat nama ustaz. Katanya dalam hidup ni ada tiga perkara yang kita patut
selalu fikirkan.
Pertama
kita fikirkan tentang ketaatan kita kepada Allah. Contohnya, kita fikirkan
berapa banyak ketaatan yang kita dah lakukan hari ni. Contohnya dari sudut
mematuhi perintah Allah seperti solat..Bagaimana kualiti solat kita..Dari segi suruhan
menutup aurat..Adakah kita benar-benar menutup arat dengan sempurna.. dan
lain-lain.
Kedua
kita fikirkan tentang maksiat yang kita dah buat. Maksiat seperti kalau lelaki,
melihat aurat perempuan, mengumpat, membuat fitnah dan banyak lagi.
Ketiga
kita fikirkan tentang sifat diri kita yang Allah tak suka yang kita dah buat.
Seperti sifat ujub, riyak, takbur, sombong, buruk sangka dan lain-lain.
Dengan
adanya tiga fikiran ni setiap hari, kita akan dapat menilai diri kita sendiri,
sejauh mana pencapaian diri kita dari sudut ketaatan kepada Allah, sejauh mana
kita meninggalkan larangan Allah dan sejauh sebanyak dan sekerap mana wujudnya
sifat yang tidak baik dalam diri kita. Bila kita dah kenalpasti perkara-perkara
berkenaan, kita boleh mula merancang strategi, menetapkan azam dan target kita
untuk berusaha memperbaiki diri dan menjadi muslim yang lebih baik dari semasa
ke semasa. InsyaAllah.
Mohon teguran dan nasihat jika ada yang kurang atau tak tepat.
Semoga
bermanfaat.
Sama-sama
berusaha mencari redha Ilahi.
Afiq
Tj.
No comments:
Post a Comment