Wednesday, December 26, 2012

Jurnal ilmiah..Susahnya nak baca dan faham..=)

Pelbagaikan posisi membaca untuk kurangkan mengantuk dan kebosanan 
(Gambar hiasan-sumber internet)

Sebagai penyelidik kita tak lari daripada perlu membaca bahan ilmiah tertutamanya jurnal. Dengan membaca jurnal ilmiah kita akan dapat maklumat terbaru berkaitan penyelidikan yang kita buat, teknik-teknik yang digunakan yang mungkin boleh dilakukan juga oleh kita, permasalahan yang dihadapi dan banyak lagi.

Perkara-perkara ini akan dapat jadi rujukan kepada kita bila kita nak buat kajian. Jimat masa, tak ulang kesilapan yang sama, juga kita akan buat apa yang betul.

Ada dua masalah utama bila baca jurnal.

Satu, bila mula baca jurnal ja, jadi cepat mengantuk.

Dua, kadang-kadang payah nak faham.

Saya cuba la search teknik baca jurnal la, cara nak baca jurnal dengan mudah la..tips2 la..ternyata, membaca jurnal bukanlah sesuatu yang mudah.

Pendapat saya, ada cara untuk kita usahakan bagi atasi masalah-masalah ni.

1. Minat
-kalau kita betul-betul minat dengan kajian tersebut, pasti kita akan usaha habis-habisan untuk cari maklumat berkaitan dengannya. Contoh, kalau seseorang tu minat dengan duit, dia diberi projek yang boleh bagi pulangan kepada dia berjuta-juta ringgit kalau projek tu berjaya. Dah tentu dia tak mengantuk langsung untuk baca jurnal bagi mencari maklumat berkaitan projek yang dia nak laksanakan tu. Silap-silap, taknak tidur kot.

-So, kena tanamkan minat yang mendalam. Atau cuba relate kajian kita dengan sesuatu yang kita minat.

2. Kenalpasti dulu apa maklumat yang kita nak cari, apa yang kita dah tahu, apa yang kita belum tahu..Maksudnya ada matlamat yang jelas. Kenapa kita nak baca jurnal?

3. Sediakan kamus. Tak kira la kamus online ka..Dan kena rajin la rujuk kamus. Baca-baca tapi tak faham pun tak guna. Kadang-kadang tu, dengan kita faham maksud satu dua perkataan baru ja pun dari satu-satu jurnal, dah membolehkan kita faham lebih banyak maklumat jurnal tersebut berbanding kalau kita tak faham maksud perkataan-perkataan tersebut.

4. Ada orang suka baca jurnal guna komputer. Cara ni jimat. Tapi saya rasa macam cara ni agak mudah nak bagi kita jadi mengantuk. Mungkin ada pro n cons. Saya prefer untuk print jurnal tu dan baca hard copy. Tapi perlu ada printer laser la, kalau tak rugi, print banyak2.

5. Kena ada teknik membaca jurnal yang betul..salah satunya dengan ikut turutan membaca seperti berikut (teknik saya dapat kat internet):
-baca tajuk
-baca abstract
-baca intro
-baca discussion dan conclussion
-baca materials method

-dapatkan gambaran awal..bila rasa jurnal tu sesuai untuk dapat maklumat yang kita nak, baru proceed baca lebih detail.

Kadang-kadang saya terfikir juga, macammana senior saya kat universiti dulu boleh rajin baca jurnal.

Ok, mari kita buat satu moto baru dalam diri kita sebagai penyelidik.

"Saya suka baca jurnal! Hobi saya baca jurnal!"

Hehe..kadang-kadang stress bila nak baca jurnal banyak-banyak ni..Situasi biasa untuk para penyelidik kan..=)

All the best untuk semua para penyelidik..tak kira student atau yang dah bekerja.

Thursday, December 20, 2012

Dipuji, dikutuk, dikeji


Bismillah.

Saya jumpa satu perwatakan manusia yang menarik. Manusia yang tak kisah nak jaga hati dan perasaan orang yang rapat atau kenal dengannya. Yang tak kisah nak cakap kasar atau kutuk orang sekelilingnya, suka merendahkan orang, sukar nak hormat dan respect orang terutama orang yang lebih bawah atau lebih junior dari dia.

Tapi dia seorang yang bagus dalam kerjanya, seorang yang determination, tidak mudah putusa asa, bekerja keras dan bijak.

Ada orang pernah berkata: Orang yang ego adalah orang yang punyai nilai diri yang rendah. Orang yang suka kutuk dan rendah-rendahkan orang lain sebenarnya nilai diri dia rendah. Dia terpaksa rendahkan orang lain untuk meninggikan diri dia.

Orang yang mempunyai nilai diri tinggi, dia tak kisah bila tak dipuji, dia tak kisah kalau orang lain lebih dipandang tinggi sebab dia ada nilai diri yang tinggi. Dia tahu siapa diri dia, dia tahu kemampuan diri dia yang Allah bagi pada dia dan dia boleh sentiasa maju walau tanpa pujian atau penghargaan.

Bila kita jumpa orang macam ni, kita dikutuk, diherdik, direndah-rendahkan dan tak dihargai oleh dia, jangan bersedih, jangan marah. Ambik pendekatan dengan berkata dalam hati..kesian kat dia..dia jadi macam ni mungkin sebab dia jarang dapat penghargaan, mungkin suasana sewaktu dia membesar tu banyak cabaran, banyak dikutuk, dikeji dan diherdik..yang menyebabkan dia pun terpengaruh atau nilai diri dia jadi rendah dan jadi macam tu. Kita doakan supaya dia akan berubah menjadi lebih baik, dan kita terlindung dari sebarang akibat dari perbuatan tidak baik yang mungkin berlaku kepada kita.

Ianya seolah begini..Anda sedang berjalan, berlari dan terus berlari tanpa henti kearah matlamat kejayaan yang jelas dalam diri anda..Di sepanjang jalan anda melihat ada orang yang berputus asa dari kejayaan, belum nampak cahaya dan kejelasan kejayaan atau yang mungkin sedang diuji, cuba mempengaruhi kita untuk berhenti dari terus menuju kejayaan..mereka memuji, mereka mengutuk, mereka mengherdik, mereka menggoda..Pilihan di tangan anda..Nak teruskan perjalanan kearah kejayaan, atau nak berhenti dan gagal.

Wednesday, December 19, 2012

2 Golongan Penting Dalam Kecemerlangan Masyarakat


1.       Golongan 1: Punyai ilmu yang tinggi, banyak tuntut ilmu tapi kurang pendedahan dengan isu semasa, cara baru, komunikasi baru dan teknik penyampaian baru.

2.       Gologan 2: Kurang ilmu, kurang pengalaman, bertenaga tinggi, aktif, cepat, tapi kurang ilmu, kurang tuntut ilmu.

3.       Golongan yang pertama ok, boleh perbaiki bahagian lemah atau boleh ditampung bahagian lemah

4.       Golongan yang kedua tak ok, sebab tanpa ilmu, keagresifan dan tenaga itu akan membawa ke jalan yang salah dan menutup laluan kea rah jalan yang betul dan benar.

5.       Yang pertama gambaran orang berumur

6.       Yang kedua gambaran orang muda

7.       Cara atasi. Orang muda korbankan masa, tingkatkan tenaga untuk tambah ilmu dan cari pengalaman dari orang berusia. Hormat orang lebih berusia, cari ilmu tersirat di sebalik apa yang tersurat dari kata-kata, perlakuan dan perkongsian orang yang lebih berusia, jangan ego dan sombong. Banyakkan sabar, lumrah orang muda sekarang, nak semua cepat, straight to the point, tapi dalam perkara berkaitan dengan orang lebih berusia, kesabaran perlu ada.

8.       Orang lebih berusia, jadi lebih terbuka, pemurah dalam berkongsi ilmu kepada orang muda, kurang kan ego, fahami keegoaan orang muda  (dulu pun pasti pernah jadi keadaan yang sama sewaktu muda). Orang lebih berusia kena tingkatkan sabar dalam mendidik orang muda. Sabar dengan kerenah orang muda yang kurang sabar, yang kurang adab, yang kurang santun. Mereka orang muda, masih kurang ilmu di dada.

9.       Orang muda dan golongan lebih berusia patut bergabung..ilmu, minda, tenaga. Saling melengkapi. Rendahkan ego, kurangkan sombong, tingkatkan keramahan..dan tambah sabar.

Friday, April 13, 2012

Talqin Buat Diriku






Bismillah..

Mahasuci Allah, yang bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Mahasuci Allah yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Wahai jiwa yang lalai, ketahuilah, setiap yang hidup pasti akan mati. Dirimu juga pasti akan mati. Bila saja sampai ajalmu, tidak lagi mampu ditunda sesaat dua.

Wahai jiwa yang lalai. Sesungguhnya mati itu tak mengenal usiamu.
Walau kamu pemuda tegap.
Walau kamu gadis ayu.
Walau kamu sihat tak berpenyakit.

Bila tiba ajalmu, malaikat maut pasti datang mencabut nyawamu.
Tidak kira waktu.

Mungkin saat kamu bergembira bersama temanmu.
Atau saat bermesra dengan keluargamu.
Atau tika seronok berhibur di hujung minggu.

Ajalmu takkan ditunda.

Mahasuci Allah, yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran.
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai.
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Wahai kamu yang berpangkat tinggi, 
wahai kamu yang berpendidikan tinggi, 
wahai kamu yang berdiri angkuh di muka bumi, 
wahai kamu yang megah dengan kehebatan diri..

Hendaklah kamu ingat, bahawa kamu akan dimasukkan ke dalam lubang kubur, ditinggalkan tanpa teman, di tempat yang gelap dan sunyi.

Saat itu, akan datang kepada kamu,  2 orang malaikat iaitu Mungkar dan Nakir, mereka akan menyoal kamu:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Disaat itu hafalan kamu tentang jawapannya tidak berguna, 
Kerna amalanmu di dunia yang jadi penentu,
Adakah akan dapat menjawab soalan-soalan itu.

Jika solat 5 waktu kamu tidak sempurna, mana mungkin kamu akan dapat menjawabnya dengan baik.

Jika puasa kamu tidak lengkap, mana mungkin kamu akan dapat menjawabnya dengan benar.

Jika hidupmu di dunia penuh dengan dosa, mana mungkin kamu akan dapat tenang di dalam sana.

Ingatlah, jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang ditanyakan malaikat-malaikat itu.
Engkau akan dipukul sekuatnya oleh malaikat,
Kubur kau akan disempitkan,
Hingga terhimpit tulang rusukmu,

Kala itu, sesalanmu tak berguna lagi.
Rayuanmu tak dipedulikan lagi.
Hendak hidup kembali ke dunia?
Pasti! peluang itu tiada lagi.


Insaflah! 
Bahawasanya mati itu adalah benar, 
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur itu adalah benar, 
bangkit dari kubur kemudian dihidupkan kembali adalah benar, 
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, 
dihisab dan dikira segala amalan adalah benar, 
syurga dan neraka adalah benar.

Berubahlah kamu! Tingkatkanlah amalan kamu! 
Sebelum mereka disekelilingmu mengucapkan kepadamu.

"Kami mengucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala"

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya diajuhkan kami dari azab kubur.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.



Tuesday, April 3, 2012

Bagaimana nak berjaya jika usaha masih sama


"Kejayaan dan perubahan takkan dapat dicapai jika usaha, sikap dan kelakuan kita masih sama seperti sebelumnya. Pelik bagaimana kita masih lagi mahu melalui jalan berlubang yang kita pernah lalui sebelum ni, sedangkan kita telah tahu bertapa perit dan sukarnya apabila jatuh dan berada dalam lubang tu."

Tuesday, February 14, 2012

Mata lebah, mata lalat


Jadi macam lebah..ke mana pun dia pegi, apa saja dia jumpa, mata dia pandang pada madu..yang baik..manis dan sedap sifatnya. 

Jangan jadi macam lalat, ke mana pun dia pegi, apa saja dia jumpa, mata dia sentiasa mencari tahi/kekotoran.

...

Berbaik sangka jangan mudah berburuk sangka.

Mencari kebaikan pada orang bukan mencari-cari keburukan dan kekurangan.

Kalau cara pandang kita pada orang lain adalah tidak baik..'kotor'..mungkin itu menggambarkan hati yang ada dalam diri kita tu 'kotor'..

Jadi..mari cuci kekotoran hati.

Dengan istighfar dan ubah cara kita dalam menjalani hidup..

Yang Allah suruh kita buat dan jangan tinggal. Yang Allah larang kita tinggal dan jangan buat.


Wednesday, February 8, 2012

Letih dan seronok..


"Letih melakukan kebaikan, keletihan akan hilang, kebaikan akan kekal. Seronok melakukan dosa dan kejahatan, keseronokan akan hilang, dosa akan kekal"

Wednesday, February 1, 2012

When we feel like cannot make the best decision..



“Bila kita tak dapat putuskan keputusan terbaik atau cara terbaik dalam menghadapi permasalahan atau urusan dalam kehidupan kita, mungkin itu tandanya kita perlu berjalan dan berusaha untuk cari dan tambah maklumat sebelum kita kembali semula ke meja rundingan untuk membuat keputusan”


“When we feel that we cannot make the best decision in our live, maybe its sign for us to take some time to look up for more information and search for more knowledge before we come back again to make the right and best decision”

Sering aku tertanya-tanya..



Terlalu banyak nikmat yang aku perolehi dalam kehidupan ni. Terlalu banyak pemberian yang Allah beri kepadaku dalam kehidupan..

Allah aturkan aturan kehidupan dengan amat baik sekali. Dengan penuh hikmah. Kebaikan dan kesenangan dinikmati dan dihayati. Kesukaran, kepayahan dan ujian pula..penuh dengan seribu satu kebaikan.

Syukurku walau beribu tahun usiaku dihabiskan untuk tidak putus-putus mengungkapkan kalimah syukur kepada-Mu, pasti tak akan juga sama dengan nilainya dengan nikmat-Mu yang Kau berikan kepadaku tidak putus-putus.

Cubala bayar nilaian sebelah mata sahaja..

Subhanallah..Nilainya adalah..sangat bernilai..valuable..Baru satu nikmat..Bagaimana dengan nikmat lain..dari sekecil-kecil nikmat..hingga sebesar-besar nikmat..sungguh..sangat berharga Ya Allah..

...

Sering aku tertanya-tanya..

Apakah yang aku buat hingga Allah bagi aku nikmat sebegitu banyak begini? Apakah usaha yang telah aku buat? Atau adakah disebabkan berkat doa dari ibuku? Atau berkat doa dari mereka yang makbul doanya?

Tiada jawapan.

Ya, memang tiada jawapan..kerana soalan itu salah..ia sepatutnya berbunyi begini..

Kenapa Allah bagikan segala nikmat dan pemberian yang sangat berharga kepadaku?


Jawapannya mudah.


Kerana Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang..Rahmat Allah meliputi seluruh langit dan bumi..Pemberian Allah dengan kasih sayang dan rahmat-Nya yang sangat banyak dan tidak putus-putus kepada semua makhluk Allah tidak mengurangkan sedikit pun kekuasaan dan kemampuan Allah. Subhanallah..Maha Suci Allah..


Dan jawapannya lagi..


Allah berikan nikmat-nikmat itu supaya kau menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur..

...

“Ya Allah..jadikan kami semua hamba-Mu yang sentiasa bersyukur..”

...

..syukuri nikmat..dari sekecil-kecil nikmat..hingga sebesar-besar nikmat..kau sangka ia kecil..tapi berharganya ia akan hanya diketahui bila nikmat itu diangkat..jangan sampai nikmat diangkat..

...

Sesiapa yang mensyukuri nikmat Allah, Allah akan tambah nikmat-Nya..Sesiapa yang mengkufuri nikmat Allah (tidak mensyukuri nikmat Allah)..azab Allah sangat pedih..


Thursday, January 12, 2012

Orang Gila




Satu hari dalam perjalanan nak balik dari kerja, saya singgah kedai mamak. Order nasi kandaq. Lapar juga sebab tengah hari tu tak makan tengah hari.

Sampai kedai, mamak depan nasi kandaq tu pandang saya..

Saya cakap...”makan sini..”

“Nasi biasa ka tambah (luar biasa)?”

“Em..tambah..(ok gak, selalu nasi dia macam sikit dan tak cukup. Aku pulak tengah lapar.)

Mamak isi nasi..

“Kuah campur?”

“Campur..”

“Lauk?”

“Ayam tu..(tunjuk kat ayam goreng)”

“Em, nak sayur tu ya..(tunjuk kat sayur kobis goreng)”

Mamak angguk..letak sayur..Biasa aku makan kat situ tak letak sayur..jimat sikit..kali ni nak makan spesel sikit..

Aku duduk kat meja..datang bil..RM 6 lebih untuk nasi tu..em..mahal dari biasa..kalau takda sayur dan nasi biasa, dapat RM 4 lebih ja..

Aku nak mula makan..tengok ayam..alamak..bahagian yang banyak isi..lupa nak minta kepak atau peha tadi..

Entah macam mana..selera aku nak makan jadi kurang..mungkin sebab banyak minum air kot sebelum makan..tak pun sebab dapat ayam bahagian aku tak berminat..atau mungkin sebab gigi sakit..

Makan ja la..Tak baik membazir..

Em..banyak pula nasi ni..

....…..

Port meja yang aku pilih memang baik..tepi jalan..boleh tengok gelagat manusia..sambil tengok dan rasai kesejukan hujan..

Syoknya hujan..tidur pun best..untung dapat balik awal arini..aku mengelamun dan berangan sorang-sorang..

Tengah aku duk syok mengelamun dan berangan..datang seorang lelaki melintas depan aku..ish..gila tak pakai baju depan orang ramai ni..

Em, seluar pakai la..badan kurus..gelap..rambut tak terurus..bawa satu plastik air..macam teh ais..tapi dah nak habis..

Oh..orang gila..

Dari mana ntah dia dapat air tu..pandai ka dia beli? Mana dia dapat duit? Macam mana dia boleh hidup dengan tak bekerja dan dalam keadaan macam tu ya?

Em, abaikan..baik aku teruskan misi untuk habiskan nasi ni..

……

Aduh..da tak larat nak habiskan..memang tak boleh nak masuk da nasi ni..Em..xpa..cuba habiskan ayam yang banyak tu dulu..

Em..tak dapat nak habiskan juga..

Macam mana ni..tak silap..membazir tu berdosa..Em, taknak dapat dosa..

Cuba punya cuba..tak habis juga..Aku dapat makan kurang separuh ja..Terpaksa tinggalkan nasi tu..Nak bungkus segan (sebab aku pemalu)..

Apala nasib kau nasi..mesti nanti mamak akan buang dalam tong sampah..
Sayangnya..

…...

Dah..jom balik..

Aku pegi bayar..

Masa nak jalan balik..Aku tengokla balik nasib nasi aku atas meja tadi..

Aik? Ada orang da duduk kat meja tu..cepat betul mamak clearkan meja..


Tengok gelas kat atas meja tu..kosong..

Perhati betul-betul orang di meja tu..

Oh..orang gila tadi..Dia makan nasi aku dengan sangat berselera..

Subhanallah..rupanya nasi tu rezeki dia..

Pengajaran:
  1. Subhanallah..Allah sebaik-baik Pentadbir..Allah Maha Pemberi Rezeki..Sifat Maha Pengasih dan Penyayang Allah meliputi seluruh makhluk langit dan bumi..tak kira dia manusia..haiwan..berakal..tak berakal..Islam..bukan Islam..
  2. Pengetahuan kita tentang nikmat dan kebesaran Allah tak terjangkau..Dan Allah sebaik-baik Perancang..Rupa-rupanya..Allah rancang..nasi yang banyak..lauk yang lebih spesel dari biasa..rupanya rezeki untuk orang gila tu..Allah tunjukkan betapa perancangan Allah sangat teliti dan rapi.
  3. Ada orang diberi nikmat, tapi tak dapat menikmati nikmat yang dia ada.
  4. Ada orang diberi nikmat, tapi tak dapat mensyukuri nikmat yang dia ada.
  5. Ada orang kaya, tapi tak bahagia..Duit yang banyak tak cukup dan tak puas untuk dia. Ada kereta..Nak kereta lebih besar. Ada harta, nak harta yang lebih banyak. Kejar harta dan kemewahan tanpa sempat bersyukur pada Allah, pemberi harta dan nikmat tu..
  6. Ada orang miskin dan serba kekurangan tapi bahagia, merasa cukup dan tenang.
  7. Nikmat paling besar adalah nikmat iman.
  8. Cara terbaik dalam menerima nikmat adalah dengan bersyukur..Antara cara bersyukur..berkongsi nikmat yang kita terima.
  9. Em, siapa la kita..kerdilnya kita..nak dibandingkan dengan nikmat dan kekuasaan Allah..Maha Suci Allah..Maha Agungnya kekuasaan Allah..Maha Pemurah dan Penyayangnya Allah. Subhanallah..

p/s: Maaf agak kasar panggilan 'orang gila'..mungkin boleh dipanggil orang bermasalah mental/orang kurang siuman. Digunakan istilah 'orang gila' untuk mudah cerita dan sampai mesej.

Wednesday, January 4, 2012

Kecewa Dengan Diri Sendiri



Satu hari aku merasa sangat kecewa dengan diri sendiri..
Kecewa..
Setiap hari berusaha untuk mengubah diri..
Setiap hari memasang azam..
Setiap hari menginsafi dosa..
Namun, setiap hari masih sama..
Masih diri yang sama..
Perubahan diri masih tak dicapai.
Kadangkala rasa mahu berputus asa..
Kecewa dengan diri..

Satu hari seorang sahabat datang menasihati..

Teman..kau sangka..hanya dengan usahamu..kau mampu berubah?
Kau lupa sesuatu teman..
Kau lupa..setiap usahamu itu..sedikit pun tidak mampu membantumu berubah..melainkan dengan izin dan kehendak Allah..

Kau sombong.

Kau sangka dengan usaha kau saja, perubahan yang kau usahakan akan berjaya..
Kau lupa untuk meminta pada Allah..agar Allah memudahkan usahamu..
Agar Allah menjayakan perubahan yang kau usahakan itu..
Allah menegurmu..Usah sombong..

................

…Jangan hanya bila susah ingat Allah..bila senang lupakan Allah...

Sunday, January 1, 2012

Mengapa Tak Menghargai, Mengapa Tak Mensyukuri



Mengapa memandang pada banyaknya kelemahan dan kekurangan diri sedangkan begitu banyak kelebihan dan pencapaian yang dikecapi..



Mengapa rungsing pada yang tak dapat diubah sedang di depan mata, banyak yang boleh berubah..



Mengapa kesalkan kegagalan diri, sedang tempoh memperbaiki diri masih banyak berbaki.

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...