Satu hari aku merasa sangat kecewa dengan diri sendiri..
Kecewa..
Setiap hari berusaha untuk mengubah diri..
Setiap hari memasang azam..
Setiap hari menginsafi dosa..
Namun, setiap hari masih sama..
Masih diri yang sama..
Perubahan diri masih tak dicapai.
Kadangkala rasa mahu berputus asa..
Kecewa dengan diri..
Satu hari seorang sahabat datang menasihati..
Teman..kau sangka..hanya dengan usahamu..kau mampu berubah?
Kau lupa sesuatu teman..
Kau lupa..setiap usahamu itu..sedikit pun tidak mampu
membantumu berubah..melainkan dengan izin dan kehendak Allah..
Kau sombong.
Kau sangka dengan usaha kau saja, perubahan yang kau usahakan
akan berjaya..
Kau lupa untuk meminta pada Allah..agar Allah memudahkan
usahamu..
Agar Allah menjayakan perubahan yang kau usahakan itu..
Allah menegurmu..Usah sombong..
................
…Jangan hanya bila susah ingat Allah..bila senang lupakan
Allah...
No comments:
Post a Comment