Bismillah..
Mahasuci Allah, yang
bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.
Mahasuci Allah yang
menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Wahai jiwa yang lalai, ketahuilah, setiap yang hidup pasti akan mati. Dirimu juga pasti akan mati. Bila saja sampai ajalmu, tidak lagi mampu ditunda sesaat dua.
Wahai jiwa yang lalai.
Sesungguhnya mati itu tak mengenal usiamu.
Walau kamu pemuda tegap.
Walau kamu gadis ayu.
Walau kamu sihat tak
berpenyakit.
Bila tiba ajalmu,
malaikat maut pasti datang mencabut nyawamu.
Tidak kira waktu.
Mungkin saat kamu
bergembira bersama temanmu.
Atau saat bermesra
dengan keluargamu.
Atau tika seronok
berhibur di hujung minggu.
Ajalmu takkan ditunda.
Mahasuci Allah, yang
menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran.
Untuk menjadi iktibar
kepada orang yang lalai.
Dan sebesar-besar
amaran kepada orang yang masih hidup.
Wahai kamu yang berpangkat tinggi,
wahai kamu yang
berpendidikan tinggi,
wahai kamu yang berdiri
angkuh di muka bumi,
wahai kamu yang megah
dengan kehebatan diri..
Hendaklah kamu ingat,
bahawa kamu akan dimasukkan ke dalam lubang kubur, ditinggalkan tanpa teman, di
tempat yang gelap dan sunyi.
Saat itu, akan datang
kepada kamu, 2 orang malaikat iaitu Mungkar dan Nakir, mereka akan
menyoal kamu:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Disaat itu hafalan kamu
tentang jawapannya tidak berguna,
Kerna amalanmu di dunia
yang jadi penentu,
Adakah akan dapat
menjawab soalan-soalan itu.
Jika solat 5 waktu kamu
tidak sempurna, mana mungkin kamu akan dapat menjawabnya dengan baik.
Jika puasa kamu tidak
lengkap, mana mungkin kamu akan dapat menjawabnya dengan benar.
Jika hidupmu di dunia
penuh dengan dosa, mana mungkin kamu akan dapat tenang di dalam sana.
Ingatlah, jika kamu
tidak dapat menjawab soalan yang ditanyakan malaikat-malaikat itu.
Engkau akan dipukul
sekuatnya oleh malaikat,
Kubur kau akan
disempitkan,
Hingga terhimpit tulang
rusukmu,
Kala itu, sesalanmu tak
berguna lagi.
Rayuanmu tak dipedulikan
lagi.
Hendak hidup kembali ke
dunia?
Pasti! peluang itu
tiada lagi.
Insaflah!
Bahawasanya mati itu
adalah benar,
soalan malaikat Mungkar
dan Nakir di dalam kubur itu adalah benar,
bangkit dari kubur
kemudian dihidupkan kembali adalah benar,
berhimpun di Padang
Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira
segala amalan adalah benar,
syurga dan neraka
adalah benar.
Berubahlah kamu! Tingkatkanlah amalan kamu!
Sebelum mereka
disekelilingmu mengucapkan kepadamu.
"Kami mengucapkan
selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala"
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya diajuhkan kami dari azab kubur.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu
alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.
dulillahi rabbil alamin.
No comments:
Post a Comment