Tuesday, May 20, 2014

Penapis pendapat

Makin lama kerja, makin tinggi pangkat, makin banyak kerja kita buat, makin banyak keputusan kita buat.. makin banyak orang akan bercakap-cakap, mengata atau tak setuju dengan keputusan atau pendapat kita.

Mulut semua orang ada, pendapat semua orang boleh bagi. Kalau kita layan semua mulut orang, semua kata-kata orang, semua pendapat orang, semua kata sinis orang, semua teguran kasar orang, semua cakap belakang orang kepada/terhadap kita atau kalau kita terlalu sensitif dengan semua tu, jawabnya masa kita akan banyak habis di situ. Kerja pun boleh tergendala, kalau kita layan sampai stress atau sampai terlalu banyak spend masa pada perkara tu, padahal banyak lagi urusan dan perkara lain perlu kita fikir dan uruskan.

Semua orang boleh bagi pendapat. TUgas kita untuk menilai dan menapis, sumber pendapat tu. Filter. Letak beberapa penapis. Penapis pertama: Isu apa yang diberi pendapat, penting ke tak kepada kita dan kepada matlamat kerja atau hidup yang kita nak capai. Kalau tak penting, tolak tepi, masuk telinga kanan, keluar telinga kira.

gambar hiasan: sumber: google

Penapis kedua: Apa kelayakan atau pengalaman atau ilmu yang orang tu ada yang membolehkan kita guna pakai pendapat yang dia beri. Bukan bermaksud kita perlu memanda rendah kepada orang lain, cuma kita menilai dalam masa sama hadirkan rasa hormat, faham dan mungkin kasihan atau belas. Pendapat dari sumber yang salah, tak betul atau tak berkualiti, kalau kita guna pakai dalam kerja atau dalam hidup, akhirnya akan menyusahkan atau merosakkan kerja dan hidup kita juga. Kehdiupan singkat, masa terhad, jadi penting untuk ada penapis kedua ni.

Penapis ketiga: Cuba verify pendapat atau maklumat diberi dari sumber yang lebih sahih atau dipercayai. Atua mungkin cari maklumat untuk menyokong pendapat tersebut supaya kita yakin, kita ikut pendapat yang betul.

Dalam hidup dan kerja kita perlu buat banyak keputusan. Kadang-kadang untuk mencapai satu-satu matlamat, ada banyak cara, ada banyak pro dan cons untuk setiap cara. Tugas kita untuk membuat keputusan berdasarkan penilaian terbaik. Kadang-kadang terpaksa piliha natara yang terbaik. Kalau lepas tu, orang merendahkan keputusan kita, mempertikai keputusan kita. Anggap ia sebahagian dari pelajaran hidup. Di mana dalam hidup kita takkan mampu puasakan hati semua orang, kita yang lemah hanya mampu buat keputusan terbaikd skadar kemampuan dan kefahaman kita yang ada waktu tu. Jika benar keputusan kita ada salah atau kekurangan, kita jadikan ia pengalaman untuk buat keputusan yang lebih baik di masa depan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...