Jalan dalam usaha kebaikan itu panjang. Tak mungkin dilalui sendirian tapi perlu sentiasa bersama kumpulan-kumpulan yang turut mahukan kebaikan.
Usah ditinggalkan ahli yang semakin menyendiri, kerana komitmen dan usaha berterusan itu bukan kita yang tentukan. Sentiasa perlukan taufiq dan hidayah yang berterusan.
Meninggalkan mereka bukan menguatkan kumpulan kebaikan tapi melemahkan, bahkan kebatilan yang kian dikuatkan.
Jangan sombong, jangan memandang rendah mereka, jangan memandang diri tinggi.
Jika ikhlas, sentiasa akal dan hati dalam sangka kebaikan. Sentiasa diri usaha bantu. Sentiasa mencari seribu satu alasan, simpang jauh dari sangka keburukan.
Bukankah kita rakan kebaikan? Selamanya kita bantu agar sama tetap utuh bersama-sama terus jadi rakan kebaikan.
Ikhlas, ikhlas, ikhlas..itu penting.
Tutup pintu-pintu sangkaan..senyum.
Bersama terus dalam lingkungan kebaikan.
No comments:
Post a Comment