Dah empat hari berpuasa. Malam ni dah masuk 5 Ramadhan. Masih mencuba dan berusaha menghayati hakikat sebenar Ramadhan. Berusaha menggunakan sebaiknya peluang dipanjangkan umur sekali lagi untuk singgah di bulan yang penuh berkat ni.
Dalam suasana baru. Baru bekerja, tempat baru..Masih belum benar-benar dapat fokus pada menggunakan sebaik-baiknya tempoh Ramadhan yang dapat ni.
Teruskan pembacaan..
Teruskan pembacaan..
Teringin Ramadhan kali ni tak dilalui sama seperti Ramadhan yang lepas-lepas. Mahu ia lebih baik dari Ramadhan yang lepas. Teringin menjadi benar-benar mendapat satu pelajaran dan momentum yang cukup kuat dari bulan yang dikatakan sebagai universiti Ramadhan. Bulan yang dikatakan dapat digunakan untuk melatih dan membentuk diri supaya dapat kita hadapi 11 bulan seterusnya dengan lebih baik dari 11 bulan sebelum Ramdhan ni.
Ruginya jika Ramadhan kali ni berlalu begitu sahaja. Hanya dibezakan dengan bulan-bulan lain sekadar perlunya berpuasa dan rutin solat tarawih sahaja.
Pernah dengar, orang kata kalau lepas Ramadhan diri kita masih sama seperti sebelum Ramadhan atau lebih teruk dari sebelum Ramadhan, orang tu sangat rugi dan dia tak mendapat faedah dari Ramadhan tu.
Ramadhan juga bulan pengampun dosa. Antara intipati salah satu hadis Nabi. Bila malaikat Jibril mendoakan, celakalah orang yang membiarkan Ramdhan berlalu begitu sahaja sehingga dia tidak diampuni, Nabi mengaminkannya..Bimbang jika termasuk dalam kategori orang yang celaka tu.
Bila muhasabah Ramdhan lepas, terasa tidak berjaya mendapat manfaat sebaiknya..Mungkin alasan sibuk dengan kerja di tahun akhir pengajian..Ramadhan sebelum tu juga..sibuk dengan kerja-kerja untuk pengajian universiti juga..Kedua-duanya dilalui dengan azam Ramadhan depan akan diusahakan dengan lebih baik, bila diri tak terlalu sibuk..tapi Ramdhan seterusnya juga sibuk. Jadi perlu ke tunggu hingga diri tak sibuk baru dapat menghadapi Ramadhan dengan sebaiknya dan penuh penghayatan? Ramadhan kali ni nampaknya sibuk dengan cara berbeza pula. Perlu bagi alasan yang sama? Ramadhan depan akan lebih baik, dengan sangkaan akan tidak sibuk lagi seperti sekarang? Nampaknya setiap Ramadhan akan berlalu begitu sahaja jika sentiasa guna alasan macam tu. Ah, jika nak tunggu tak sibuk, mati la baru tak sibuk..mungkin.
Bila difikirkan, sewajarnya kita gunakan peluang Ramdhan yang kita dapat sekarang sebaiknya, sesuai dengan keadaan kita sekarang. Jika sibuk, usahakan sebaik mungkin menghayati Ramdhan ini dalam suasana kesibukan diri kita.
Pasti ada cara. Ada sahabat pernah kata, Allah menilai pada usaha kita, bukan pada hasilnya. Jangan mudah putus asa. Jika tak mampu khatam al-quran satu bulan Ramadhan ni, seperti dengan baca 4 muka setiap kali lepas solat, baca dengan istiqamah setakat paling banyak yang kita mampu.
Bila kerja perlu banyak bergerak dari satu tempat ke satu tempat, boleh dengar bacaan al-quran dalam perjalanan kita, atau dengar rakaman ceramah sebagai penambah ilmu dan sumber pemberi ingatan kita..guna radio yang ada dalam kereta atau mp3 player.
Berzikir sewaktu berjalan..taknak orang nampak mulut kita berzikir? malu? eh, berzikir pun nak malu. Cuba zikir, Lailahaillallah..zikir ni tak menampakkan sangat pergerakan bibir dan tak silap saya zikir paling baik.. Susah bangun qiamullail? Bangun awal sikit sebelum sahur, buat solat tahajud dua rakaat sekurang-kurangnya, bila sempat lagi, tambah zikir pendek dan muhasabah diri..
Bila bekerja niat sebagai ibadah..
Jaga percakapan..
Em, nak seribu daya kan?
Nak usahakan baca bahan-bahan berkaitan Ramdhan la..untuk refreshment. Em, sepatutnya sebelum Ramadhan lagi baca, sebagai persediaan hadapi Ramadhan..Sibuk? Mungkin..alasan. Takpala, ok la dari tak usaha langsungkan, sekurang-kurangnya boleh aplikasi untuk hadapi hari-hari yang masih ada untuk Ramadhan ni.
Semoga tak jadi orang yang celaka. Semoga dapat tukar 'kulit' baru bila Ramadhan berlalu nanti. Moga diri tak jadi sama seperti sebelum Ramadhan ni atau lebih teruk dari sebelum Ramadhan ni.
..semoga.amin..
ReplyDelete