Assalamualaikum,
Bagaimana agaknya Ramadhan kita kali ini? Bagaimana usaha untuk meningkatkan taqwa dan meraih keampunan dosa dari Allah? Bagaimana dengan usaha memperbanyakkan ibadah di 10 malam terakhir Ramadhan? Ramadhan masih tinggal beberapa hari lagi, moga kita tak sia-siakan peluang yang Allah berikan untuk hidup di bulan Ramadhan kali ni dengan memperbanyakkan ibadah.
Dah macam tradisi pulak, tiap kali raya, mesti budak-budak akan dapat duit raya. Macam kita masa kecil-kecil dulu la, seronok bila nak beraya. Selain dapat baju baru, yang paling dinantikan adalah duit raya. Tradisi ni saya rasa dilakukan oleh masyarakat Islam di Malaysia ja. Hukum bagi duit raya? Asal tradisi bagi duit raya?..saya taknak bincangkan di sini. Saya cuma nak kongsikan sikit idea untuk mengevolusikan sikit tradisi bagi duit raya.
Teruskan pembacaan..
Teruskan pembacaan..
Disebabkan saya dah bekerja tahun ni, nampaknya saya akan menjadi antara penyumbang duit raya tahun ni (alamak, tak surprise la kalau adik-adik saya baca post ni)..Takpala, bagi saya, apa salahnya kita bagi sikit duit kat budak-budak, bagi mereka seronok macam mana kita pernah rasa masa kecil-kecil dulu.
Kalau kita bagi duit raya kat budak-budak dari saudara mara kita yang keluarganya susah atau kepada anak-anak yatim, disertai niat sedekah, banyak pahal kita dapat di hari raya kan.
Mungkin ada yang akan guna buat beli coklat, gula-gula atau mainan..mungkin juga ada yang pandai simpan untuk kegunaan kebaikan di masa depan. Jadi pada pendapat saya, tak salah rasanya kita yang dah bekerja ni bersama bagi duit raya..setakat yang kita mampu..
Revolusi duit raya yang saya maksudkan tu, apa kata kita sertakan mesej dakwah, bersama sampul duit raya yang kita bagi tu. Kita boleh selitkan komik dakwah ringkas, atau mesej-mesej dakwah ringkas, hadis, atau artikel ringkas (bergantung pada golongan sasaran dakwah kita) bersama sampul duit raya yang kita bagi... Hidayah dan petunjuk tu milik Allah, sapa tahu sedikit usaha kita ini mampu memberikan satu momentum besar kepada mereka ni untuk menjalani hidup di masa depan dengan lebih baik.
Di sini saya kongsikan sedikit bahan yang saya dapat dari internet. Saya tak minta izin dari pelukis komik-komik ini, tapi saya harap mereka izinkan untuk tujuan dakwah. Moga pelukis-pelukis komik ni dirahmati Allah atas usaha dakwah mereka, dan menerima pahala dari setiap mesej dakwah yang mereka berikan.
Saya cuba cari komik dakwah ringkas dan penuh berhikmah untuk kanak-kanak berkaitan akidah..menyentuh hal berkaitan kewujudan dan kekuasaan Allah, kewujudan Tuhan Pencipta Alam..dan lain-lain..sebab saya rasa ini perkara penting dan asas untuk seorang muslim..tapi saya dapat sikit ja.
Disebabkan kesuntukan masa, saya guna ja dulu untuk Hari Raya ni bahan dari komik dakwah berkaitan apa-apa isu yang sesuai yang saya sempat search kat internet. Mungkin untuk masa akan datang akan diusahakan untuk menambahbaik usaha ni.
Salam Ramadhan..
Jika Ramadhan ini berjaya diisi dengan memperbanyakkan ibadah dan usaha meninggalkan dosa..serta sempurna puasanya..Salam Aidilfitri..=)
Maaf atas sebarang kekhilafan.
Afiq Tj.
Mencari Redha Illahi.
No comments:
Post a Comment