Tuesday, August 6, 2013

Risau dengan kes tembak-menembak sekarang

Lewat malam baru ni kat tol..aku follow sebuah Hilux masuk laluan touch n go. Tiba-tiba sampai kat tempat nak sentuh kad tu, dia reverse kereta dan tak hiraukan kereta kecik aku kat belakang dia, dan langgar je (macam tak tau ada orang kat belakang, padahal kalau orang normal confirm nampak punya). 

Adus..Nasib la slow dan aku sempat reverse sikit. Lepastu bumper depan tu fleksibel (Viva)..nampak bahagian luaran kat depan kereta tu macam tak ada apa-apa sangat, setel macam tu je la cepat-cepat. 

Risau la time banyak kes tembak-tembak sekarang ni, tengah malam pulak tu..macam-macam boleh jadi..taknak la panjangkan cerita dan cari pasal. Lepas tu baru la perasan pemegang dua-dua lampu depan kereta aku patah. Adus..

Friday, July 19, 2013

Indahnya bila berada bersama mereka

Subhanallah.

Bayangkan bila anda dalam suasana sahabat-sahabat di sekeliling anda suci hatinya. Berusaha mengamalkan ajaran dan akhlak islam sebaiknya dalam kehidupan. Hati yang jauh dari buruk sangka. Wajah yang sentiasa tersenyum dan menenangkan. Penampilan yang sentiasa dijaga kekemasan. Tutur kata yang ramah.

Pagi dimulakan dengan solat subuh berjemaah. Perjalanan pagi dimulai dengan tazkirah ringkas dan muhasabah diri. Zikir mathurat pagi hari tak ditinggalkan. Masa diisi dengan bacaan al-quran.

Heh..da tentu tak ramai yang macam tu. Tapi usaha mereka tu yang menyenangkan dan mengajak diri sama untuk berusaha menambah baik akhlak dan amal diri.

Saturday, June 22, 2013

Bagaimana nak cuci pakaian bernajis guna mesen basuh automatik

Kalau anda pernah mencari maklumat tentang persoalan samaada suci atau pakaian bernajis bila guna mesen basuh automatik, anda akan jumpa dua jawapan.

1. Boleh dibasuh terus
2. Tak boleh dibasuh terus. Perlu bilas dengan air mutlak dahulu pakaian tersebut, dan bersihkan najis tu dahulu lepas tu baru basuh pakaian tersebut guna mesen basuh automatik.

atau

Lepas basuh guna mesen basuh automatik, keluarkan dan bilas guna air mutlak.

Anda boleh tengok hujah seperti Ustaz Azhar Idrus juga mengatakan perlu dibasuh najis tersebut dahulu.

Saya lebih berat untuk bersetuju dengan pendapat kedua.

Hujah untuk pendapat kedua adalah sebab air yang kita guna waktu membasuh guna mesen basuh automatik tu bertakung atau berkumpul dahulu lepastu baru dilepaskan.

Bila guna mesen basuh automatik:
1. Air masuk dan bertakung
2. Proses membasuh
3. Air keluar
4. Air masuk dan bertakung
5. Air keluar dan spin

Saya agak pening nak faham perkara ni dan fikir agak berat atau menyusahkan cara mengikut pendapat kedua tu.

Maklumlah, kadang-kadang kita tak pasti pakaian kita betul-betul bersih dari najis atau tak.

Contoh kalau kita ada anak kecil. Budak-budak kecil selalu muntah. Selalunya kita tak dapat kawal dari pakaian-pakaian kita dari terkena kesan muntah tersebut.

Disebabkan pakaian-pakaian yang kita basuh ni nak guna untuk dipakai waktu sembahyang juga, dah tentu kita nak ia diyakini suci dan bersih dari najis.

Saya ada cadangan untuk memudahkan kita.

Ini sesuai untuk pakaian bernajis yang kita yakin boleh tanggal dengan basuhan mesen basuh dan sabun..yang tak perlu diberus atau disental. Macam kesan-kesan muntah anak yang sedikit-sedikit, kesan terkena air kencing pada pakaian.

Caranya:

1. Basuh guna mesen basuh automatik seperti biasa
2. Lepas selesai semua basuhan, hidupkan semula mesen basuh anda.
4. Buka pintu mesen basuh
5. Pilih fungsi 'spin' sahaja.


6. Kemudian mulakan proses 'spin' tadi dengan menekan butang 'start'
7. Semburkan air kepada pakaian guna cebuk, paip tambahan dan apa juga cara yang sesuai.
-Dalam tempoh mesen basuh nak mula 'spin', mesen basuh anda akan mengeluarkan dahulu sebahagian air. jadi dalam tempoh ini, bila anda semburkan air, air itu akan melalui pakaian anda dan seterusnya keluar dari mesen basuh.
8. Mesen basuh akan terhenti secara automatik selepas beberapa ketika sebab anda tak tutup pintu mesen basuh.
9. Kalau anda tak yakin air sudah melalui sepenuhnya pakaian-pakaian anda tadi, ulang langkah 4-7.
10. Kemudian biarkan pakaian anda di 'spin'

Bagi saya cara ni lebih mudah dan jimat masa.

Saya tak pasti akan kesan jangka panjang kaedah ni kepada mesen basuh.

Saya ada cadangan tambahan untuk memudahkan lagi kita gunakan kaedah di atas.
1. Anda boleh buat satu paip tambahan yang boleh anda gunakan untuk kerja-kerja membilas.
2. Anda boleh gunakan paip mesen basuh anda dengan cara seperti berikut:
-tutup air untuk paip mesen basuh
-cabut bahagian hujung paip yang tersambung kepada badan mesen basuh
-buka semula air dan gunakan paip ini untuk melakukan langkah ke 7 dalam proses membasuh pakaian bernajis seperti saya nyatakan di atas tadi.


Harap ia membantu.

Saya lebih mengharapkan satu hari nanti ada jurutera elektrik/elektronik islam yang dapat merekacipta mesen basuh yang islamik. Yang ada ciri basuhan yang dapat menyucikan pakaian bernajis.

















Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...