Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Monday, December 12, 2016

Bertindak biar jelas. Jangan berandaian

Biar tindakan kita berpaksi kepada maklumat yang jelas. Jangan tindakan kita berpaksi kepada andaian.

Andaian adalah sesuatu yang tak tepat. Jadi tindakan yang berasaskan andaian tidak dapat memberikan momentum hasil yang penuh atau sempurna. Usaha yang dilakukan boleh jadi sia-sia.

Contoh, situasi anda mahu pelayan restoran datang. Tindakan yang berdasarkan andaian adalah dengan cara memandang mereka dari jauh. Tindakan yang jelas adalah dengan mengangjat tangan lama hingga pelayan memberikan respons memahami bahawa mereka perlu ambil oder anda.

Tuesday, December 2, 2014

Jadi Kaya Kemudian Apa?

Sedang baca buku Azizi Ali. Tajuk Maharaja Wang.

Kandungan buku sangat menarik sebab saya menjangka beliau telah baca banyak buku pengurusan kewangan termasuk buku- buku menarik oleh Robert Kyosaki.

Saya jangka olahan beliau termasuk dari ilmu-ilmu buku-buku pengurusan kewangan terbaik yang ada sekarang.

Cuma, saya terbelek muka surat belakang ada bahagian jadual seminggu beliau dan bahagian matlamat-matlamat beliau.

Kehidupan beliau hanya berkisar kewangan, keluarga, penerbangan,  melancong..dan matlamat-matlamat lain.

Saya mula terfikir. Adakah itu ja matlamat kehidupan?

Orang yang belum kaya, berusaha jadi kaya, berkorban, siang malam kerja..cari duit..

Bila dah kaya..itu ja kita nak capai?

Ada orang mati dalam usaha nak jadi kaya. Ada orang mati waktu dah jadi kaya tapi dalam keadaan mempertahankan dan menjaga kekayaan.

Perkara ni buat saya berfikir panjang..panjang..hmm..

Teringat satu poster. Wujud hidup insan di dunia hanyalah di antara dua titik, mengisi sedetik waktu dan menempati sezarah ruang.

Rasanya saya kena belajar ilmu falsafah/ilmu mantik untuk lebih faham dan merasai rahsia kehidupan.

Tuesday, August 6, 2013

Risau dengan kes tembak-menembak sekarang

Lewat malam baru ni kat tol..aku follow sebuah Hilux masuk laluan touch n go. Tiba-tiba sampai kat tempat nak sentuh kad tu, dia reverse kereta dan tak hiraukan kereta kecik aku kat belakang dia, dan langgar je (macam tak tau ada orang kat belakang, padahal kalau orang normal confirm nampak punya). 

Adus..Nasib la slow dan aku sempat reverse sikit. Lepastu bumper depan tu fleksibel (Viva)..nampak bahagian luaran kat depan kereta tu macam tak ada apa-apa sangat, setel macam tu je la cepat-cepat. 

Risau la time banyak kes tembak-tembak sekarang ni, tengah malam pulak tu..macam-macam boleh jadi..taknak la panjangkan cerita dan cari pasal. Lepas tu baru la perasan pemegang dua-dua lampu depan kereta aku patah. Adus..

Saturday, June 8, 2013

Pengalaman dapat anak pertama

Bismillah..

Alhamdulillah, dengan izin Allah..Allah bagi peluang untuk merasai nikmat menjadi seorang ayah.


Muhammad Umar Hakim nama yang saya dan wife setujui. Umar sebagai meneladani sifat Saidina Umar..dan juga Umar Abdul Aziz..Nama Hakim pula sebagai menambahkan lagi sifat kebijaksanaan kepada Umar.

Ok, sedikit perkongsian.

A. Sewaktu persediaan untuk menyambut kelahiran anak
1. Kami dulu search kat internet perkongsian dari orang ramai tentang list barang nak kena beli..Baju la..rompersla..botol la..macam-macam la.
2. Sebenarnya kita bukannya ada duit yang banyak nak beli semua benda. Untuk bantu anda saya nak bagi beberapa tips dari pengalaman:

-sebelum lahir tak perlu beli banyak baju untuk anak, beli setakat perlu dulu..sebab nanti kalau ada orang datang ziarah, akan dapat banyak hadiah baju. lagipun baju baby ni kita boleh selalu basuh..senang nak basuh dan keringkan.

- tak perlu lagi beli stroller..tunggu la nanti anak tu umur 2, 3 bulan ke kalau nak beli sangat pun. sempat la tunggu gaji seterusnya. Bukan nak guna sangat stroller, anak baru lahir tak berat sangat, boleh dukung. Waktu baru lahir pun kita tak bawak sangat anak jalan..Ibunya pun masih dalam pantang.

-tak perlu beli set mandian banyak-banyak. Yang ni pun akan dapat hadiah waktu orang datang ziarah nanti. lagipun baby bukan pakai benda-benda ni dalam kuantiti banyak sangat.

-beli la set bersalin, kalau boleh complete set yang siap ada kain bengkung.

-minyak telon sangat perlu

-kalau anak kuat menangis..macam situasi pernah jadi kat kami di mana dia hanya tak nangis dia tidur, kemungkinan anda kurang bagi susu kat dia. Cuba bagi susu setiap 2 jam walaupun dia tengah tidur, kejutkan dia untuk bagi susu.

-untuk suami, bersedia mental dan fizikal untuk tak dapat tidur lena atau tak dapat tidur cukup pada minggu-minggu awal kelahiran.

-waktu mengandung, ibu cuba baca al-quran sampai khatam. Kalau dapat khatam al-quran beberapa kali lagi bagus. ni tips dari mak mertua dari pengalaman dia kepada beberapa orang anak.

-jangan tinggal makan ubat yang klinik kesihatan bagi waktu mengandung..kalsium..asid folik..semua tu penting untuk anak yang akan lahir nanti

-prepare kurma untuk saat-saat nak bersalin, sebab boleh bantu tambah tenaga. Bersalin akan guna sangat banyak tenaga.

-hafal dan amalkan doa-doa untuk permudahkan bersalin, berguna untuk baca waktu sakit bersalin untuk lebih tenangkan anda

-bagi ibu mengandung makan yang cukup

-waktu minggu-minggu awal kelahiran, pasangkan ayat al-quran berdekatan anak sepanjang masa.

-mulakan simpanan dari awak. waktu awal kelahiran perlu duit banyak terutama kalau anda nak buat terus kenduri aqiqah, nak sedekah ikut berat timbangan rambut, pembiayaan rawatan susulan untuk isteri jika perlu, upah orang tolong bantu jaga anak dan isteri kalau mak dan mak mertua kerja, upah orang urut.

Ok, tu ja setakat ni..nanti saya sambung lagi.

Mudah-mudahan anda yang belum bertemu jodoh, dipermudahkan bertemu jodoh. Yang merancang untuk berkahwin, dipermudahkan untuk berkahwin. Yang belum dapat anak, dipermudahkan untuk dapat anak.

Ingatlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Berdoalah selalu..

Friday, April 13, 2012

Talqin Buat Diriku






Bismillah..

Mahasuci Allah, yang bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Mahasuci Allah yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Wahai jiwa yang lalai, ketahuilah, setiap yang hidup pasti akan mati. Dirimu juga pasti akan mati. Bila saja sampai ajalmu, tidak lagi mampu ditunda sesaat dua.

Wahai jiwa yang lalai. Sesungguhnya mati itu tak mengenal usiamu.
Walau kamu pemuda tegap.
Walau kamu gadis ayu.
Walau kamu sihat tak berpenyakit.

Bila tiba ajalmu, malaikat maut pasti datang mencabut nyawamu.
Tidak kira waktu.

Mungkin saat kamu bergembira bersama temanmu.
Atau saat bermesra dengan keluargamu.
Atau tika seronok berhibur di hujung minggu.

Ajalmu takkan ditunda.

Mahasuci Allah, yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran.
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai.
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Wahai kamu yang berpangkat tinggi, 
wahai kamu yang berpendidikan tinggi, 
wahai kamu yang berdiri angkuh di muka bumi, 
wahai kamu yang megah dengan kehebatan diri..

Hendaklah kamu ingat, bahawa kamu akan dimasukkan ke dalam lubang kubur, ditinggalkan tanpa teman, di tempat yang gelap dan sunyi.

Saat itu, akan datang kepada kamu,  2 orang malaikat iaitu Mungkar dan Nakir, mereka akan menyoal kamu:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Disaat itu hafalan kamu tentang jawapannya tidak berguna, 
Kerna amalanmu di dunia yang jadi penentu,
Adakah akan dapat menjawab soalan-soalan itu.

Jika solat 5 waktu kamu tidak sempurna, mana mungkin kamu akan dapat menjawabnya dengan baik.

Jika puasa kamu tidak lengkap, mana mungkin kamu akan dapat menjawabnya dengan benar.

Jika hidupmu di dunia penuh dengan dosa, mana mungkin kamu akan dapat tenang di dalam sana.

Ingatlah, jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang ditanyakan malaikat-malaikat itu.
Engkau akan dipukul sekuatnya oleh malaikat,
Kubur kau akan disempitkan,
Hingga terhimpit tulang rusukmu,

Kala itu, sesalanmu tak berguna lagi.
Rayuanmu tak dipedulikan lagi.
Hendak hidup kembali ke dunia?
Pasti! peluang itu tiada lagi.


Insaflah! 
Bahawasanya mati itu adalah benar, 
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur itu adalah benar, 
bangkit dari kubur kemudian dihidupkan kembali adalah benar, 
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, 
dihisab dan dikira segala amalan adalah benar, 
syurga dan neraka adalah benar.

Berubahlah kamu! Tingkatkanlah amalan kamu! 
Sebelum mereka disekelilingmu mengucapkan kepadamu.

"Kami mengucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala"

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya diajuhkan kami dari azab kubur.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.



Tuesday, April 3, 2012

Bagaimana nak berjaya jika usaha masih sama


"Kejayaan dan perubahan takkan dapat dicapai jika usaha, sikap dan kelakuan kita masih sama seperti sebelumnya. Pelik bagaimana kita masih lagi mahu melalui jalan berlubang yang kita pernah lalui sebelum ni, sedangkan kita telah tahu bertapa perit dan sukarnya apabila jatuh dan berada dalam lubang tu."

Tuesday, February 14, 2012

Mata lebah, mata lalat


Jadi macam lebah..ke mana pun dia pegi, apa saja dia jumpa, mata dia pandang pada madu..yang baik..manis dan sedap sifatnya. 

Jangan jadi macam lalat, ke mana pun dia pegi, apa saja dia jumpa, mata dia sentiasa mencari tahi/kekotoran.

...

Berbaik sangka jangan mudah berburuk sangka.

Mencari kebaikan pada orang bukan mencari-cari keburukan dan kekurangan.

Kalau cara pandang kita pada orang lain adalah tidak baik..'kotor'..mungkin itu menggambarkan hati yang ada dalam diri kita tu 'kotor'..

Jadi..mari cuci kekotoran hati.

Dengan istighfar dan ubah cara kita dalam menjalani hidup..

Yang Allah suruh kita buat dan jangan tinggal. Yang Allah larang kita tinggal dan jangan buat.


Wednesday, February 8, 2012

Letih dan seronok..


"Letih melakukan kebaikan, keletihan akan hilang, kebaikan akan kekal. Seronok melakukan dosa dan kejahatan, keseronokan akan hilang, dosa akan kekal"

Wednesday, February 1, 2012

When we feel like cannot make the best decision..



“Bila kita tak dapat putuskan keputusan terbaik atau cara terbaik dalam menghadapi permasalahan atau urusan dalam kehidupan kita, mungkin itu tandanya kita perlu berjalan dan berusaha untuk cari dan tambah maklumat sebelum kita kembali semula ke meja rundingan untuk membuat keputusan”

…

“When we feel that we cannot make the best decision in our live, maybe its sign for us to take some time to look up for more information and search for more knowledge before we come back again to make the right and best decision”

Sering aku tertanya-tanya..



Terlalu banyak nikmat yang aku perolehi dalam kehidupan ni. Terlalu banyak pemberian yang Allah beri kepadaku dalam kehidupan..

Allah aturkan aturan kehidupan dengan amat baik sekali. Dengan penuh hikmah. Kebaikan dan kesenangan dinikmati dan dihayati. Kesukaran, kepayahan dan ujian pula..penuh dengan seribu satu kebaikan.

Syukurku walau beribu tahun usiaku dihabiskan untuk tidak putus-putus mengungkapkan kalimah syukur kepada-Mu, pasti tak akan juga sama dengan nilainya dengan nikmat-Mu yang Kau berikan kepadaku tidak putus-putus.

Cubala bayar nilaian sebelah mata sahaja..

Subhanallah..Nilainya adalah..sangat bernilai..valuable..Baru satu nikmat..Bagaimana dengan nikmat lain..dari sekecil-kecil nikmat..hingga sebesar-besar nikmat..sungguh..sangat berharga Ya Allah..

...

Sering aku tertanya-tanya..

Apakah yang aku buat hingga Allah bagi aku nikmat sebegitu banyak begini? Apakah usaha yang telah aku buat? Atau adakah disebabkan berkat doa dari ibuku? Atau berkat doa dari mereka yang makbul doanya?
…

Tiada jawapan.
…

Ya, memang tiada jawapan..kerana soalan itu salah..ia sepatutnya berbunyi begini..

Kenapa Allah bagikan segala nikmat dan pemberian yang sangat berharga kepadaku?


Jawapannya mudah.


Kerana Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang..Rahmat Allah meliputi seluruh langit dan bumi..Pemberian Allah dengan kasih sayang dan rahmat-Nya yang sangat banyak dan tidak putus-putus kepada semua makhluk Allah tidak mengurangkan sedikit pun kekuasaan dan kemampuan Allah. Subhanallah..Maha Suci Allah..


Dan jawapannya lagi..


Allah berikan nikmat-nikmat itu supaya kau menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur..

...

“Ya Allah..jadikan kami semua hamba-Mu yang sentiasa bersyukur..”

...

..syukuri nikmat..dari sekecil-kecil nikmat..hingga sebesar-besar nikmat..kau sangka ia kecil..tapi berharganya ia akan hanya diketahui bila nikmat itu diangkat..jangan sampai nikmat diangkat..

...

Sesiapa yang mensyukuri nikmat Allah, Allah akan tambah nikmat-Nya..Sesiapa yang mengkufuri nikmat Allah (tidak mensyukuri nikmat Allah)..azab Allah sangat pedih..


Thursday, January 12, 2012

Orang Gila




Satu hari dalam perjalanan nak balik dari kerja, saya singgah kedai mamak. Order nasi kandaq. Lapar juga sebab tengah hari tu tak makan tengah hari.

Sampai kedai, mamak depan nasi kandaq tu pandang saya..

Saya cakap...”makan sini..”

“Nasi biasa ka tambah (luar biasa)?”

“Em..tambah..(ok gak, selalu nasi dia macam sikit dan tak cukup. Aku pulak tengah lapar.)

Mamak isi nasi..

“Kuah campur?”

“Campur..”

“Lauk?”

“Ayam tu..(tunjuk kat ayam goreng)”

“Em, nak sayur tu ya..(tunjuk kat sayur kobis goreng)”

Mamak angguk..letak sayur..Biasa aku makan kat situ tak letak sayur..jimat sikit..kali ni nak makan spesel sikit..

Aku duduk kat meja..datang bil..RM 6 lebih untuk nasi tu..em..mahal dari biasa..kalau takda sayur dan nasi biasa, dapat RM 4 lebih ja..

Aku nak mula makan..tengok ayam..alamak..bahagian yang banyak isi..lupa nak minta kepak atau peha tadi..

Entah macam mana..selera aku nak makan jadi kurang..mungkin sebab banyak minum air kot sebelum makan..tak pun sebab dapat ayam bahagian aku tak berminat..atau mungkin sebab gigi sakit..

Makan ja la..Tak baik membazir..

Em..banyak pula nasi ni..

....…..

Port meja yang aku pilih memang baik..tepi jalan..boleh tengok gelagat manusia..sambil tengok dan rasai kesejukan hujan..

Syoknya hujan..tidur pun best..untung dapat balik awal arini..aku mengelamun dan berangan sorang-sorang..

Tengah aku duk syok mengelamun dan berangan..datang seorang lelaki melintas depan aku..ish..gila tak pakai baju depan orang ramai ni..

Em, seluar pakai la..badan kurus..gelap..rambut tak terurus..bawa satu plastik air..macam teh ais..tapi dah nak habis..

Oh..orang gila..

Dari mana ntah dia dapat air tu..pandai ka dia beli? Mana dia dapat duit? Macam mana dia boleh hidup dengan tak bekerja dan dalam keadaan macam tu ya?

Em, abaikan..baik aku teruskan misi untuk habiskan nasi ni..

……

Aduh..da tak larat nak habiskan..memang tak boleh nak masuk da nasi ni..Em..xpa..cuba habiskan ayam yang banyak tu dulu..

Em..tak dapat nak habiskan juga..

Macam mana ni..tak silap..membazir tu berdosa..Em, taknak dapat dosa..

Cuba punya cuba..tak habis juga..Aku dapat makan kurang separuh ja..Terpaksa tinggalkan nasi tu..Nak bungkus segan (sebab aku pemalu)..

Apala nasib kau nasi..mesti nanti mamak akan buang dalam tong sampah..
Sayangnya..

…...

Dah..jom balik..

Aku pegi bayar..

Masa nak jalan balik..Aku tengokla balik nasib nasi aku atas meja tadi..

Aik? Ada orang da duduk kat meja tu..cepat betul mamak clearkan meja..


Tengok gelas kat atas meja tu..kosong..

Perhati betul-betul orang di meja tu..

Oh..orang gila tadi..Dia makan nasi aku dengan sangat berselera..

Subhanallah..rupanya nasi tu rezeki dia..

Pengajaran:
  1. Subhanallah..Allah sebaik-baik Pentadbir..Allah Maha Pemberi Rezeki..Sifat Maha Pengasih dan Penyayang Allah meliputi seluruh makhluk langit dan bumi..tak kira dia manusia..haiwan..berakal..tak berakal..Islam..bukan Islam..
  2. Pengetahuan kita tentang nikmat dan kebesaran Allah tak terjangkau..Dan Allah sebaik-baik Perancang..Rupa-rupanya..Allah rancang..nasi yang banyak..lauk yang lebih spesel dari biasa..rupanya rezeki untuk orang gila tu..Allah tunjukkan betapa perancangan Allah sangat teliti dan rapi.
  3. Ada orang diberi nikmat, tapi tak dapat menikmati nikmat yang dia ada.
  4. Ada orang diberi nikmat, tapi tak dapat mensyukuri nikmat yang dia ada.
  5. Ada orang kaya, tapi tak bahagia..Duit yang banyak tak cukup dan tak puas untuk dia. Ada kereta..Nak kereta lebih besar. Ada harta, nak harta yang lebih banyak. Kejar harta dan kemewahan tanpa sempat bersyukur pada Allah, pemberi harta dan nikmat tu..
  6. Ada orang miskin dan serba kekurangan tapi bahagia, merasa cukup dan tenang.
  7. Nikmat paling besar adalah nikmat iman.
  8. Cara terbaik dalam menerima nikmat adalah dengan bersyukur..Antara cara bersyukur..berkongsi nikmat yang kita terima.
  9. Em, siapa la kita..kerdilnya kita..nak dibandingkan dengan nikmat dan kekuasaan Allah..Maha Suci Allah..Maha Agungnya kekuasaan Allah..Maha Pemurah dan Penyayangnya Allah. Subhanallah..

p/s: Maaf agak kasar panggilan 'orang gila'..mungkin boleh dipanggil orang bermasalah mental/orang kurang siuman. Digunakan istilah 'orang gila' untuk mudah cerita dan sampai mesej.

Wednesday, January 4, 2012

Kecewa Dengan Diri Sendiri



Satu hari aku merasa sangat kecewa dengan diri sendiri..
Kecewa..
Setiap hari berusaha untuk mengubah diri..
Setiap hari memasang azam..
Setiap hari menginsafi dosa..
Namun, setiap hari masih sama..
Masih diri yang sama..
Perubahan diri masih tak dicapai.
Kadangkala rasa mahu berputus asa..
Kecewa dengan diri..

Satu hari seorang sahabat datang menasihati..

Teman..kau sangka..hanya dengan usahamu..kau mampu berubah?
Kau lupa sesuatu teman..
Kau lupa..setiap usahamu itu..sedikit pun tidak mampu membantumu berubah..melainkan dengan izin dan kehendak Allah..

Kau sombong.

Kau sangka dengan usaha kau saja, perubahan yang kau usahakan akan berjaya..
Kau lupa untuk meminta pada Allah..agar Allah memudahkan usahamu..
Agar Allah menjayakan perubahan yang kau usahakan itu..
Allah menegurmu..Usah sombong..

................

…Jangan hanya bila susah ingat Allah..bila senang lupakan Allah...

Sunday, January 1, 2012

Mengapa Tak Menghargai, Mengapa Tak Mensyukuri



Mengapa memandang pada banyaknya kelemahan dan kekurangan diri sedangkan begitu banyak kelebihan dan pencapaian yang dikecapi..



Mengapa rungsing pada yang tak dapat diubah sedang di depan mata, banyak yang boleh berubah..



Mengapa kesalkan kegagalan diri, sedang tempoh memperbaiki diri masih banyak berbaki.

Thursday, December 29, 2011

Masalah datang untuk diselesaikan, bukan untuk dirisaukan


Bila masalah datang..


Risau + tak cari jalan penyelesaian = 

Tak guna, buang masa, buang tenaga, tambah tekanan, menyusahkan & bertambah masalah

Sabar + cari jalan penyelesaian = 

Ketenangan, ketenteraman, kurang tekanan, bertambah idea, bertambah usaha, bertambah jalan penyelesaian




Thursday, November 3, 2011

Keputusan dalam Kehidupan


Bismillah,

Setiap hari banyak keputusan yang kita perlu buat. Dari sekecil-kecil keputusan hingga sebesar-besar keputusan. Nak makan apa, nak pergi mana, nak buat apa dulu, nak pakai apa, nak baca apa..dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang kita akan buntu atau risau berkenaan apa keputusan terbaik untuk kita buat terutama bila perlu pilih antara dua keputusan yang terbaik.

Dalam membuat keputusan, rujuk pada sistem nilai yang kita pegang dalam kehidupan. Sistem nilai bermaksud apa perkara-perkara penting yang kita nilaikan sebagai yang penting dalam kehidupan kita. Ada orang mungkin keluarga, kewangan dan kesihatan adalah antara perkara penting dalam kehidupan mereka. Bila nak buat keputusan terbaik, pertimbangkan mana yang paling bertepatan dan bersesuaian dengan keutamaan nilai-nilai penting yang kita pegang.

Sebagai muslim, kita seharusnya jadikan Allah sebagai yang paling penting dalam sistem nilai untuk kehidupan kita. Bila nak buat keputusan, pertimbangkan dulu yang mana Allah suka, yang mana Allah tak suka. Yang Allah tak suka kita tinggalkan. Bila ada beberapa pilihan yang kita yakin apa yang Allah suka, baru kita pertimbangkan nilai lain yang penting dalam kehidupan kita. Mungkin kewangan, keselesaan dan lain-lain.

Contohnya bila kita perlu buat keputusan untuk pilih pakaian terbaik untuk kita beli. Pertimbangkan dulu yang mana yang Allah suka untuk kita pakai. Maksudnya yang ikut cara berpakaian yang ditetapkan Islam seperti menutup aurat dan tak menampakkan bentuk badan. Kemudian baru pertimbangkan mengikut nilai penting lain yang kita pegang.

Contoh lain yang biasa kita buat, bila nak beli sesuatu makanan di kedai. Pertimbangkan dulu yang mana yang Allah suka untuk kita pilih. Antaranya yang diyakini halal. Kemudian baru pertimbangkan perkara lain seperti sedap, murah dan lain-lain yang mungkin penting dalam sistem nilai kehidupan anda.
Jadi, mari kita sama-sama ubah sistem nilai dalam kehidupan kita. Utamakan apa yang Allah suka dan tinggalkan apa yang Allah tak suka. Jadikan apa yang Allah perintah dan larang sebagai pertimbangan utama dalam kita nak buat kehidupan seharian.

Mohon nasihat dan teguran atas perkara yang kurang atau tak tepat.

Moga bermanfaat.

Sama-sama kita dapatkan redha Allah.

Afiq Tj.

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...