Showing posts with label Cemerlang. Show all posts
Showing posts with label Cemerlang. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

Bagaimana nak berjaya jika usaha masih sama


"Kejayaan dan perubahan takkan dapat dicapai jika usaha, sikap dan kelakuan kita masih sama seperti sebelumnya. Pelik bagaimana kita masih lagi mahu melalui jalan berlubang yang kita pernah lalui sebelum ni, sedangkan kita telah tahu bertapa perit dan sukarnya apabila jatuh dan berada dalam lubang tu."

Thursday, April 14, 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan



Bersempena dengan musim peperiksaan sekarang terutama di universiti dan lain-lain pusat pengajian..saya ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan..buat adik-adik saya, rakan-rakan dan pembaca-pembaca yang sedang atau akan menghadapi peperiksaan.

Friday, December 31, 2010

Muhasabah Diri



Setiap dosa yang dilakukan menitiskan satu titik hitam pada hati..Makin kerap dosa insan itu..makin bertambah titik hitam di hatinya..hingga makin sukar hidayah untu masuk ke pintu hatinya..gembiralah orang yang menyucikan hatinya..yang bertaubat setelah membuat dosa..menyesali dengan sepenuh hati akan dosa yang telah dilakukan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi..

Setiap diri muslim adalah mujahid..berperang dengan hawa nafsu sendiri..dan peperangan itu tidak akan berhenti selagi diri muslim itu masih bernyawa di atas bumi ini.

Jangan pernah berhenti berusaha untuk menjadi muslim sejati..jangan pernah berhenti berusaha untuk menjadi muslim sebenar..jangan pernah berhenti berusaha untuk menjadi muslim yang benar-benar mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya..Allah sangat suka muslim yang berusaha mendekati-Nya. InsyaAllah, usaha itu akan dibantu oleh Allah..ikhlaskan hati dan jangan pernah berputus asa.

Selamat Hari Lahir..Selamat Tahun Baru Hijrah..Selamat Tahun Baru Masihi..kukuhkan azam..tingkat usaha..perbaiki diri..

Moga cemerlang dunia akhirat..

Friday, October 29, 2010

Orang yang cemerlang



Kata seorang motivator tempatan yang pernah popular dulu tapi kini sudah menyepi, orang yang cemerlang punyai sifat Ego Diri Tinggi.



Pada pendapat saya, bila difikirkan, sebagai orang Islam, ego diri tinggi hanya satu istilah yang takde kaitan dengan sifat ego. Ia hanya gabungan sifat yang ada pada diri orang yang cemerlang iaitu tidak mudah berputus asa, berani, tidak mudah ditindas atau dipijak, sentiasa menjaga maruahnya, yakin diri yang tinggi, bersemangat tinggi.



Orang yang cemerlang tidak mudah kecewa dengan kegagalannya, dan tidak mudah berputus asa, dan tidak pernah berhenti berusaha. Tidak pernah terfikir di mindanya untuk kecewa dengan diri. Baginya kegagalan hanyalah maklum balasa dari kehidupan, dan ujian Allah. Dari kegagalan dia belajar, dan dengan kegagalan dia menjadi lebih kuat dan bukan menjadi lebih lemah.



Orang cemerlang mempunyai pendirian diri yang mantap dan tidak mudah goyah. Dia punyai prinsip yang jelas atas pendirian yang dipegang. Dia tidak seperti lalang yang hanya mengikut arah mana angin bertiup. Dia ada hala tuju sendiri dan dia tak peduli samaada hala tuju tersebut sama dengann hala tuju ramai orang atau tidak. Dia tak peduli jika dia melawan arus, yang dia tahu dia ada prinsip yang benar. Prinsip yang dipandu oleh al-Quran dan hadis.



Bagi orang yang cemerlang, masa terlalu berharga baginya. Masa adalah satu sumber pelaburan yang penting. Dengan masa boleh menghasilkan wang yang bayak, dengan masa boleh mengumpul pahala yang banyak, dengan masa boleh mengeratkan silaturrahim, dengan masa boleh meningkatkan kesihatan badan, dan dengan masa boleh menambah ilmu.



Bagi orang yang cemerlang ilmu itu sangat -sangat penting dan sangat-sangat berharga. Ilmu itu yang membezakan seseorang. Orang yang kaya ilmu sebenarnya orang yang benar-benar kaya. Dengan ilmu lebih mudah untuk melakukan banyak perkara. Dengan ilmu orang yang cemerlang mampu menjadi lebih cemeralang dan pergi lebih jauh dalan laluan kecemerlangan.



Bagi orang yang cemerlang sehebat mana pun kecemerlangannya sentiasa perlu ada sifat tawadhuk dalam dirinya. Perlu ada sifat menghormati orang lain. Perlu ada sifat tidak sombong, tidak riyak dan tidak ujub. Bagi orang yang cemerlang, kecemeralangannya hanya pinjaman dari Allah. Kecemerlangannya adalah dari Allah. Kecemerlangannya adalah milik Allah.



Tidak terlintas di fikirannya bahawa kecemelangannnya adalah atas usahanya sendiri sebab dia tahu anggota badan yang dia gunakan untuk berusaha adalah pemberian dan pinjaman dari Allah, firan yang sihat yang ada padanya adalah juga pemberian Allah, kesihatan badan yang ada padanya yang membolehkannya terus berusaha adalah milik Allah, semangat yang tinggi dan rasa tidak mudah mengalah dan putus asa juga adalah bantuan dan pemberian dari Allah. Jika Allah tidak mengizinkannya untuk cemerlang sudah pasti dia tidak cemerlang seperti mana yang dikecapinya sekarang.



Dia sedar tentang keperluan berusaha, dan dalam masa ynag sama juga dia sedar akan status dirinya sebaga hamba Allah.



Jadi usah putus asa, usaha habis-habisan, tiada ruang untuk dirimu berduka cita dengan kegagalan, beri kemaafan kepada dirimu atas ketidakmampuannya untuk tetap teguh dengan prinsip orang cemerlang yang dipegang dirimu..Diri ini manusia..yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Yang penting usah putus asa dan usah berhenti berusaha.



Sertakan usahamnu dengan doa memohon bantuan dari Illahi, mohon dipermudahkan urusan, mohon supaya usahamu untuk mendapat kecemerlangan akan berjaya. Mohon ampun juga atas dosa-dosamu. Dan sentiasa perbetulkan niat. Tujuan kita mahu cemerlang adalah kerana mahukan keredhaan Allah.



Dengan kecemerlangan kita akan dapat lebih membantu, dengan kecemerlangan kita akan dapat meningkatkan maruah umat Islam, dengan kecemerlangan kita akan dapat meningkatkan kemajuan umat Islam, dengan kecemerlangan kita dapat memperbanyakkan ibadah, dengan kecemerlangan kita dapat melawan musuh-musuh Islam.

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...