Showing posts with label cara menjual. Show all posts
Showing posts with label cara menjual. Show all posts

Tuesday, August 18, 2015

Cara Jual Kereta di Mudah.my-Siri 1

Assalamualaikum, artikel yang saya tulis sebelum ini tentang pengalaman saya jual kereta di mudah.my agak popular. Ramai yang baca artikel tu. Dan ramai yang nak tahu maklumat dan cara jual kereta di mudah.my. Ada yang mesej dan telefon untuk minta tolong saya jualkan di mudah.my.

Setakat ni saya dah iklankan 4 kereta di mudah.my. 2 kereta dapat dijual, 2 lagi tak dapat dijual kerana:
1. Kereta A: Harga pasaran terlalu murah dan owner nak kena tambah duit sendiri banyak sangat untuk bayar baki loan bank, jadi owner tak jadi nak jual

2. Kereta B: Saya tolong Pakcik untuk jual kereta dia, saya guna banyak fungsi yang ada di mudah.my dan habis modal dalam lebih RM30 jugak tak silap untuk bagi iklan tu ditunjukkan de bahagian tepi website mudah.my. Tak dapat jual, sebab Pakcik saya terlebih dahulu jual kepada used car dengan harga yang juah lebih murah. Saya dah nyaris nak dapat pembeli sebenarnya tapi takpala, Pakcik saya pun nak pakai duit cepat dan bukan rezeki saya untuk dapat sedikit komisen dari jualan tu.

Ok, saya kongsikan sikit tips, idea dan cadangan untuk jual kereta di mudah.my.

Ada panduan untuk golongan beginner, dan ada panduan untuk golongan advance. Panduan untuk orang advance agak pening sikit untuk orang beginner tapi lebih tinggi kebarangkalian untuk dapat jual pada harga sesuai. Ikut rezeki la.

Saya takkan ajar cara anda nak masukkan iklan untuk jual kereta anda di sini, saya rasa ada orang dah kongsikan kot. Kalau takda orang kongsikan lagi, bagitau kat ruang komen, nanti ada masa saya buat.

Sebelum jual, anda kena bayangkan anda sebagai bakal pembeli. Kalau anda nak beli kereta di mudah.my, apa yang akan anda buat, apa yang anda akan analisis dan tengok.

Saya ada pengalaman sebagai penjual dan pencari kereta di mudah,my. Saya cari kereta di mudah.my berbulan-bulan jugak. Selalu ja tengok iklan di mudah.my masa nak buat keputusan nak beli kereta baru dulu.

Ok, tips.

1. Target market: Anda tengok kereta anda tu jenis macam mana dan siapa yang sesuai beli kereta anda.
- Kalau anda nak jual kereta mahal, dah tentu pembelinya orang yang banyak duit, kerja eksekutif, senang nak buat loan dan lain-lain

- Kalau anda nak jual kereta Kancil manual, dah tentu pembelinya seorang yang berjimat cermat, atau orang yang kurang berkemampuan tapi sangat perlukan kereta untuk keperluan keluarga.
-Kalau kereta anda jenis kereta lumba, dah tentu pembelinya orang muda yang minat kereta lumba macam anda

Bila anda dah dapat fikirkan target market yang sesuai atau kategori pembeli yang sesuai untuk beli kereta anda, baru anda boleh buat keputusan tentang macam mana nak iklankan kereta anda.

Tips: Kalau anda target bakal pembeli dari golongan tak minat kereta lumba, perempuan ayu yang nak bawak kereta sopan santun, jangan anda iklankan kereta anda adalah sebuah kereta lumba. Anda cakaplah kereta anda dijaga rapi, basuh tiap hari, servis tip top..dan tak perlu la anda ceritakan kereta anda ada sayap, ada sportrim besar dan lain-lain..Gambar aksesori-aksesori ni pun kalau boleh anda jangan tunjukkan...

Ok, tu tips pertama..dah ngantuk. Nanti sambung lagi. Kalau anda rasa nak tahu lagi tips seterusnya, elok anda komen kat bawah. Semangat sikit saya nak kongsi.hehe..;)

Tips seterusnya:
-pemilihan gambar atau sudut gambar
-strategi penetapan harga
-maklumat-maklumat yang perlu dimasukkan
-ayat cliche (yang ni saya fikirkan semula nanti perlu tak saya kongsi)

Sekadar cuba membantu serba sikit.

Siri 2: Penetapan Harga
Siri 3: Gambar

Friday, July 24, 2015

Agen Dropship Diperlukan


Kepada anda yang:

1. Ingin tambah pendapatan,
2. nak cari side income,
3. duit bulanan tak cukup,
4. nak tambah duit untuk bayar hutang,
5. nak tambah duit untuk tampung perbelanjaan harian,
6. nak tambah duit untuk tampung beli susu dan pampers anak
7. Nak simpan duit untuk kahwin
8. Nak kumpul duit untuk bayaran muka kereta baru
9. Duit gaji tak cukup
10. Nak bayar hutang kad kredit
11. Nak bayar GST
12. Baru nak belajar berniaga
13. Nak cari pengalaman berniaga, menjual, buat sales

Dan yang sama waktu dengannya.

Saya pelawa anda untuk jadi agen dropship saya untuk produk Baby Herbal Cream Tropika.

Produk ini sangat laris di pasaran. Perminataan tinggi.

Tahukah anda, ada seorang jutawan di Malaysia yang menjadi jutawan ketika usia 19 tahun, mulakan perniagaan beliau dengan cara menjadi agen dropship?

Jadi jangan pandang rendah pada bisnes cara dropship.

Untuk  maklumat lanjut sila whatsapp 012-8984520.

Terima kasih.

SURIAF ENTERPRISE (UA0009216-K)

Senarai Agen COD Krim Herba Tropika/Baby Herbal Cream Tropika di 12 Negeri:


Artikel lain yang berkaitan:

Page Facebook Krim Herba Tropika COD

Ibu Bapa Ini Rasa Lega Selepas Sapukan BayiMereka yang Batuk dan Selsema dengan Baby Herbal Cream Tropika

Ibu Bapa Ini Lega Apabila Bayi Mereka Kurang Kembung Perut dan Muntah-muntah Selepas Menggunakan Baby Herbal Cream Tropika

Anda Tertanya-tanya Apa Kandungan Bahan dalam Baby Herbal Cream Tropika?

Baby Cream for Cough and Flu

Page Facebook Baby Herbal Cream Tropika Kedah, Penang, Perlis

Nombor Rujukan KKM untuk Produk Baby Herbal Cream Tropika

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...