Wednesday, September 10, 2014

Pertimbangan membeli kereta

Dari pengalaman dan pengetahuan terbaru saya, kalau anda nak beli kereta baru, pastikan ia kereta yang benar-benar berbaloi dengan jumlah hutang dan tempoh hutang yang anda buat.

Cuba kenalpasti berapa lama jangka hayat kereta tu, berapa lama tempoh hutang anda buat, bagaimana keperluan dari segi jumlah barang nak angkut dan/atau jumlah orang nak bawa.

Kalau anda berhutang 5 tahun, pastikan kereta tu mampu memenuhi keperluan anda dalam tempoh masa 5 tahun tu. Contoh, jika kereta dengan keluasan seperti proton Saga atau Proton Waja, muat untuk seorang pemandu (suami), seorang isteri dan maksimum 3 orang anak (atau mungkin 4 orang kanak-kanak). Jadi anda perlu ambil kira dari segi perancangan berapa orang anak yang anda jangka/rancang dalam tempoh tu. jarak perjalanan yang anda akan tempuhi dan jumlah barang anda dan barang keluarga anda yang anda akan bawa dalam tempoh tersebut.

Ini kerana, kerete baru, sebaik sahaja anda beli dan keluarkan dari kedai, nilainya dengan serta merta menyusut. Dan setiap tahu, nilainya akan terus menyusut, kadang-kadang beberapa ribu kadang-kadang penysusutan nilai tu mencapai puluhan ribu.Tak berbaloi untuk anda jual balik kereta tersebut.

Kalau nak beli kereta baru, beli yang anda dapat guna habis-habisan. Bukan yang anda target nak jual balik. Melainkan anda memang orang yang banyak duit dan tak kisah untuk jual kereta anda dengan harga murah.

Coretan sekadar pendapat, dan rekod buah fikiran terkini untuk penilaian dan kegunaan diri di masa depan.

Thursday, July 31, 2014

Jumpa Mat Salleh Kayuh Basikal di Kenyir

Jumpa mat salleh kat tengah-tengah highway kat tasik kenyir.

Highway ni jarang orang guna, kalau nak lalu highway ni memang kena sedia bekalan air dan makanan siap-siap. 

Pejalanan dalam sejam lebih ke dua jam yang tak jumpa tempat makan atau R&R..laluan yang biasa diguna lori balak. Kalau ada tempat berenti pun, tempat driver lori berenti makan, gerai kecil yang memang takkan buka hari raya macam ni.

Jumpa dia di tepi jalan, dari jauh nampak melambai botol kosong. Mula-mula ingatkan orang jual minyak atau pekerja baiki jalan. Rupanya mat salleh ni kehabisan air. Kesian. Dia kayuh basikal sorang-sorang yang aku rasa dia mula dari mana-mana tempat peranginan di tasik kenyir dalam beberapa puluh kilometer sebelum ni.

Aku bagi air botol mineral kecil 1 kat dia. Tak sangka detikan hati untuk beli beberapa botol air sebelum masuk kawasan kenyir tadi, adalah rezeki dia.

Dia kata, "Thank you"

"Do you have something to eat?"

Pergh..lagi kesian..bagi dia semua roti yang aku beli tadi. Tu pun 2 biji ja.

"I did not know that there's no town around here"

Memang la..

"How far nearest town?"

"Quiet far" aku cakap.

Pastu aku bagi air 100plus sebotol, penuhkan botol air mineral dia yang kosong tadi dengan air yang aku ada dan tinggalkan sikit ja kat aku.

Takpa, aku naik kereta. Boleh cari air nanti kat kedai mana-mana.

Aku tinggalkan dia kat situ. Tak pasti dia teruskan pejalanan atau patah balik.

"Take care" aku kata.

"Have a nice day" dia kata.

Namanya Scout dari U.S.

* Kadang-kadang tak paham kenapa mat salleh suka jalan jauh-jauh dalam Malaysia ni guna basikal. Aritu jumpa dua orang tengah kayuh basikal kat tengah-tengah lebuhraya timur-barat menghala ke Grik, dari Jeli.

Monday, July 28, 2014

Muhasabah 2

1. Jangan mudah terasa, manusia lemah dan ada, malah sering membuat silap. Diri sendiri pun sama.

2. Sentiasa sabar.

3. Banyak mengaharap kepada Allah. Jangan banyak mengharap kepada manusia nanti kecewa. Allah sebaik-baik tempat berharap.

4. Sayang dan kasih 1000 manusia kepada kamu takkan sama dengan sayang dan kasih Allah kepada kamu.

5. Kalau mengharap perhatian manusia, kamu akan kecewa. Jika harap perhatian dan kasih sayang Allah, kamu takkan kecewa.

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...