Tuesday, May 6, 2014

Hidupmu Kosong, Nilaimu Lebih Tinggi


Hidupmu kosong.

Nilaimu dipegang orang.

Memperbodohkan diri untuk diketawakan orang.

Memperbodohkan diri untuk mereka ketawa berlebihan.

Hidupmu kosong. Nilaimu dimana?

Mari kawan. Faham erti hidup. Panjang hanya sejengkal. Sampai waktu, kau pergi. Sampai waktu, kau diganti.

Tidakkah kau lihat mereka? Mereka yang telah berlalu. Kau juga akan turuti mereka.

Usah berlebihan.

Kembalilah kawan. Kenal erti hidup. Kenal hakikat kehidupan.

Marilah kawan. Nilai dirimu lebih tinggi.

Berbekalkan iman, kau pasti tak rugi..



Monday, May 5, 2014

Jangan tinggalkan


Jalan dalam usaha kebaikan itu panjang. Tak mungkin dilalui sendirian tapi perlu sentiasa bersama kumpulan-kumpulan yang turut mahukan kebaikan.

Usah ditinggalkan ahli yang semakin menyendiri, kerana komitmen dan usaha berterusan itu bukan kita yang tentukan. Sentiasa perlukan taufiq dan hidayah yang berterusan.

Meninggalkan mereka bukan menguatkan kumpulan kebaikan tapi melemahkan, bahkan kebatilan yang kian dikuatkan.

Jangan sombong, jangan memandang rendah mereka, jangan memandang diri tinggi.

Jika ikhlas, sentiasa akal dan hati dalam sangka kebaikan. Sentiasa diri usaha bantu. Sentiasa mencari seribu satu alasan, simpang jauh dari sangka keburukan.

Bukankah kita rakan kebaikan? Selamanya kita bantu agar sama tetap utuh bersama-sama terus jadi rakan kebaikan.

Ikhlas, ikhlas, ikhlas..itu penting.

Tutup pintu-pintu sangkaan..senyum.

Bersama terus dalam lingkungan kebaikan.

Thursday, November 7, 2013

Jangan jadi macam lalang

sumber gambar: google

Kita pasti terbiasa dengan istilah, orang tua makan garam dahulu..dalam kerja mungkin boleh guna istilah macam ni..orang senior makan garam dahulu.

Jangan jadi macam lalang. Tiada pendirian. Walau senior lebih berpengalaman tapi tak semestinya pendapat mereka semuanya betul. Kenalpasti samaada pendapat yang diberikan adalah dalam bidang kepakaran mereka atau tak.

Jangan mudah terikut-ikut dengan suasana persekitaran kerja kita. Politik di tempat kerja ni macam-macam. Silap langkah sekarang, kesannya boleh berlarutan dan boleh beri kesan untuk masa hadapan.


Tetapkan matlamat yang jelas dalam kerjaya dan kehidupan. Tingkatkan ilmu. Banyakkan membaca.

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...