Sunday, October 13, 2013

Review Proton Preve CFE (Pengalaman guna Proton Preve CFE)-Part 1



Saya nak kongsikan pengalaman saya menggunakan Proton Preve CFE. Maklumat ni mungkin berguna untuk anda yang sedang buat pertimbangan untuk beli kereta sesuai.

Saya ambil masa kira-kira 3 bulan untuk pilih kereta terbaik untuk saya beli. Berkenaan Proton Preve CFE dan Proton Preve Excecutive, saya lawat beberapa blog seperti blog Paul Tan,  blog Aku dan Kereta-Keretaku dan video youtube  dan beberapa link lain untuk rujukan seperti page Preve Club di facebook

Secara ringkasnya..


Kelebihan

Enjin dan pickup
Kalau tak biasa bawak mungkin anda akan kata pickup Preve tak kuat. Saya tak pasti tentang Proton Preve Excecutive, tapi jika untuk Proton Preve CFE, sebab yang pertama, mungkin kerana sistem suspension, berat kereta dan lain-lain, menyebabkan kita tak terasa laju sangat jika kereta ni dipandu laju. Yang kedua, anda kena tahu macam mana nak tekan paddle minyak untuk rasakan pickup kereta Preve CFE.

Pickup Preve CFE ok ja. Kawan saya yang bawak kereta Honda Civic FD pun kata Preve CFE ni pickup bila pertama kali dia test-drive kereta saya.

Nak lagi pickup, tekan ‘kick paddle’ (kawan saya yang bagi nama). Cara dia, tekan paddle minyak habis/cecah lantai. Kereta akan memecut tiba-tiba. Anda boleh rasa sendiri tujahan enjin turbo dia. Meter RPM dari 2500-3000 rpm, dengan cepat naik ke 4000-5500 rpm. Dari kelajuan dalam 80-90 km/j..sedar-sedar dah 120-130 km/j. Kalau tak biasa, pastikan anda cari kawasan jalan yang selamat (lurus dan laluan panjang), untuk cuba. Berguna untuk memotong, bila ada kereta 'cucuk' rapat kat belakang atau mungkin nak elak sesuatu.

Handling dan suspension
Best. Dah cuba di laluan berbukit dan berselekoh di lebuhraya timur-barat. Takda masalah untuk ambil selekoh walau dalam kelajuan yang lebih tinggi dari biasa. Tapi tak cuba lagi dalam pemanduan ekstrem..setakat 100-120 km/j ja. Tak berani. Hati-hati. Jalan ni bahaya. Saya cuba pun waktu jalan kering, sekadar nak tahu potensi kereta.

Brek
Brek dia bagus. Mungkin sebab ada macam-macam fungsi seperti ABS dan BA. Penting ciri-ciri ni. Boleh tengok di sini dan di sini. Takda masalah, insyaAllah kalau terpaksa brek mengejut. Tapi hati-hati, takut orang belakang yang ada masalah untuk brek mengejut..Nanti kereta anda yang akan dilanggar dari belakang.

Kelajuan
Em, kereta ni memang laju. Anda boleh tengok kat youtube, dah ada orang try sampai dalam 220 km/j. Saya tak berani nak bawak laju macam tu. Bahaya. Paling laju pernah bawak, dalam 160 km/j ja. Kereta ni saya rasa lebih stabil dalam kelajuan tinggi berbanding Vios G dan Almera (test dalam kelajuan 140 km/j). Tapi saya memang sangat-sangat tak menggalakkan untuk anda memandu laju. Bahaya.

Luas
Alhamdulillah, bahagian dalam memang luas. Paling penting bonet sangat luas, 508 liter. Besar sikit dari bonet Vios atau Almeera. Nak balik kampong dan jalan-jalan pun selesa. Nak masuk stroller, beg, car seat..takda masalah. Dan tambahan pula, kerusi belakang boleh dan mudah dilipat. Jadi kalau anda nak bawa barang yang lebih panjang atau lebih banyak, anda cuma perlu lipat kerusi belakang Preve. Kelebihan yang takda pada Proton Saga FLX ni menjadikan salah satu sebab saya tak jadi beli Proton Saga FLX.

Lampu automatic
Kalau dah biasa pandu kereta ni, boleh terlupa nak pasang lampu bila pandu kereta lain. Kereta ni boleh di tetapkan supaya lampu menyala atau padam sendiri ikut kecerahan atau kegelapan sekeliling. Cuma kadang-kadang di pagi hari lambat sikit lampu padam. Mungkin sebab sensor di bahagian depan tak kesan cahaya secukupnya untuk padam lampu dan mungkin juga berlaku perubahan dari lampu biasa ke lampu LED kemudian baru padam.

Wiper automatic
Wiper automatic dihidupka bila hujan. Lagi lebat hujan, lagi laju wiper. Cuma kadang-kadang kalau waktu hujan renyai, kita mungkin kena hidupkan sendiri wiper sebab mungkin sensor tak kesan air secukupnya untuk hidupkan wiper.

Central lock dengan ciri keselamatan
Sama macam Ford Fiesta, central lock boleh kita set supaya cuma buka kunci di bahagian pemandu sahaja bila kita tekan sekali butang ‘on’ di remote. Untuk keselamatan, contoh kita di tempat sunyi, boleh elak pencuri masuk ikut pintu lain bila kita tekan butang on di remote kunci.

Ciri keselamatan
Preve CFE ada ciri keselamatan seperti Electronic Stability Control (ESC) , Brake Assist (BA) , Traction Control , ABS, EBD, airbag sisi.. Semua ciri ni penting. Ada antara ciri ni memang perlu/biasa ada pada kereta di luar negara. Beberapa tahun akan datang mungkin di Malaysia semua kereta akan dilengkapi ciri-ciri ni. Berkenaan airbag, saya rasa lagi bagus kalau Proton pasang set airbag macam Proton Suprima (tambah curtain airbag/airbag langsir)

Fungsi ESC Preve CFE ni belum pernah berfungsi lagi walaupun saya pernah langgar kawasan air bertakung yang banyak kat jalan. Kawan cakap, kalau kereta dia, Ford Fiesta, akan berfungsi pada keadaan macam tu. Saya rasa mungkin sebab keadaan tu belum cukup berbahaya untuk ia berfungsi sebab Preve CFE punya tayar lebih besar dari Fiesta dan lebih berat daripada kereta Ford Fiesta.

Tinted
Preve CFE dah siap tinted dari kilang, tak payah cari kedai nak tinted dah. Waranti 5 tahun. Katanya tinted ni akan ambil masa dalam tempoh sebulan untuk berubah warna menjadi lebih gelap. Dari pengalaman, nampak macam cermin kereta saya lebih gelap sekarang berbanding waktu mula-mula beli dulu.

Auto cruise
Fungsi ni best jugak. Kalau kat highway tu boleh rehat sikit. Tetapkan kelajuan dikehendaki, contoh 110 km/j. Kemudian tak perlu tekan paddle minyak dah. Cuma perlu bersedia untuk tekan brek ja sebab teknologi dia tak secanggih kereta Mercedes S-Class yang boleh brek sendiri bila menghampiri kereta depan dalam jarak tertentu (smart cruise). Kalau masuk teknologi ni mesti lagi mahal kereta ni dijual.

Protronic paddle shift
Fungsi ni digunakan untuk tukar gear guna paddle yang ada di bahagian stering. Setakat ni saya tak guna sangat, sebab saya lebih suka kawal kelajuan dan pecutan guna paddle minyak. Kawal kelajuan guna paddle minyak pun dah cukup pickup. Lagipun fungsi dia terhad. Bukannya macam kereta biasa yang anda boleh tukar gear ikut suka. Kalau anda tengah memandu pelahan, anda mungkin boleh tukar gear 1 dan 2 sahaja. Kalau anda tengah memandu laju, anda mungkin boleh tukar gear 5, 6 atau 7 sahaja.


Kekurangan/masalah


Cermin ada bunyi angin
Masalah Preve CFE yang saya dapat ni cuma ada bunyi angin di bahagian pintu belakang sebelah kiri bila saya bawak dalam 100 km/j ke atas. Dah ke Pusat Servis Proton, katanya angin masuk melalui cermin kecil di bahagian pintu belakang. Mereka akan tukar cermin tu nanti, sekarang tak tukar lagi, cermin yang ditempah belum sampai.

Tayar
Preve pakai tayar dengan bunga khas, dan tayar ni agak susah nak dibeli sebab tak semua kedai tayar ada jual. Saya alami pengalaman ni waktu terpaksa tukar satu biji tayar belakang sebab kena cucuk skru di bahagian tepi. Saya dapat beli tayar tu setelah jurujual Proton bantu saya untuk dapatkan maklumat kedai tayar yang ada jual tayar tu.

Tayar khusus ni mungkin dipilih untuk matching dengan keselesaan handling dia kot. Tapi tayar ni agak berbunyi jugak kalau bawak laju. Bila dah habis bunga nanti mungkin saya pertimbangkan untuk cuba tayar lain.

Remote kunci
Di masa depan mungkin Proton patut fikirkan design lain untuk remote kunci Preve. Butang alarm terlalu mudah untuk ditekan. Akibatnya saya selalu tersalah tekan dan kereta berbunyi bising. Situasi ni jadi bila kadangkala butang alarm tertekan waktu kunci ada dalam poket.  

Lagi satu, saya tak faham kenapa perlu masukkan remote kunci ke dalam slot khas untuk boleh hidupkan enjin Preve. Adakah cara ni lebih selamat. Saya ingatkan dulu Preve guna sistem macam digunakan oleh kereta Kia Forte. Asalkan kunci ada dalam kereta, enjin kereta boleh dihidupkan dengan tekan butang Push Start Button. Rupanya tak.

Signal
Signal kereta saya macam ada problem sikit. Kadang-kadang tak dimatikan signal lepas saya buat pusingan stereng. Perkara ni saya akan rujuk kepada Proton Servis nanti.

Push start button
Pernah terjadi sekali, kereta saya tak boleh dimatikan enjin bila saya tekan butang push start button. Mungkin system elektronik dia 'jam' atau 'hang' kejap kot waktu tu..macam computer/hanset.hehe..Sebab esoknya dan hari-hari lepas tu, enjin boleh dimatikan dengan mudah. Waktu jadi masalah tu, lepas saya tekan push start button beberapa kali, dalam tiga kali tak silap, baru enjin mati.

Saya dah maklumkan kepada pihak Proton, diorang dah set balik sistem elektronik kereta saya. Tak silap diorang reset ECU kot. Saya pun tak faham sangat. Katanya kalau jadi kejadian enjin tak boleh dimatikan, tekan butang push start button dalam 5 saat atau tekan 5 kali berturut-turut.


Lain-lain

Pujian kepada jurujal Proton
Pujian saya berikan kepada penjual seorang penjual Proton ni, pejabat dia kat Alor Setar. Saya memang akan cadangkan dia kepada kawan-kawan yang nak beli kereta Proton. Dia sangat sabar dengan pelanggan, akan jawab soalan-soalan kita dengan sabar, walaupun lepas beberapa bulan kita masih tak beli kereta pun, dia masih sabar menjawab pertanyaan-pertanyaan kita. (Whatsapp 012-8984520 pembelian Proton Preve atau mana-mana kereta Proton di sekitar kawasan Kedah atau Perlis)

Dia agak mahir berkenaan perkara-perkara teknikal untuk kereta Proton, dia akan tetap bantu kita lepas kita dah beli kereta pun (dia tolong cari kedai yang ada jual tayar proton Preve, siap dapat harga murah), dia akan jawab persoalan-persoalan kita tentang kereta yang kita pakai (Saya tak pandai sangat tentang kereta, kalau ada yang saya tak pasti, saya call ja dia, dan dia sedia membantu).

Pujian kepada Proton Service Centre
Pujian kepada Pusat Servis Proton di Alor Setar (04-734 5200). Tempat servis tu memang best. Keadaan tempat selesa. Ada makanan dan minuman percuma, layanan yang bagus, sentiasa tersenyum dan sentiasa sedia membantu. Tanya ja soalan kat orang kaunter tu tentang permasalahan kereta kita, dia sedia membantu (saya rasa Pusat Servis untuk jenama kereta lain pun ada sediakan perkhidmatan macam ni, cuma mungkin sebab saya pertama kali pakai kereta baru).

Penambahbaikan
Cermin sisi Proton Preve di masa depan mungkin boleh dibuat untuk boleh dibuka secara automatic sebaik sahaja enjin dihidupkan, sebab perlu guna bila nak keluar parking mengundur (Penambahbaikan ni dah dibuat pada kereta Preve hatchbak atau dikenali sebagai Proton Suprima).

Mungkin Preve CFE boleh dilengkapkan dengan player yang boleh main CD video atau DVD untuk pasang cerita bagi budak-budak tengok. Produa Myvi 1.5 SE pun ada player yang ada fungsi seperti ni.

Minyak
Penggunaan minyak ikut cara kita memandu. Betul macam Proton maklumkan, dalam kelajuan 90 km/j dalam 6.6 liter sahaja untuk jarak 100 km. Tapi bila memandu lebih laju atau lebih agresif, penggunaan minyak lebih tinggi, sesuai dengan enjin turbonya. Rekod saya, Kedah-KL, maksimum 140 km/j dalam 8.5 liter untuk jarak 100 km. Kedah-Terengganu dengan pemanduan laju (waktu musim tak banyak kereta-ikut jalan lebuhraya timur-barat) dalam 9.0 liter lebih..Waktu kereta banyak dan pemanduan biasa, dalam 8.0 liter lebih juga.

Stereng berat
Preve CFE memang pakai spower stereng. Tapi stereng dia berat sikit (tak seberat jika tak pakai power stereng) berbanding Toyota Vios G dan Nissan Almera. Mungkin sebab tayar lebih besar dan lebar, dan mungkin dibuat macam tu untuk jadikan kereta lebih stabil bila memandu laju.

Enjin berbau dalam masa 1-2 bulan
Masa mula-mula beli, jurujual Proton pesan pada saya supaya jangan memandu pada RPM lebih 3000. selagi odometer tak capai 1000 km. Saya tak perasan masa saya nak cepat, saya terlebih laju. Kemudian saya bau sesuatu pada enjin. Bila saya telefon jurujual Proton, katanya itu normal. Dalam tempoh sebulan ke dua bulan enjin kadang-kadang akan berbau terutama bila kita tekan padel minyak dengan banyak untuk buat pecutan. Ok. Sekarang dah sebulan lebih. Bau enjin hampir takda dah.


Pengalaman orang lain

Cermin Preve Excecutive
Masa saya buat servis pertama saya tenogk ada dua buah kereta Preve Excecutive sedang repair tingkap. Bahagian pemandu dan bahagian belakang. Saya tak pasti kenapa, tapi kereta saya takda masalah tingkap setakat ni.

Enjin mati tiba-tiba
Saya pernah dengar beberapa orang ada masalah enjin kereta mati tiba-tiba. Kereta saya belum pernah alami masalah tu. Saya pernah tanya mekanik Proton, katanya sebelum ni ada masalah sikit dengan system dalaman Preve. Sistem elektronik kot, tapi sekarang dah ok.

Preve manual susah masuk gear
Saya pernah juga terbaca ada orang alami masalah dengan Preve Excecutive Manual. Masalah susah nak masuk gear. Mungkin hanya batch tertentu yang bermasalah.

Bunyi kuat Preve Excecutive bila reverse
Saya pernah juga jumpa seorang Pacik hantar Preve Excecutive ke Proton Service dan adukan masalah enjin bunyi kuat waktu reverse. Katanya perkara tu berlaku dari awal beli. Dia dah ke Proton Service banyak kali dan mereka kata bunyi tu normal dan ada kaitan dengan system gear CVT.

Pandangan tentang masalah dihadapi Preve

Masalah-masalah macam ni mungkin normal dalam pengeluaran yang melibatkan kuantiti besar. Jenama kereta lain pun ada masalah termasuk jenama kereta import. Ada juga yang dialami oleh rakan saya sendiri. Namun tak perlu saya ceritakan di sini. Ada pengalaman/masalah tu anda boleh google. Ada kereta-kereta yang telah dipanggil balik juga.

Cuma bila satu-satu pengeluar kereta dapat kurangkan masalah macam ni terutama jika ia libatkan kualiti pemasangan, dah tentu ia adalah lebih baik untuk mereka. Kepercayaan masyarakat pun akan meningkat. Bila kepercayaan meningkat, jualan meningkat..Keuntungan pun meningkat. =)


Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan kereta ni. Sesuai dengan kemampuan yang ada. Alhamdulillah. Walaupun bayaran bulanannya tu pun sesak juga la nak bayar. Kalau ikut minat, memang la teringin pakai kereta macam Honda Civic FD, Honda Accord atau Toyota Camry tapi tak mampu. Bak kata orang, ukur baju dibadan sendiri..

Ok, setakat itu saja. moga bermanfaat.

Boleh pergi ke link kat bawah ni untuk review seterusnya lepas beberapa bulan guna preve CFE.

Review Part 2

Friday, September 13, 2013

Pengalaman Menjual Kereta Terpakai

Bismillah.

Kali ni nak kongsi sikit pengalaman jual kereta terpakai. Baru-baru ni saya nak beli kereta baru, jadi saya rancang untuk jual kereta lama saya untuk jadi modal tambahan buat bayar downpayment kereta baru.

Kereta proton iswara tahun 1999.

Saya ada survey beberapa used car, mereka boleh beli kereta saya dengan harga dalam RM 3000 sahaja. So saya baut keputusan untuk cuba jual sendiri.

Lepas survey kat internet kaedah nak jual kereta dan prosedur-prosedur diperlukan saya pun mula la proses menjual.

Saya iklankan di laman web mudah.my. Mula-mula saya letak harga dalam RM 4900, kemudian saya guna fungsi untuk edit iklan dan saya tukar harga kepada Rm 4500. Saya tulis kat iklan tu harga boleh dirunding.

Saya plan paling murah nak jual RM4000. Okla, untung sikit dari jual kat used car.

Iklankan kat mudah.my memang laju response dari bakal pembeli. Beberapa orang mesej dan telefon bermula dari beberapa jam lepas iklan saya disiarkan dalam laman web tersebut.

Untuk jual kereta dan tukar hak milik kereta bagi kereta yang dah habis bayar, sekarang ni caranya secara umum adalah:

1. Hantar kereta untuk buat pemeriksaan PUSPAKOM. Kalau pergi buat sendiri, kena bayar RM 40. Kena buat booking dulu. Ada tempat boleh buat cepat, ada tempat lambat. Saya buat kat PUSPAKOM Arau, Perlis. Pagi saya datang untuk booking, petang lepas lunch dah boleh buat pemeriksaan. Kalau kat Alor Setar, orang kata kena booking sehari sebelum kita nak buat pemeriksaan. Kalau di Sungai Petani kena booking beberapa hari sebelum nak buat pemeriksaan.

2. Bila dah ada pembeli, pergi kat syarikat insurans, mintak dia batalkan insurans kita dan pembeli buat insurans baru untuk kereta yang kita nak jual tu.

3 Kemudian, pemilik dan pembeli pergi ke JPJ, isi beberapa borang untuk tukar nama, pergi kaunter JPJ dan terus dapat tukar nama kereta.

Dalam situasi tertentu, ada sedikit cara berbeza boleh dilakukan, contoh kalau salah seorang pembeli atau pembekal tak dapat pergi bersama-sama ke JPJ, ada kaedah terentu yang boleh dilakukan untuk mundahkakn proses tukar nama kereta. Tapi saya tak terngkan di sini sebab anda boleh google sendiri dan temnui cara tersebut.

Sebelum buat urusan tukar nama kereta dinasihatkan untuk minta bakal pembeli buat bayaran dulu untuk kereta kita yang dia nak beli tu untuk mengelakkan kita ditipu. Lain la kalau bakal pembeli adalah orang yang anda kenal aatau percaya.

Ok, saya kongsikan sikit pengalaman.

Bakal pembeli pertama telefon untuk jumpa dan periksa kereta. Katanya dia seorang peniaga, nak jumpa malam. Kami jumpa kat depan sebuah kedai dan beliau periksa kereta.Saya terangkan keadaan kereta tersebut, kekurangan dan kelebihannya. Servis dan baik pulih yang dah dilakukan. Beliau mintak kurang jadi RM 3800. Saya mulanya nak setuju sebab saya pun nak cepat jual kereta tersebut. Tapi rupanya beliau adalah seorang penjual kereta terpakai. Beliau tak mahu tukar nama kereta tersebut dalam masa terdekat dan maklumkan akan hanya tukar nama kereta tu dalam tempoh sebulan atau bila beliau jumpa pembeli yang nak beli kereta terbsebut. Walaubagaimanapun beliau membawa duit tunai yang mencukupi untuk buat bayaran penuh.

Saya akhirnya tak jadi jual kereta tersebut kepada beliau sebab saya tak nak tanggung risiko jika sesuatu berlaku kepada kereta tersebut contoh perangkap had laju, kes polis, kereta digunakan untuk tujuan jenayah. Saya akan terlibat sama dan akan dipertanggungjawabkan sama kerana nama kereta tersebut masih lagi nama kereta saya.

Bakal pembeli kedua. Seorang mekanik. Beliau periksa kereta saya, depan, belakang, atas, bawah, luar, dalam. Test drive kereta saya, cuba memecut, buat pusingan U dan lain-lain. Beliau minta dikurangkan harga, saya akhirnya setuju dengan harga RM 3900. Saya minta beliau bayar secara tunai pada waktu tersebut juga untuk confirmkan bahwa dia mahu membeli kereta tersebut. Disebabkan dia ada masalah untuk keluarkan duit dalam kuantiti banyak dari mesen ATM, saya setuju untuk dia booking kereta tersebut dengan bayaran tunai RM 500 dan buat urusan tukar nama dan pembayaran penuh pada hari lain. Alhamdulillah akhirnya kereta tu dapat dijual dan urusan penjualan kereta tersebut dipermudahkan

Ada beberapa pengalaman lagi sewaktu proses menjual kereta ni, seperti teknik yang saya lakukan untuk cepat dapat response dari bakal pembeli waktu iklankan di laman web mudah.my, pengalaman dengan beberapa bakal pembeli lain, dan beberapa pengalaman lagi..

tapi kalau anda nak tahu lanjut, anda boleh tanya soalan di bahagian komen di bawah dan saya jawab setakat yang saya tahu dan saya kongsikan setakat yang anda nak tahu.

Moga bermanfaat.

Artikel berkaitan:
Cara jual kereta di mudah.my-Siri 1
Penetapan harga jualan kereta

update: E-mel saya di afiq_tajol@yahoo.com untuk saya bantu iklankan kereta anda nak jual di mudah.my. Tinggalkan no telefon di e-mel untuk saya hantar mesej whatsapp kepada tuan/puan.

Saya akan kenakan sedikit cas sebagai upah dan untuk bayar elemen-elemen iklan di mudah.my. Di samping itu, jika tuan-puan dapat berikan sedikit komisen jika kereta dapat dijual, amatlah saya berbesar hati.

Monday, September 2, 2013

Peluang Merebut Saham Akhirat

Kepada sesiapa yang nak 'beli' saham akhirat boleh la berwaqaf, derma atau berikan zakat kepada sekolah MASDAR. Maklumat adalah seperti di bawah:


Andai ku orang kaya, aku mimpikan menampung keseluruhan kos pembinaannya. Tapi tak semua kaya sebegini. Jadi kita yang tak kaya ni dermakan sebahagian dari harta kita dan mudah-mudahan seterusnya dapat menampung keseluruhan kos yang diperlukan.

Pahala sumbangan akan sentiasa berjalan. Ilmu yang diperoleh pelajar, yang seterusnya digunakan untuk mengajar orang lain, kemudian muridnya pula mengajar kepada orang lain..Oh..pahala yang berterusan. InsyaAllah.

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...