"Letih melakukan kebaikan, keletihan akan hilang, kebaikan akan kekal. Seronok melakukan dosa dan kejahatan, keseronokan akan hilang, dosa akan kekal"
Wednesday, February 8, 2012
Letih dan seronok..
Labels:
Diam sambil fikir,
Kehidupan,
Kesukaran,
Muhasabah,
Mujahadah,
Perkongsian,
Perubahan,
Positif
Wednesday, February 1, 2012
When we feel like cannot make the best decision..
“Bila kita tak dapat putuskan keputusan terbaik atau cara terbaik dalam menghadapi permasalahan atau urusan dalam kehidupan kita, mungkin itu tandanya kita perlu berjalan dan berusaha untuk cari dan tambah maklumat sebelum kita kembali semula ke meja rundingan untuk membuat keputusan”
…
“When we feel that we cannot make the best decision in our live, maybe its sign for us to take some time to look up for more information and search for more knowledge before we come back again to make the right and best decision”
Labels:
Diam sambil fikir,
Kehidupan,
Kejayaan,
Kesukaran,
Perkongsian,
Positif
Sering aku tertanya-tanya..
Terlalu banyak nikmat yang aku perolehi dalam kehidupan ni.
Terlalu banyak pemberian yang Allah beri kepadaku dalam kehidupan..
Allah aturkan aturan kehidupan dengan amat baik sekali.
Dengan penuh hikmah. Kebaikan dan kesenangan dinikmati dan dihayati. Kesukaran,
kepayahan dan ujian pula..penuh dengan seribu satu kebaikan.
Syukurku walau beribu tahun usiaku dihabiskan untuk tidak
putus-putus mengungkapkan kalimah syukur kepada-Mu, pasti
tak akan juga sama dengan nilainya dengan nikmat-Mu yang Kau berikan kepadaku tidak
putus-putus.
Cubala bayar nilaian sebelah mata sahaja..
Subhanallah..Nilainya adalah..sangat bernilai..valuable..Baru
satu nikmat..Bagaimana dengan nikmat lain..dari sekecil-kecil nikmat..hingga
sebesar-besar nikmat..sungguh..sangat berharga Ya Allah..
...
Sering aku tertanya-tanya..
Apakah yang aku buat hingga Allah bagi aku nikmat sebegitu
banyak begini? Apakah usaha yang telah aku buat? Atau adakah disebabkan berkat
doa dari ibuku? Atau berkat doa dari mereka yang makbul doanya?
…
Tiada jawapan.
…
Ya, memang tiada jawapan..kerana soalan itu salah..ia
sepatutnya berbunyi begini..
Kenapa Allah bagikan segala nikmat dan pemberian yang sangat
berharga kepadaku?
Jawapannya mudah.
Kerana Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang..Rahmat Allah
meliputi seluruh langit dan bumi..Pemberian Allah dengan kasih sayang dan
rahmat-Nya yang sangat banyak dan tidak putus-putus kepada semua makhluk Allah
tidak mengurangkan sedikit pun kekuasaan dan kemampuan Allah. Subhanallah..Maha
Suci Allah..
Dan jawapannya lagi..
Allah berikan nikmat-nikmat itu supaya kau menjadi hamba
Allah yang sentiasa bersyukur..
...
“Ya Allah..jadikan kami semua hamba-Mu yang sentiasa
bersyukur..”
...
..syukuri nikmat..dari sekecil-kecil nikmat..hingga
sebesar-besar nikmat..kau sangka ia kecil..tapi berharganya ia akan hanya
diketahui bila nikmat itu diangkat..jangan sampai nikmat diangkat..
...
Sesiapa yang mensyukuri nikmat Allah, Allah akan tambah
nikmat-Nya..Sesiapa yang mengkufuri nikmat Allah (tidak mensyukuri nikmat
Allah)..azab Allah sangat pedih..
Labels:
Bahagia,
Diam sambil fikir,
Doa,
Hidayah,
Kehidupan,
Kejayaan,
Kesihatan,
Kesukaran,
Masa,
Muhasabah,
Mujahadah,
Peringatan,
Perkongsian,
Perubahan,
Tarbiah
Subscribe to:
Posts (Atom)


