Monday, December 8, 2014

Kenapa kadang-kadang kita mudah terasa/sensitif

Kenapa kita kadang-kadang mudah terasa/sensitif?

Abaikan faktor luaran seperti seseorang tu suka cakap kasar, atau gurau kasar atau suka merendahkan kita atau orang lain. Kita fokus pada faktor dalaman.

1. Kita kurang keyakinana diri.
-kalau kita yakin pada kebolehana dan kelebihan diri kita, orang nak cakap apa pun kita tak perlu terasa. Sebab kita lagi tahu siapa diri kita, apa kelebihan dan kekurangan kita. Jika kita ada kekurangan pun, kita sedar akan kukurangan tu dan mungkin boleh diperbaiki. Kalau tak boleh diperbaiki pun, kita tetap ada kelebihan lain. Dan semua orang ada kelemahan termasuk orang yang membuatkan kita terasa tadi.

2. Kita mudah bersangka/buruk sangka pada orang lain
- Kadang-kadang orang tu tak masudkan macam yang kita sangka, mungkin dia nak bergurau atau mungkin dia ada maksud lain. Mungkin juga dia kata atau buat sesuatu tu sebab ada apa-apa kekurangan pada dia atau ada masalah apa-apa pada dia. Lebih baik kita berbaik sangka selagi mana tak memudaratkan kita. Hati tenang, jiwa senang, jimat masa. Kita boleh fokus untuk fikir perkara lain yang lebih bermanfaat kepada kita berbanding dengan terasa.

Ok, tu ja kali ni.

Thursday, December 4, 2014

Pertimbangan membeli kereta-2

Akhir-akhir ni saya banyak dapat ilmu baru dari buku-buku berkaitan Pengurusan Kewangan.

Dari pengalaman saya dan dari ilmu baru yang saya dapat, saya masih asyik berfikir bahawa daripada saya buat keuptusan membeli kereta baru yang berharga 73k sebelum ni lebih baik saya beli kereta 2nd hand Proton Waja atau proton Persona atau lain-lain kereta 2nd hand yang diyakini elok, setelah diperiksa mekanik, dengan harga lingkungan 15k-25k/30k. 

Banyak saya boleh jimat di sini. Bayaran bulanan lebih rendah, rekod komitmen hutang lebih rendah. 

Kereta adalah liabiliti, rumah yang disewakan atau dibuat homestay atau yang dapat dijual balik dengan harga berkali ganda adalah aset.

Kalau saya dapat lebih bersabar dah tentu saya akan lebih untung atau lebih jimat.

Sabar?

Sabar untuk tak terikut sangat dengan keinginan untuk bawa kereta dengan tidak mengikut kesesuaian bagi kereta 2nd hand (sebelum ni saya ada kereta 2nd hand Proton Iswara).

Keperluan kereta untuk apa? Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain. Kereta baru dan kereta 2nd hand, dua-dua boleh penuhi keperluan tu.

Walaubagaimanapun, hari tu saya dah buat keputusan terbaik ikut ilmu yang saya tahu. 

Mungkin kelebihan untuk saya, kereta baru saya insyaAllah saya lebih yakin selamat, dan kurang kerosakan (sebab masih baru, barang-barang dalam kereta masih baru).

Sekadar coretan pendapat. Untuk lebih tahu, tanya pada mereka yang arif. Saya sekadar ingin berkongsi, untuk jadi sedikit percambahan fikiran dalam pertimbangan yang anda nak buat sebelum beli kereta.

Tuesday, December 2, 2014

Jadi Kaya Kemudian Apa?

Sedang baca buku Azizi Ali. Tajuk Maharaja Wang.

Kandungan buku sangat menarik sebab saya menjangka beliau telah baca banyak buku pengurusan kewangan termasuk buku- buku menarik oleh Robert Kyosaki.

Saya jangka olahan beliau termasuk dari ilmu-ilmu buku-buku pengurusan kewangan terbaik yang ada sekarang.

Cuma, saya terbelek muka surat belakang ada bahagian jadual seminggu beliau dan bahagian matlamat-matlamat beliau.

Kehidupan beliau hanya berkisar kewangan, keluarga, penerbangan,  melancong..dan matlamat-matlamat lain.

Saya mula terfikir. Adakah itu ja matlamat kehidupan?

Orang yang belum kaya, berusaha jadi kaya, berkorban, siang malam kerja..cari duit..

Bila dah kaya..itu ja kita nak capai?

Ada orang mati dalam usaha nak jadi kaya. Ada orang mati waktu dah jadi kaya tapi dalam keadaan mempertahankan dan menjaga kekayaan.

Perkara ni buat saya berfikir panjang..panjang..hmm..

Teringat satu poster. Wujud hidup insan di dunia hanyalah di antara dua titik, mengisi sedetik waktu dan menempati sezarah ruang.

Rasanya saya kena belajar ilmu falsafah/ilmu mantik untuk lebih faham dan merasai rahsia kehidupan.

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...