Saturday, November 15, 2014

Review Pusat Rawatan Mahsuri-2

Saya sambung sikit review pertama haritu, cuma kali ni lebih ringkas dan saya akan kongsi beberapa perkara penting dari pengalaman ni.

Secara keseluruhannya, saya sangat mencadangkan untuk anda bersalin di sini. 

Anak pertama dulu saya bawa wife bersalin di satu pusat rawatan swasta di Alor Setar. Pengalaman waktu tu,  kami sampai hospital malam juga. Dr. buat keputusan suruh nurse bagi ubat induce, Masa tu bukaan 3cm. Kesannya wife yang memang penat sakit-sakit nak bersalin dari siang dan dari beberapa hari lepas, tak makan..anak pertama..pengalaman pertama..sebabkan wife susah nak lahirkan, dan akhirnya anak dilahirkan guna teknik forcep. Dan casnya dah tentu berkali ganda. (Saya tak persoalkan tindakan dan keputusan Dr. saya tau Dr. lebih tau apa yang terbaik untuk patient..mereka belajar bertahun-tahun, jadi HO bertahun-tahun, ada pengalaman bertahun-tahun)

Di Pusat Rawatan Mahsuri, bila nurse maklumkan kepada Dr., bukaan 3cm, Dr. cakap, bagi masuk bilik dulu. Means Dr. bagi masa untuk wife capai tahap yang lebih sesuai untuk bersalin.

Saya tak bermaksud nak jadi lebih pandai berbanding Dr. di pusat rawatan di Alor Setar tu. Cuma dari dua pengalaman ni, saya rasa bersalin dengan Dr. Haida di Pusat Rawatan Mahsuri bagus.

Pusat rawatan Mahsuri siap bagi diskaun beberapa ratus. Saya pun tak jangka, kos bersalin anak kedua ni jauh lebih murah. Alhamdulillah.

Anak pertama: +/- RM3200 (bersalin malam, bilik double 1 malam, forceps, induce, ubat tahan sakit, Pusat Rawatan X di Alor Setar)

Anak kedua: +/- RM 2300 (bersalin malam, bilik single siap tempat tidur untuk suami, bersalin normal, tak induce, ubat tahan sakit, Pusat Rawatan Mahsuri).

Wife cerita, waktu Dr. Haida cek pagi lepas bersalin tu, lepas dia kata dah boleh keluar, Dr. Haida peluk dia, kata tahniah dan mintak maaf kalau ada salah silap)

* saya tak bermaksud nak rendahkan Pusat Rawatan X di Alor Setar, Pusat Rawatan X hebat juga, dan sangat dikenali, kepakaran pun banyak, review saya yang berat kepada Pusat Rawatan Mahsuri mungkin sebab kos yang jauh beza dan tindakan dan keputusan Dr. Haida yang saya rasa dapat jimatkan kos saya..

Apapun, kena banyak doa pada Allah, mintak Allah mudahkan bersalin. Suami isteri kena doa. Setiap kali lepas solat doa untuk isteri dipermudahkan bersalin..(petua yang biasa orang bagitau)

Ok, tu ja review ringkas. Semoga membantu.

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...