Tuesday, October 28, 2014

Review Pusat Rawatan Mahsuri-1

Kali ni nak berkongsi sikit pengalaman sepanjang wife dan anak dapat rawatan dan bersalin di pusat rawatan mahsuri, Jitra. Moga dapat membantu anda yang ingin cari maklumat tentangnya.
Perkongsian kali ni tentang pengalaman bersalin.
Untuk bersalin kat sini kena sekurang-kurangnya buat sekali checkup sepanjang trmpoh mengandung.
Kami tanya dulu, bersalin normal dalam Rm2000 lebih bergantung kepada keadaan. Maksimum Rm3000.
Bawa hari Jumaat malam Sabtu. Dalam pukul 10 lebih tak silap. Malam tu wife sorang je nak bersalin kat sini. Bawa waktu gap sakit dah selang 5-10 minit.
Nurse cek, baru 3cm, katanya tebal lagi. Nurse call Dr. Dr. kata masuk bilik dulu. So, kami masuk single.
Bilik best. Nak kata macam bilik Deluxe hotel 4 bintang tu tak la. Macam bilik hotel bajet yang paling besar kot.
Harga bilik Rm180 semalam.
Ada aircond, tv flat screen sederhana besar, kipas, tempat tido untuk suami, kerusi malas, kerusi duduk biasa, almari baju, bilik air besar dengan shower dan water heater, butang untuk panggil nurse..
Ok, sambung lagi nanti..

Sunday, October 26, 2014

Pengalaman pertama kali bekerja di Cameron Highland-cari tempat tinggal

Lepas habis study, kerja tetap pertama aku adalah di Cameron Highland. Tapi bertahan 7 bulan je sebab aku bertukar kerja.

Ia sebuah company milik orang Cina. Waktu temuduga, aku bagitau yang aku tak kisah dihantar kerja ke mana sahaja. Aku mudah sesuaikan diri. Sebab aku pun pernah rasa hidup susah.

Aku diterima kerja. Lokasinya di Cameron Highland. Aku pernah pegi Cameron Highland waktu darjah 5. Tak ingat dah lokasi dia kat mana.Aku ingatkan kat area Genting Highland. Dekat la kalau nak balik kampung aku kat Terengganu. Rupanya kat belah Perak sana (Walaupun duduk dalam negeri Pahang).

Pengalama pertama adalah untuk cari bilik atau rumah sewa di Cameron Highland. Susah betul. Kalau cari kat internet, hampir semua iklankan untuk disewa sebagai homestay. Bila tanya kalau nak sewa bulanan berapa..cecah ribu jugakla.

Dah duduk Cameron Highland baru aku paham. Perniagaan homestay kat Cameron Highland ni salah satu perniagaan yang menguntungkan sebab kawasan terhad dan pelancong ramai. Sumber ekonomi utama datang dari sektor pelancongan.

Aku pernah bercadang nak duduk Ipoh dan berulang dari Ipoh ke Brinchang setiap hari. Mujur aku tak buat macam tu. Kalau tak, aku memang buat kerja gila. Bilik sewa kat Ipoh memang ada yang murah tapi, berulang setiap hari dari Ipoh ke Brinchang memang bukan idea yang bernas..
Jalan licin, berbukit, berselekoh, berkabus, jauh..

Aku buat keputusan, naik Cameron Highland beberapa minggu sebelum masuk kerja.

Aku cari di beberapa kawasan di Cameron Highland termasuk di Brinchang dan Tanah Rata untuk cari bilik sewa.

Ada beberapa hotel bajet yang boleh bagi sewa secara bulanan. Rezeki aku, dapat sewa satu bilik di hotel bajet di tanah rata dengan harga yang agak rendah.

Walaupun bilik air di luar dan tanpa tingkap. Tapi ada tv flat screen dengan astro, 'aircond semulajadi', bilik air dengan air panas, kedai makan dekat, bank dekat, kedai runcit dekat..

Aku duduk dalam sebulan tak silap. Kemudian bila dah kerja kat sana, aku survey bilik kat tempat lain.

Alhamdulillah, rupanya ada satu bangunan disewa seorang pemilik Melayu. Tiga tingkat. Dibuat beberapa bilik setiap tingkat..ada yang bilik kat luar dan ada yang kat dalam. Aku pindah sewa bilik kat situ. Agak selesa. Ada dapur, ada ruang tamu untuk rehat-rehat..

Walau bilik aku sewa tu agak kecil tapi selesa untuk aku sorang. Dan harga pun boleh tahan. Bilik terakhir yang aku duduk, yang agak privasi, dekat bilik air dan dapur  dalam rm300-rm350 macam tu. Bilik sebelum tu dalam Rm 250 tak silap.

Dari pengalaman hidup kat sana, dalam 3-4 tahun lepas..harga sewa tempat tinggal memang tinggi. Rate macam kat KL, Bangi..

Waktu tu apartment 2 bilik, 1 bilik air, dalam Rm 700 sewa bulanan. Aku tau tu sebab pernah survey sebab masa tu plan nak kawen, so mesti nak kena sewa rumah jugak satu.

Rate sekarang aku tak pasti macam mana.

Ok, itu pengalaman cari tempat tinggal. Nanti sambung carita lain pulak.

Pengalaman tidur di hutan dan ladang sawit waktu latihan

Aku dibesarkan dalam keluarga yang agak selesa. Tak rasa macam mana orang miskin atau fakir miskin hidup.

Pengalaman latihan dalam askar simpanan mengajar aku rasa syukur dan lebih faham kesukaran hidup orang miskin.

Hidup dalam keadaan kekurangan.

Mungkin tak betul-betul faham tapi sekurangnya dapat rasa juga hidup susah.

Waktu latihan seminggu di luar kem, kehidupan agak sukar dan agak tertekan.

Pengalaman tahun pertama latihan di luar kem agak mencabar. Waktu tu musim hujan. Masih baru belajar macam mana nak buat khemah, tempat bermalam.

Tahun pertama, hujan..tidur dalam khemah pun basah jugak sebab air masuk ikut bahagian bawah khemah. Lokasi tak sesuai.

Ada satu tahun tu, tidur atas tanah, beratapkan langit..

Syukur, kami diberi satu baju sejuk benang bulu kambing kot. Kalau nak tido aku suka pakai baju tu kurang sikit rasa sejuk.

Pernah tido kat padang bola, dalam hujan renyai dan pakaian basah.

Bila balik ke kem, rasa bersyukur sangat sebab dapat jumpa katil. Dapat tidur atas tilam.

Pengalaman ni mengajar aku rasa syukur. Mengajar aku untuk mudah sesuaikan diri dan tak 'manja', boleh sesuaikan diri untuk hidup dalam suasana yang kurang selesa untuk sesetengah orang.

Kalau aku tak dapat pengalaman macam ni mesti aku susah nak hidup dalam keadaan kena tidur atas lantai, atas toto atau tak boleh tidur di mana-mana sahaja tempat yang ada.

Sebab aku sentiasa ingat bahawa aku pernah alami pengalaman lebih sukar.

Syukur untuk pengalaman ini.

Pengalaman menjadikan rasa syukur dengan kesenangan

Antara pengalaman terkesan dalam diri waktu join askar simpanan adalah pengalaman latihan di luar kem..ada di hutan..ada di ladang sawit..selama kira-kira seminggu.

Pengalaman ni mengajar aku menghargai kehidupan selesa yang kita hadapi setiap hari dan membuatkan aku tak mudah terasa tak selesa atau rimas dengan keadaan kehidupan yang agak susah.

Bila kami buat latihan seminggu di luar..susah nak mandi. Kadang-kadang seminggu tak mandi. Peluang kami mandi pun bila kami kena hukuman berendam dalam air sungai waktu malam ke..waktu pagi-pagi ke..

Kalau nasib jurulatih kesian, dia bagi la peluang kita mandi jugak dalam seminggu tu kat sungai.

Waktu latihan di luar, bekalan air terhad. Ada la satu tangki air dibawa.tu pun untuk dikongsi beramai-ramai. Setakat nak guna buat basuh kalau buang air, memasak, ambil air sembahyang, basuh bekas makanan boleh la. Kalau nak buat mandi memang tak boleh la.

Seminggu tu kami akan pakai baju loreng tu je la..kadang-kadang seminggu pakai baju sama..atau tukar sekali..tapi kalau tukar baju baru pun tak guna jugak sebab lepas tu kejap je basah, kotor..

Lepas balik seminggu tu..rendam baju loreng memang sangat kotor la.

Ingat lagi, lepas habis latihan di luar seminggu, balik kem, memang rasa bersyukur gila sebab dapat jumpa bilik air. Dapat mandi puas-puas. Kalau yang dah tahan tak buang air besar seminggu tu, memang selesa dapat jumpa tandas.

Bila mandi, memang kotor air sebab badan kotor seminggu tak dibersihkan sebaiknya, dan sebab dah banyak kena kotoran..tanah-tanah, lumpur dan lain-lain.

Syukur dengan pengalaman ni. Sekurang-kurangnya aku tak rasa tertekan sangat bila hadapi suasana hidup susah..atau terpaksa hidup di tempat-tempat yang kemudahannya terhad. Sebab bila dibandingkan, aku pernah hadapi pengalaman lebih susah dulu.

Pengalaman dalam hujan dalam askar simpanan

Hujan sering ingatkan aku tentang pengalaman masa aku join askar simpanan.

Kalau hujan pagi-pagi..renyai..kami pernah joging dalam hujan. Joging dalam hujan best jugak. Badan kita yang panas bergabung dengan kesejukan air hujan. Sambil nyanyi lagu-lagu untuk menaikkan semangat..

Ingat lagi.waktu padang-padang masih basah, bertakung dengan air..kami akan singgah di padang lepas joging beberapa km.

Di padang akan adalah aktiviti berguling-guling, berpusing-pusing, angkat kawan-kawan..

Satu lagi pengalaman dalam hujan adalah pengalaman paling sejuk. Waktu tu kami berkhemah di atas satu bukit kecil dalam kawasan ladang sawit yang agak lapang..kawasan sawit baru tebang tak silap.

Malam tu kalau ikut jadual kami perlu bergerak ke tempat lain.khemah dah disimpan.kami berkumpul di satu tempat lapang, dalam kegelapan malam, hujan lebat..angin kuat..sangat sejuk..sejuk..

Baju loreng basah kuyup..teringat ada baju hujan macam beli kat 7e..pakai la walaupun baju dah basah..

Lepas beberapa lama tunggu atas bukit tu, kami bergerak merentasi satu jambatan kecil..jambatan tu dah tenggelam. Jurulatih pandu kami untuk lalu jalan yang betul supaya masih melalui jambatan dan tak masuk sungai.

Lepas dari jambatan, kami berjalan dalam air banjir yang mencecah hampir paras peha.

Lepas tu baru dapat naik trak.kami berkumpul di satu padang bola, dalam keadaan hujan dah renyai..kami tido kat sana..dalam hujan..tiada khemah..nasibla ada baju hujan 7e tu.

Pengalaman dalam hujan..

Kesempatan masuk askar simpanan ni banyak mengajar dan melatih untuk merasai hidup susah, merasai hidup dalam tekanan fizikal, melatih mental.

Aku respek mereka yang berkhidmat dalam askar tetap. Korang memang hebat.

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...