Aku dibesarkan dalam keluarga yang agak selesa. Tak rasa macam mana orang miskin atau fakir miskin hidup.
Pengalaman latihan dalam askar simpanan mengajar aku rasa syukur dan lebih faham kesukaran hidup orang miskin.
Hidup dalam keadaan kekurangan.
Mungkin tak betul-betul faham tapi sekurangnya dapat rasa juga hidup susah.
Waktu latihan seminggu di luar kem, kehidupan agak sukar dan agak tertekan.
Pengalaman tahun pertama latihan di luar kem agak mencabar. Waktu tu musim hujan. Masih baru belajar macam mana nak buat khemah, tempat bermalam.
Tahun pertama, hujan..tidur dalam khemah pun basah jugak sebab air masuk ikut bahagian bawah khemah. Lokasi tak sesuai.
Ada satu tahun tu, tidur atas tanah, beratapkan langit..
Syukur, kami diberi satu baju sejuk benang bulu kambing kot. Kalau nak tido aku suka pakai baju tu kurang sikit rasa sejuk.
Pernah tido kat padang bola, dalam hujan renyai dan pakaian basah.
Bila balik ke kem, rasa bersyukur sangat sebab dapat jumpa katil. Dapat tidur atas tilam.
Pengalaman ni mengajar aku rasa syukur. Mengajar aku untuk mudah sesuaikan diri dan tak 'manja', boleh sesuaikan diri untuk hidup dalam suasana yang kurang selesa untuk sesetengah orang.
Kalau aku tak dapat pengalaman macam ni mesti aku susah nak hidup dalam keadaan kena tidur atas lantai, atas toto atau tak boleh tidur di mana-mana sahaja tempat yang ada.
Sebab aku sentiasa ingat bahawa aku pernah alami pengalaman lebih sukar.
Syukur untuk pengalaman ini.
No comments:
Post a Comment