Wednesday, June 11, 2014

Seronoknya kalau belajar sambil tengok sekeliling (subjek Kimia)

Dalam usaha nak siapkan proposal projek. Mencari-cari bahan untuk literature review dan menambah kefahaman. Banyak ilmu baru dapat ditambah dan ada juga ilmu yang melibatkan kefahaman pembelajaran zaman SPM, matrikulasi dan zaman tahun 1 dan 2 di universiti dulu.

Kan seronok kalau waktu belajar dulu, dikaitkan dengan apa yang ada dalam kehidupan seharian dan disekeliling kita.

Contoh macam bila kita nak belajar kimia, tentang hidrogen bond, perpindahan elektron, proses pengoksidaan, ikatan kimia dalam molekul, berat molekul dan lain-lain yang dah banyak aku lupa..kita boleh relate dengan proses penting dalam kehidupan seharian seperti bagaimana bahan antioksida macam Vitamin C (ascorbic acid) berfungsi terhadapat Reactive Oxygen Species (ROS) dalam badan kita. Dan dengannya kita akan faham kepentingan bahan antioksida ni, bagaimana ia bertindak, bagaimana pentingnya ia kepada kesihatan manusia seperti dalam usaha nak elak penyakit kanser dan lain-lain.

Contoh bahan lain adalah seperti Lycopene..Macam mana lycopene boleh react dengan bahan



-bahan free radical dalam badan..dengan proses yang melibatkan perpindahan/pergerakan elektron..prosen perpindahan/pergerakan Hidrogen..dan lain-lain.

Mungkin pensyarah ada bagi kaitan macam ni dulu dan aku tak perasan.

Masih ku ingat kesukaran nak memahami konsep dalam pembelajaran kimia ni dulu..termasuk subjek kimia organik..

Syukur jugak masih ingat sikit-sikit pembelajaran dulu, jadi boleh la faham sikit mekanisma tindakan bahan-bahan antioksida ni.

Terima kasih banyak kepada Cikgu Robiah Ali yang sangat sabar nak fahamkan aku untuk subjek Kimia waktu SPM dulu..berair jugak la air mata sebab kimia antara subjek dapat gred cemerlang. Berkat ilmu dikongsi cikgu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...