Kata seorang motivator tempatan yang pernah popular dulu tapi kini sudah menyepi, orang yang cemerlang punyai sifat Ego Diri Tinggi.
Pada pendapat saya, bila difikirkan, sebagai orang Islam, ego diri tinggi hanya satu istilah yang takde kaitan dengan sifat ego. Ia hanya gabungan sifat yang ada pada diri orang yang cemerlang iaitu tidak mudah berputus asa, berani, tidak mudah ditindas atau dipijak, sentiasa menjaga maruahnya, yakin diri yang tinggi, bersemangat tinggi.
Orang yang cemerlang tidak mudah kecewa dengan kegagalannya, dan tidak mudah berputus asa, dan tidak pernah berhenti berusaha. Tidak pernah terfikir di mindanya untuk kecewa dengan diri. Baginya kegagalan hanyalah maklum balasa dari kehidupan, dan ujian Allah. Dari kegagalan dia belajar, dan dengan kegagalan dia menjadi lebih kuat dan bukan menjadi lebih lemah.
Orang cemerlang mempunyai pendirian diri yang mantap dan tidak mudah goyah. Dia punyai prinsip yang jelas atas pendirian yang dipegang. Dia tidak seperti lalang yang hanya mengikut arah mana angin bertiup. Dia ada hala tuju sendiri dan dia tak peduli samaada hala tuju tersebut sama dengann hala tuju ramai orang atau tidak. Dia tak peduli jika dia melawan arus, yang dia tahu dia ada prinsip yang benar. Prinsip yang dipandu oleh al-Quran dan hadis.
Bagi orang yang cemerlang, masa terlalu berharga baginya. Masa adalah satu sumber pelaburan yang penting. Dengan masa boleh menghasilkan wang yang bayak, dengan masa boleh mengumpul pahala yang banyak, dengan masa boleh mengeratkan silaturrahim, dengan masa boleh meningkatkan kesihatan badan, dan dengan masa boleh menambah ilmu.
Bagi orang yang cemerlang ilmu itu sangat -sangat penting dan sangat-sangat berharga. Ilmu itu yang membezakan seseorang. Orang yang kaya ilmu sebenarnya orang yang benar-benar kaya. Dengan ilmu lebih mudah untuk melakukan banyak perkara. Dengan ilmu orang yang cemerlang mampu menjadi lebih cemeralang dan pergi lebih jauh dalan laluan kecemerlangan.
Bagi orang yang cemerlang sehebat mana pun kecemerlangannya sentiasa perlu ada sifat tawadhuk dalam dirinya. Perlu ada sifat menghormati orang lain. Perlu ada sifat tidak sombong, tidak riyak dan tidak ujub. Bagi orang yang cemerlang, kecemeralangannya hanya pinjaman dari Allah. Kecemerlangannya adalah dari Allah. Kecemerlangannya adalah milik Allah.
Tidak terlintas di fikirannya bahawa kecemelangannnya adalah atas usahanya sendiri sebab dia tahu anggota badan yang dia gunakan untuk berusaha adalah pemberian dan pinjaman dari Allah, firan yang sihat yang ada padanya adalah juga pemberian Allah, kesihatan badan yang ada padanya yang membolehkannya terus berusaha adalah milik Allah, semangat yang tinggi dan rasa tidak mudah mengalah dan putus asa juga adalah bantuan dan pemberian dari Allah. Jika Allah tidak mengizinkannya untuk cemerlang sudah pasti dia tidak cemerlang seperti mana yang dikecapinya sekarang.
Dia sedar tentang keperluan berusaha, dan dalam masa ynag sama juga dia sedar akan status dirinya sebaga hamba Allah.
Jadi usah putus asa, usaha habis-habisan, tiada ruang untuk dirimu berduka cita dengan kegagalan, beri kemaafan kepada dirimu atas ketidakmampuannya untuk tetap teguh dengan prinsip orang cemerlang yang dipegang dirimu..Diri ini manusia..yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Yang penting usah putus asa dan usah berhenti berusaha.
Sertakan usahamnu dengan doa memohon bantuan dari Illahi, mohon dipermudahkan urusan, mohon supaya usahamu untuk mendapat kecemerlangan akan berjaya. Mohon ampun juga atas dosa-dosamu. Dan sentiasa perbetulkan niat. Tujuan kita mahu cemerlang adalah kerana mahukan keredhaan Allah.
Dengan kecemerlangan kita akan dapat lebih membantu, dengan kecemerlangan kita akan dapat meningkatkan maruah umat Islam, dengan kecemerlangan kita akan dapat meningkatkan kemajuan umat Islam, dengan kecemerlangan kita dapat memperbanyakkan ibadah, dengan kecemerlangan kita dapat melawan musuh-musuh Islam.
Untuk menjadi orang yang cemerlang, kita mestilah melakukan setiap perkara itu sebaik yang mungkin, mesti yakin pada diri. Apabila kita sudah berusaha, jangan pula kita lupa berdoa, moga2 Allah bagi berkat usaha yang kita lakukan. Selepas itu kita berserah, tawakal..namun, jika kita mendapat sebaliknya dari apa yang kita hajatkan kelak, kita terimalah dengan redha. Kalau bukan seperti yang kita harap, yang kita doa, maka kita tak boleh salahkan takdir, sebab boleh jadi ada sesuatu yang Allah mahu kita belajar dari kegagalan kita..Semoga sentiasa terus berusaha. Jangan pernah berputus asa :)
ReplyDeleteTrime kasih atas peringatan..em..btul tu..
ReplyDelete