Thursday, May 15, 2014

Bas Ekspress Dungun-Alor Setar-Dungun

Zaman google ni saya nak share la maklumat sikit. Kot ada yang nak tau maklumat berkenaan pekara ni, sangkut la kat post saya ni.:)

Bas Dungun, Terengganu ke Alor Setar salah satunya bas Cepat Ekspress. Tiket nak dekat Rm70. Bas pukul 8.00 malam. Jangan lewat sebab bas ni cepat bertolak dari Dungun. Sampai Alor Setar dalam 6.30 pagi ke 7 lebih.

Bas dari Alor Setar ke Dungun pun bas yang sama. Harga tiket lebih kurang sama tapi pukul 8.30 malam. Bas ni mungkin gerak lambat sikit sebab datang dari Perlis.

Bersedia dengan baju sejuk, selimut..dalam bas sejuk..

Membuat Keputusan - Great leader make fast decision

A good leader is a fast decision maker.

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang cepat membuat keputusan.
However, i found out that it's not easy to make a fast decision on certain problems or issues.
Lebih menyukarkan lagi kepada golongan 'perfect melancoly'. Tak tau betul tak ejaan dia. Ia adalah golongan yang agak perfectionist, sistematik, teliti dan lain-lain. Cuba try google untuk maklumat lanjut.
Bila datang satu isu atau masalah. Kita akan fikir dari banyak sudut. Hingga kita sukar nk buat keputusan sebab tak cukup maklumat, ilmu atau kefahaman.

Kita rasa nak hold dulu buat keputusan dan bagi keputusan kemudian. Sampai betul-betul cukup maklumat..
Sebenarnya tak semua keadaan kita boleh tunggu atau ambik masa sebelum bagi keputusan. Contoh dalam perniagaan, kadang-kadang peluang hanya datang sekali. Perlu buat keputusan segera. Begitu juga dalam kehidupan seharian.

Great leader make fast decision. Untuk buat keputusan dengan baik dan cepat bukan sekadar ilmu dan pengalaman diperlukan. Tapi juga keberanian. Berani untuk buat keputusan yang silap. Berani gagal. Berani untuk belajar dari kesilapan. 

Jadi macam mana nak perbaiki diri kita?


Dengan banyakkan tambah ilmu dengan membaca, bertanya, dapatkan perkongsian pengalaman dari orang lain, dan perbanyakkan pengalaman kita. Macam mana nak banyakkan pengalaman kita? Dengan banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti, program atau kerja dan berani untuk belajar dari pengalaman kehidupan.
Sekadar perkongsian dari sedikit kefahaman. Jika ada benarnya, moga bermanfaat. Jika salah, mohon teguran.

Lets become a great leader.

Wednesday, May 7, 2014

Saya rasa..saya rasa..

"Saya rasa..saya rasa..saya rasa.."

Perkataan yang kita suka kata.

Tapi susah kita nak berkata dengan berani..gunakan perkataan dengan yakin..

Guna pendekatan seperti: "Pada pendapat saya....(kemudian bagi hujah dan rujukan untuk kukuhkan pendapat kita)"

Sukar dilakukan tapi wajar dipraktikkan dalam dunia akademik, perbincangan ilmiah dan diskusi-diskusi yang mahu disalurkan kepada hasil yang bermanfaat.

"Saya rasa..saya rasa..saya rasa.."

Semua orang boleh rasa..

Masa sangat berharga. Kena tambah kualiti dalam penggunaan masa kita..dalam perbincangan kita.

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...