"Sakit..sakit..Aarghh..Sakit.."
Dia merintih. Kesakitan jarang singgah dalam hidupnya. Bila kesakitan datang..terlalu perit dirasakannya..terlalu menganggu baginya..
Terasa seperti mahu dicaci-makinya kesakitan itu..Terasa seperti sentiasa rasa mahu mengeluh dengan apa yang ditimpanya itu.
Oh? Caci-maki kepada kesakitan? Keluhan kepada kesakitan? Bukankan kesakitan itu sepatutnya menambah keimanan dan darjat dalam diri seseorang hamba Allah.
Dia berfikir seketika..mengapa agaknya dia tidak rasakan seperti itu? Mengapa seolah-olah kesakitan menjauhkan dirinya dari Allah?
Akhirnya baru dia faham. Sungguh, kesakitan itu sebenarnya ujian. Kesakitan itu akan hanya mendekati dirinya kepada Allah bila dia redha dengan kesakitan yang menimpanya itu. Bukankah kesakitan itu boleh menghapus dosa-dosa kecil?
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(Hadis Riwayat Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.
(Hadis Riwayat Bukhari no. 5641).
“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”.
(Hadis Riwayat Muslim no. 2573).
“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”.
(Hadis Riwayat Muslim no. 2575).
Terimbas dia pada banyaknya dosanya yang lalu..
"Oh, syukur Ya Allah..aku redha dengan kesakitan ini..betapa Engkau sayang padaku dan kurniakan kesakitan untuk mengampunkan dosa-dosaku yang lalu.. Anugerahkanlah kepadaku perasaan yang benar-benar ikhlas dan redha dalam menerima kesakitan ini..Dan ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah.."
No comments:
Post a Comment