Friday, October 29, 2010

Orang yang cemerlang



Kata seorang motivator tempatan yang pernah popular dulu tapi kini sudah menyepi, orang yang cemerlang punyai sifat Ego Diri Tinggi.



Pada pendapat saya, bila difikirkan, sebagai orang Islam, ego diri tinggi hanya satu istilah yang takde kaitan dengan sifat ego. Ia hanya gabungan sifat yang ada pada diri orang yang cemerlang iaitu tidak mudah berputus asa, berani, tidak mudah ditindas atau dipijak, sentiasa menjaga maruahnya, yakin diri yang tinggi, bersemangat tinggi.



Orang yang cemerlang tidak mudah kecewa dengan kegagalannya, dan tidak mudah berputus asa, dan tidak pernah berhenti berusaha. Tidak pernah terfikir di mindanya untuk kecewa dengan diri. Baginya kegagalan hanyalah maklum balasa dari kehidupan, dan ujian Allah. Dari kegagalan dia belajar, dan dengan kegagalan dia menjadi lebih kuat dan bukan menjadi lebih lemah.



Orang cemerlang mempunyai pendirian diri yang mantap dan tidak mudah goyah. Dia punyai prinsip yang jelas atas pendirian yang dipegang. Dia tidak seperti lalang yang hanya mengikut arah mana angin bertiup. Dia ada hala tuju sendiri dan dia tak peduli samaada hala tuju tersebut sama dengann hala tuju ramai orang atau tidak. Dia tak peduli jika dia melawan arus, yang dia tahu dia ada prinsip yang benar. Prinsip yang dipandu oleh al-Quran dan hadis.



Bagi orang yang cemerlang, masa terlalu berharga baginya. Masa adalah satu sumber pelaburan yang penting. Dengan masa boleh menghasilkan wang yang bayak, dengan masa boleh mengumpul pahala yang banyak, dengan masa boleh mengeratkan silaturrahim, dengan masa boleh meningkatkan kesihatan badan, dan dengan masa boleh menambah ilmu.



Bagi orang yang cemerlang ilmu itu sangat -sangat penting dan sangat-sangat berharga. Ilmu itu yang membezakan seseorang. Orang yang kaya ilmu sebenarnya orang yang benar-benar kaya. Dengan ilmu lebih mudah untuk melakukan banyak perkara. Dengan ilmu orang yang cemerlang mampu menjadi lebih cemeralang dan pergi lebih jauh dalan laluan kecemerlangan.



Bagi orang yang cemerlang sehebat mana pun kecemerlangannya sentiasa perlu ada sifat tawadhuk dalam dirinya. Perlu ada sifat menghormati orang lain. Perlu ada sifat tidak sombong, tidak riyak dan tidak ujub. Bagi orang yang cemerlang, kecemeralangannya hanya pinjaman dari Allah. Kecemerlangannya adalah dari Allah. Kecemerlangannya adalah milik Allah.



Tidak terlintas di fikirannya bahawa kecemelangannnya adalah atas usahanya sendiri sebab dia tahu anggota badan yang dia gunakan untuk berusaha adalah pemberian dan pinjaman dari Allah, firan yang sihat yang ada padanya adalah juga pemberian Allah, kesihatan badan yang ada padanya yang membolehkannya terus berusaha adalah milik Allah, semangat yang tinggi dan rasa tidak mudah mengalah dan putus asa juga adalah bantuan dan pemberian dari Allah. Jika Allah tidak mengizinkannya untuk cemerlang sudah pasti dia tidak cemerlang seperti mana yang dikecapinya sekarang.



Dia sedar tentang keperluan berusaha, dan dalam masa ynag sama juga dia sedar akan status dirinya sebaga hamba Allah.



Jadi usah putus asa, usaha habis-habisan, tiada ruang untuk dirimu berduka cita dengan kegagalan, beri kemaafan kepada dirimu atas ketidakmampuannya untuk tetap teguh dengan prinsip orang cemerlang yang dipegang dirimu..Diri ini manusia..yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Yang penting usah putus asa dan usah berhenti berusaha.



Sertakan usahamnu dengan doa memohon bantuan dari Illahi, mohon dipermudahkan urusan, mohon supaya usahamu untuk mendapat kecemerlangan akan berjaya. Mohon ampun juga atas dosa-dosamu. Dan sentiasa perbetulkan niat. Tujuan kita mahu cemerlang adalah kerana mahukan keredhaan Allah.



Dengan kecemerlangan kita akan dapat lebih membantu, dengan kecemerlangan kita akan dapat meningkatkan maruah umat Islam, dengan kecemerlangan kita akan dapat meningkatkan kemajuan umat Islam, dengan kecemerlangan kita dapat memperbanyakkan ibadah, dengan kecemerlangan kita dapat melawan musuh-musuh Islam.

Tuesday, October 12, 2010

Di saat fikiran menjadi sangat berat..


Ya Allah..Permudahkanlah urusan kami..Kurniakan kekuatan bagi kami untuk menghadapi kesukaran yang kami hadapi..Jadikanlah kami orang yang sentiasa ingat..Bahawa jika sesuatu kesukaran yang kami hadapi itu kami anggap terlalu sukar..Sesungguhnya ada lagi orang yang menghadapi keadaan yang lebih sukar dari apa yang kami hadapi. Kami sedar Ya Allah, Engkau tidak menguji hamba-Mu melainkan mengikut kadar yang mampu hamba-Mu hadapi. Kami yakin, walau sesukar mana pun urusan kami, pasti ada jalan untuk kami hadapinya dengan baik.

Ya Allah, sesungguhnya kami hanya mampu merancang, dan Engkaulah penentu segala-galanya. Yang menentukan samaada perancangan kami dapat berjalan seperti dirancang atau tidak. Kami sedar Ya Allah, apa yang kami sangka baik untuk kami, munking sebenarnya tidak baik untuk kami. Dan apa yang kami sangka buruk untuk kami, mungkin sebenarnya baik buruk untuk kami. Engkau Maha Tahu Ya Allah tentang apa yang terbaik untuk kami.

Ya Allah, kami makhluk yang lemah. Yang tidak memiliki apa-apa pun melainkan sekadar pinjaman dari-Mu. Tenaga kami, tubuh badan kami, fikiran kami, kesihatan kami..Semuannya pinjaman dari-Mu.

Ya Allah..Kami memohon kepada-Mu.. Bantulah kami dalam menghadapi kesukaran yang kami hadapi. Permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Janganlah Engkau jadikan kesukaran yang kami hadapi dan kesibukan kami dalam menghadapinya, menjauhkan lagi diri kami kepada-Mu. Jadikanlah ia sebagai pendekat diri kami kepada-Mu.

Ya Allah..Jauhkanlah kami dari sifat putus asa. Jauhkanlah kami dari sifat yang tercela itu ya Allah. Sesungguhnya pintu rahmat-Mu Maha Luas. Tidak wajar untuk kami berputus asa.

Ya Allah, perbetulkanlah niat kami dalam berjuang. Jauhkanlah kami dari penyakit-penyakit hati. Kuatkanlah tekad kami dalam berjuang.

Hanya kepada-Mu Ya Allah tempat kami memohon dan mengharap. Perkenankanlah doa kami Ya Allah. Wahai Tuhan Sekalian Alam.

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...