Sunday, June 20, 2010

Hidup bukan untuk berkeluh kesah


Hidup bukan untuk berkeluh kesah. Hargai waktu dan saat-saat yang ada dalam hidup sebaik-baiknya. Bila ada masalah, usaha untuk cari penyelesaian, jangan lari dari masalah dan jangan berkeluh kesah dengan masalah. Begitu juga dengan kegagalan, bila gagal, redha dan terima kegagalan tersebut kemudian bangkit kembali menuju kejayaan. Belajar dari kegagalan tersebut. Masalah dan kegagalan hakikatnya guru kehidupan. Bila berulang kembali gagal, jangan putus asa. Islam tak ajar umatnya berputus asa. teruskan usaha untuk menggapai kejayaan. Jangan lupa doa, dan jangan lupa redha Allah. Mungkin kita gagal sebab apa yang kita usahakan tersebut bukan sesuatu yang diredhai Allah. Dengan menjaga redha Allah bermakna kita mengikut apa yang disuruh Allah dan meninggalkan apa yang dilarangnya. Allah menyuruh kita menjaga hubungan dengan ibu bapa dan masayarakat. Allah menyuruh kita jangan berbuat kezaliman samaada kepada diri sendiri, orang lain atau makhluk lain.

Manusia itu makhluk lemah, tak dapat lari dari membuat kesilapan dan dosa. Yakin pada diri sendiri, jangan berputus asa bila berjihad (bermujahadah) dengan diri sendiri, orang yang berusaha pasti berjaya. InsyaAllah. Allah sentiasa melihat pada usaha kita. Allah Maha Melihat, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Bila berjaya, bersyukurlah, kerana kejayaan itu sebenarnya bukan milik kita, tapi adalah milik Allah. Allah yang kurniakan kejayaan itu pada kita, atas sifat kasih sayang Allah dan rahmat Allah kepada kita. Bantu orang lain dengan kejayaan yang kita ada. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah pada kita. Ingat, siapa yang tak bersyukur pada nikmat Allah, kelak Allah akan tarik balik nikmat tersebut. Jangan sampai Allah mengazab kita melalui nikmat-nikmat tersebut. Jangan lupa untuk selalu bersyukur. Jangan lupa hakikat sebenar diri sebagai hamba Allah. Hamba yang tidak punyai satu kuasa pun melainkan sekadar pinjaman dari Allah.

Inagtlah, bila-bila masa ujian boleh datang pada kita, sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Terus tingkatkan 'kekuatan' diri. TIngkatkan iman dan amal. Perbanyakkan ilmu.

Hakikat kehidupan kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita di bawah; umpama air lautan kadang-kadang pasang kadang-kadang surut. Yang paling penting, jaga iman. Kejayaan sebenar hanya bagi orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh. Kejayaan di dunia dan di akhirat.

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...