Wednesday, April 7, 2010

Perjalanan Kehidupan dan Tanggungjawab Kita



Minggu lepas berkesempatan ke majlis akad nikah spupu aku, AB dan ke majlis perkahwinannya di Msjd Wilayah Persekutuan dan Mes Bukit Aman.



AB tua dua tahun ja dari aku, kecik-kecik dulu kami biasa main lawan-lawan..di antara sepupu aku belah mak, muda dari AB, aku dan sepupu aku sorang lagi..giliran kami pula la berkahwin maknanya??em..tak tau la, taknak fikir lagi. Belajar dan cari kerja dulu.hehe..



Seronok ke majlis hari tu, sebab dapat jumpa ramai ahli keluarga. Biasanya belah mak, waktu kenduri kawin la kami berkumpul ramai-ramai..hampir semua akan datang termasuk sepupu-sepupu dan ank-anak masing-masing..keluarga sebelah mak besar.. Ada sepupu aku tudi dia pun baru pertama kali aku jumpa. Maklumlah sebelum ni belajar di 'oversea'..hehe..tak berkesempatan nak balik selalu ke 9Semenanjung..Anak-anak sepupu semua dah besar-besar..Sepupu-sepupu yang dulu kecil-kecil, macam kanak-kanak ribena..sekarang pun dah besar panjang. Dah nampak macam jejaka melayu macho dan gadis-gadis melayu terakhir.. Saudara mara dah nampak makin berusia dan ada yg semakin beruban..Ada yang dah kurang sihat dan tak larat nak berjalan..



Aku dapat lihat proses dan perjalanan kehidupan di sini..



Aku mula berfikir..kita manusia hidup sekejap ja..dari bayi, jadi budak-budak (kanak-kanak ribena)..lepastu remaja..kemudian kejap ja dah jadi orang muda..dah berjanggut..lepastu kawin..ada anak-anak..em, waktu ada ank-anak (hidup berumah tangga) ni la nampak macam lama sikit kehidupan..mungkin sebab rupa dah tak banyak brubah kot (pada pandangan aku. Kemudian, kalau umur panjang..kita akan jadi tua..uzur..dan pergi (mati)..



Hmm..bila fikirkan macamtu takut la..sebab teringt yang kita semua akan mati..lagi tak suka bila orang pandag aku lebih tua dari usia aku..ada yang kata 28, ada kata 25...padahal aku muda lagi dari umur tu..haha..taknak cepat tua..nak nikmati usia muda remaja..hehe



Apa-apapun, moga ia dapat bagi kesedaran pada aku..sedia ke aku nak hadapi mati..amal kebajikan dah cukup ke..dosa semakin banyak atau semakin berkurang..waktu muda ni kita diberi kekuatn tenaga..waktu muda ni la kita kena banyakkan amal ibadah..nanti kat akhirat akan ditanya, macam mana kita gunakan usia mude kita.. tu yang aku takut..aku rasa macam tak guna usia muda ni sebaik-baiknya.



Lagi satu masa ke majlis tu, aku nampak la tanggungjawab orang yang dah berkahwin..ada anak..jaga anak..jaga bini..em..dah bersedia kah aku?? mula berfikir dua kali..sebelum ni macam gatal sangat nak berkahwin awal..hehe..



Kepada kawan-kawan yang tengah atau akan exam final kat universiti, semoga berjaya. Moga Allah permudahkan kawan-kawan untuk jawab exam. Kepada yang masih bertungkus lumus nak siapkan tesis untuk projek tahun akhir..all the best..mesti stress..takpa-takpa..lepastu relax la..cuti panjang..hehe..Moga kejayaan cemerlang mendampingi kita semua..



Moga kita jadi golongan berilmu yang bertanggungjawab dan gunakan ilmu kita sebaiknya. Jadikan diri kita bermanfaat untuk masyarakat. Moga masyarakat dapat menikmati sama kelebihan ilmu yang kita ada..Ingat tanggungjawab besar yang kita pikul. Gunakan ilmu yang kita ada sebaik-baiknya..jadi contoh teladan yang baik. Beri teguran dan nasihat kepada yang memerlukan. Dan jadi inspirasi kepada golongan masa depan..Peka dengan apa yang berlaku di persekitaran kita dan apa yang berlaku di negara kita. Kita adalah golongan yang menentukan masa depan negara.

2 comments:

  1. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berkahwinlah, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang ramai kepada umat-umat lain pada hari Kiamat, dan janganlah kalian menjadi seperti pendita Nasara (Kristian).” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..akan mnegikuti sunah Rasulullah ini..terima kasih Putera Fariz..

    ReplyDelete

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...