Friday, September 13, 2013

Pengalaman Menjual Kereta Terpakai

Bismillah.

Kali ni nak kongsi sikit pengalaman jual kereta terpakai. Baru-baru ni saya nak beli kereta baru, jadi saya rancang untuk jual kereta lama saya untuk jadi modal tambahan buat bayar downpayment kereta baru.

Kereta proton iswara tahun 1999.

Saya ada survey beberapa used car, mereka boleh beli kereta saya dengan harga dalam RM 3000 sahaja. So saya baut keputusan untuk cuba jual sendiri.

Lepas survey kat internet kaedah nak jual kereta dan prosedur-prosedur diperlukan saya pun mula la proses menjual.

Saya iklankan di laman web mudah.my. Mula-mula saya letak harga dalam RM 4900, kemudian saya guna fungsi untuk edit iklan dan saya tukar harga kepada Rm 4500. Saya tulis kat iklan tu harga boleh dirunding.

Saya plan paling murah nak jual RM4000. Okla, untung sikit dari jual kat used car.

Iklankan kat mudah.my memang laju response dari bakal pembeli. Beberapa orang mesej dan telefon bermula dari beberapa jam lepas iklan saya disiarkan dalam laman web tersebut.

Untuk jual kereta dan tukar hak milik kereta bagi kereta yang dah habis bayar, sekarang ni caranya secara umum adalah:

1. Hantar kereta untuk buat pemeriksaan PUSPAKOM. Kalau pergi buat sendiri, kena bayar RM 40. Kena buat booking dulu. Ada tempat boleh buat cepat, ada tempat lambat. Saya buat kat PUSPAKOM Arau, Perlis. Pagi saya datang untuk booking, petang lepas lunch dah boleh buat pemeriksaan. Kalau kat Alor Setar, orang kata kena booking sehari sebelum kita nak buat pemeriksaan. Kalau di Sungai Petani kena booking beberapa hari sebelum nak buat pemeriksaan.

2. Bila dah ada pembeli, pergi kat syarikat insurans, mintak dia batalkan insurans kita dan pembeli buat insurans baru untuk kereta yang kita nak jual tu.

3 Kemudian, pemilik dan pembeli pergi ke JPJ, isi beberapa borang untuk tukar nama, pergi kaunter JPJ dan terus dapat tukar nama kereta.

Dalam situasi tertentu, ada sedikit cara berbeza boleh dilakukan, contoh kalau salah seorang pembeli atau pembekal tak dapat pergi bersama-sama ke JPJ, ada kaedah terentu yang boleh dilakukan untuk mundahkakn proses tukar nama kereta. Tapi saya tak terngkan di sini sebab anda boleh google sendiri dan temnui cara tersebut.

Sebelum buat urusan tukar nama kereta dinasihatkan untuk minta bakal pembeli buat bayaran dulu untuk kereta kita yang dia nak beli tu untuk mengelakkan kita ditipu. Lain la kalau bakal pembeli adalah orang yang anda kenal aatau percaya.

Ok, saya kongsikan sikit pengalaman.

Bakal pembeli pertama telefon untuk jumpa dan periksa kereta. Katanya dia seorang peniaga, nak jumpa malam. Kami jumpa kat depan sebuah kedai dan beliau periksa kereta.Saya terangkan keadaan kereta tersebut, kekurangan dan kelebihannya. Servis dan baik pulih yang dah dilakukan. Beliau mintak kurang jadi RM 3800. Saya mulanya nak setuju sebab saya pun nak cepat jual kereta tersebut. Tapi rupanya beliau adalah seorang penjual kereta terpakai. Beliau tak mahu tukar nama kereta tersebut dalam masa terdekat dan maklumkan akan hanya tukar nama kereta tu dalam tempoh sebulan atau bila beliau jumpa pembeli yang nak beli kereta terbsebut. Walaubagaimanapun beliau membawa duit tunai yang mencukupi untuk buat bayaran penuh.

Saya akhirnya tak jadi jual kereta tersebut kepada beliau sebab saya tak nak tanggung risiko jika sesuatu berlaku kepada kereta tersebut contoh perangkap had laju, kes polis, kereta digunakan untuk tujuan jenayah. Saya akan terlibat sama dan akan dipertanggungjawabkan sama kerana nama kereta tersebut masih lagi nama kereta saya.

Bakal pembeli kedua. Seorang mekanik. Beliau periksa kereta saya, depan, belakang, atas, bawah, luar, dalam. Test drive kereta saya, cuba memecut, buat pusingan U dan lain-lain. Beliau minta dikurangkan harga, saya akhirnya setuju dengan harga RM 3900. Saya minta beliau bayar secara tunai pada waktu tersebut juga untuk confirmkan bahwa dia mahu membeli kereta tersebut. Disebabkan dia ada masalah untuk keluarkan duit dalam kuantiti banyak dari mesen ATM, saya setuju untuk dia booking kereta tersebut dengan bayaran tunai RM 500 dan buat urusan tukar nama dan pembayaran penuh pada hari lain. Alhamdulillah akhirnya kereta tu dapat dijual dan urusan penjualan kereta tersebut dipermudahkan

Ada beberapa pengalaman lagi sewaktu proses menjual kereta ni, seperti teknik yang saya lakukan untuk cepat dapat response dari bakal pembeli waktu iklankan di laman web mudah.my, pengalaman dengan beberapa bakal pembeli lain, dan beberapa pengalaman lagi..

tapi kalau anda nak tahu lanjut, anda boleh tanya soalan di bahagian komen di bawah dan saya jawab setakat yang saya tahu dan saya kongsikan setakat yang anda nak tahu.

Moga bermanfaat.

Artikel berkaitan:
Cara jual kereta di mudah.my-Siri 1
Penetapan harga jualan kereta

update: E-mel saya di afiq_tajol@yahoo.com untuk saya bantu iklankan kereta anda nak jual di mudah.my. Tinggalkan no telefon di e-mel untuk saya hantar mesej whatsapp kepada tuan/puan.

Saya akan kenakan sedikit cas sebagai upah dan untuk bayar elemen-elemen iklan di mudah.my. Di samping itu, jika tuan-puan dapat berikan sedikit komisen jika kereta dapat dijual, amatlah saya berbesar hati.

Monday, September 2, 2013

Peluang Merebut Saham Akhirat

Kepada sesiapa yang nak 'beli' saham akhirat boleh la berwaqaf, derma atau berikan zakat kepada sekolah MASDAR. Maklumat adalah seperti di bawah:


Andai ku orang kaya, aku mimpikan menampung keseluruhan kos pembinaannya. Tapi tak semua kaya sebegini. Jadi kita yang tak kaya ni dermakan sebahagian dari harta kita dan mudah-mudahan seterusnya dapat menampung keseluruhan kos yang diperlukan.

Pahala sumbangan akan sentiasa berjalan. Ilmu yang diperoleh pelajar, yang seterusnya digunakan untuk mengajar orang lain, kemudian muridnya pula mengajar kepada orang lain..Oh..pahala yang berterusan. InsyaAllah.

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...