1. Boleh dibasuh terus
2. Tak boleh dibasuh terus. Perlu bilas dengan air mutlak dahulu pakaian tersebut, dan bersihkan najis tu dahulu lepas tu baru basuh pakaian tersebut guna mesen basuh automatik.
atau
Lepas basuh guna mesen basuh automatik, keluarkan dan bilas guna air mutlak.
Anda boleh tengok hujah seperti Ustaz Azhar Idrus juga mengatakan perlu dibasuh najis tersebut dahulu.
Saya lebih berat untuk bersetuju dengan pendapat kedua.
Hujah untuk pendapat kedua adalah sebab air yang kita guna waktu membasuh guna mesen basuh automatik tu bertakung atau berkumpul dahulu lepastu baru dilepaskan.
Bila guna mesen basuh automatik:
1. Air masuk dan bertakung
2. Proses membasuh
3. Air keluar
4. Air masuk dan bertakung
5. Air keluar dan spin
Saya agak pening nak faham perkara ni dan fikir agak berat atau menyusahkan cara mengikut pendapat kedua tu.
Maklumlah, kadang-kadang kita tak pasti pakaian kita betul-betul bersih dari najis atau tak.
Contoh kalau kita ada anak kecil. Budak-budak kecil selalu muntah. Selalunya kita tak dapat kawal dari pakaian-pakaian kita dari terkena kesan muntah tersebut.
Disebabkan pakaian-pakaian yang kita basuh ni nak guna untuk dipakai waktu sembahyang juga, dah tentu kita nak ia diyakini suci dan bersih dari najis.
Saya ada cadangan untuk memudahkan kita.
Ini sesuai untuk pakaian bernajis yang kita yakin boleh tanggal dengan basuhan mesen basuh dan sabun..yang tak perlu diberus atau disental. Macam kesan-kesan muntah anak yang sedikit-sedikit, kesan terkena air kencing pada pakaian.
Caranya:
1. Basuh guna mesen basuh automatik seperti biasa
2. Lepas selesai semua basuhan, hidupkan semula mesen basuh anda.
4. Buka pintu mesen basuh
5. Pilih fungsi 'spin' sahaja.
6. Kemudian mulakan proses 'spin' tadi dengan menekan butang 'start'
7. Semburkan air kepada pakaian guna cebuk, paip tambahan dan apa juga cara yang sesuai.
-Dalam tempoh mesen basuh nak mula 'spin', mesen basuh anda akan mengeluarkan dahulu sebahagian air. jadi dalam tempoh ini, bila anda semburkan air, air itu akan melalui pakaian anda dan seterusnya keluar dari mesen basuh.
8. Mesen basuh akan terhenti secara automatik selepas beberapa ketika sebab anda tak tutup pintu mesen basuh.
9. Kalau anda tak yakin air sudah melalui sepenuhnya pakaian-pakaian anda tadi, ulang langkah 4-7.
10. Kemudian biarkan pakaian anda di 'spin'
Bagi saya cara ni lebih mudah dan jimat masa.
Saya tak pasti akan kesan jangka panjang kaedah ni kepada mesen basuh.
Saya ada cadangan tambahan untuk memudahkan lagi kita gunakan kaedah di atas.
1. Anda boleh buat satu paip tambahan yang boleh anda gunakan untuk kerja-kerja membilas.
2. Anda boleh gunakan paip mesen basuh anda dengan cara seperti berikut:
-tutup air untuk paip mesen basuh
-cabut bahagian hujung paip yang tersambung kepada badan mesen basuh
-buka semula air dan gunakan paip ini untuk melakukan langkah ke 7 dalam proses membasuh pakaian bernajis seperti saya nyatakan di atas tadi.
Harap ia membantu.
Saya lebih mengharapkan satu hari nanti ada jurutera elektrik/elektronik islam yang dapat merekacipta mesen basuh yang islamik. Yang ada ciri basuhan yang dapat menyucikan pakaian bernajis.