Tuesday, August 18, 2015

Cara Jual Kereta di Mudah.my-Siri 1

Assalamualaikum, artikel yang saya tulis sebelum ini tentang pengalaman saya jual kereta di mudah.my agak popular. Ramai yang baca artikel tu. Dan ramai yang nak tahu maklumat dan cara jual kereta di mudah.my. Ada yang mesej dan telefon untuk minta tolong saya jualkan di mudah.my.

Setakat ni saya dah iklankan 4 kereta di mudah.my. 2 kereta dapat dijual, 2 lagi tak dapat dijual kerana:
1. Kereta A: Harga pasaran terlalu murah dan owner nak kena tambah duit sendiri banyak sangat untuk bayar baki loan bank, jadi owner tak jadi nak jual

2. Kereta B: Saya tolong Pakcik untuk jual kereta dia, saya guna banyak fungsi yang ada di mudah.my dan habis modal dalam lebih RM30 jugak tak silap untuk bagi iklan tu ditunjukkan de bahagian tepi website mudah.my. Tak dapat jual, sebab Pakcik saya terlebih dahulu jual kepada used car dengan harga yang juah lebih murah. Saya dah nyaris nak dapat pembeli sebenarnya tapi takpala, Pakcik saya pun nak pakai duit cepat dan bukan rezeki saya untuk dapat sedikit komisen dari jualan tu.

Ok, saya kongsikan sikit tips, idea dan cadangan untuk jual kereta di mudah.my.

Ada panduan untuk golongan beginner, dan ada panduan untuk golongan advance. Panduan untuk orang advance agak pening sikit untuk orang beginner tapi lebih tinggi kebarangkalian untuk dapat jual pada harga sesuai. Ikut rezeki la.

Saya takkan ajar cara anda nak masukkan iklan untuk jual kereta anda di sini, saya rasa ada orang dah kongsikan kot. Kalau takda orang kongsikan lagi, bagitau kat ruang komen, nanti ada masa saya buat.

Sebelum jual, anda kena bayangkan anda sebagai bakal pembeli. Kalau anda nak beli kereta di mudah.my, apa yang akan anda buat, apa yang anda akan analisis dan tengok.

Saya ada pengalaman sebagai penjual dan pencari kereta di mudah,my. Saya cari kereta di mudah.my berbulan-bulan jugak. Selalu ja tengok iklan di mudah.my masa nak buat keputusan nak beli kereta baru dulu.

Ok, tips.

1. Target market: Anda tengok kereta anda tu jenis macam mana dan siapa yang sesuai beli kereta anda.
- Kalau anda nak jual kereta mahal, dah tentu pembelinya orang yang banyak duit, kerja eksekutif, senang nak buat loan dan lain-lain

- Kalau anda nak jual kereta Kancil manual, dah tentu pembelinya seorang yang berjimat cermat, atau orang yang kurang berkemampuan tapi sangat perlukan kereta untuk keperluan keluarga.
-Kalau kereta anda jenis kereta lumba, dah tentu pembelinya orang muda yang minat kereta lumba macam anda

Bila anda dah dapat fikirkan target market yang sesuai atau kategori pembeli yang sesuai untuk beli kereta anda, baru anda boleh buat keputusan tentang macam mana nak iklankan kereta anda.

Tips: Kalau anda target bakal pembeli dari golongan tak minat kereta lumba, perempuan ayu yang nak bawak kereta sopan santun, jangan anda iklankan kereta anda adalah sebuah kereta lumba. Anda cakaplah kereta anda dijaga rapi, basuh tiap hari, servis tip top..dan tak perlu la anda ceritakan kereta anda ada sayap, ada sportrim besar dan lain-lain..Gambar aksesori-aksesori ni pun kalau boleh anda jangan tunjukkan...

Ok, tu tips pertama..dah ngantuk. Nanti sambung lagi. Kalau anda rasa nak tahu lagi tips seterusnya, elok anda komen kat bawah. Semangat sikit saya nak kongsi.hehe..;)

Tips seterusnya:
-pemilihan gambar atau sudut gambar
-strategi penetapan harga
-maklumat-maklumat yang perlu dimasukkan
-ayat cliche (yang ni saya fikirkan semula nanti perlu tak saya kongsi)

Sekadar cuba membantu serba sikit.

Siri 2: Penetapan Harga
Siri 3: Gambar

Sunday, August 9, 2015

Nombor KKM baru untuk Baby Herbal Cream Tropika

Kini pembekal Baby Herbal Cream Tropika telah menambahbaik komponen keselamatan produk ini.

Anda boleh merujuk laman sesawang KKM untuk melihat kelulusan yang telah diberikan kepada Baby Herbal Cream Tropika.

Nombor KKM baru untuk Baby Herbal Cream Tropika adalah: NOT150604372K

SURIAF ENTERPRISE (UA0009216-K)

Senarai Agen COD Krim Herba Tropika/Baby Herbal Cream Tropika di 12 Negeri:


Artikel lain yang berkaitan:

Page Facebook Krim Herba Tropika COD

Ibu Bapa Ini Rasa Lega Selepas Sapukan BayiMereka yang Batuk dan Selsema dengan Baby Herbal Cream Tropika

Ibu Bapa Ini Lega Apabila Bayi Mereka Kurang Kembung Perut dan Muntah-muntah Selepas Menggunakan Baby Herbal Cream Tropika

Anda Tertanya-tanya Apa Kandungan Bahan dalam Baby Herbal Cream Tropika?

Baby Cream for Cough and Flu

Page Facebook Baby Herbal Cream Tropika Kedah, Penang, Perlis

Nombor Rujukan KKM untuk Produk Baby Herbal Cream Tropika

Wednesday, August 5, 2015

Apa Perlu Buat Jika Silap Beli Kereta Lebih Kemampuan

Ok. Saya nak share sikit apa yang orang lain share kat saya.
Kalau anda silap buat keputusan dalam pengurusan kewangan dengan membeli kereta melebihi kemampuan. Harga kereta melebih jumlah pendapatan anda setahun.
Rasa terbeban. Kos sara hidup bertambah.
Kena bayar roadtax. Cukai dah kena GST. Beli tayar pun kena GST. Minyak naik.. dan macam-macam lagi la.
Akhirnya anda sedar bahawa anda sebenarnya tak mampu miliki kenderaan yang anda ada sekarang.
Apa nak buat?
1. Kalau anda ada banyak duit simpanan. Boleh jual. Tapi terpaksala anda tanggung tambahan baki bayaran bank yang tak cukup. Kadang-kadang samapai RM 10000. Ia lebih baik. Daripada anda menanggung beban hutang bertahun-tahun. Simpanan yang anda buat pada bulan-bulan seterusnya akan dapat pulihkan kembali kewangan anda.
2. Pajak kepada syarikat kereta sewa yang boleh dipercayai seperti syarikat kereta sewa Green Matrix kepunyaan Encik Wahi. Mereka bukan sahaja tolong jaga kereta anda. Mereka tolong servis dan kos mereka tanggung. Mereka akan bayar bayaran bulanan kepada bank. Mereka akan bayar cukai dan roadtax. Dan mereka akan bagi komisen dalam Rm200 sebulan.
-serta merta kenderaan anda berubah dari liabiliti menjadi aset.
-bukan setakat anda dapat buat saving tambahan. Malah anda dapat pendapatan tambahan pula.
-lepas setahun atau dua tahun. Bila nilai kenderaan anda di pasaran dan baki hutang anda di bank lebih kurang sama.
Anda dah boleh jual kereta anda tanpa perlu buat tambahan duit yang banyak atau mungkin tak perlu tambah langsung.
#untuk anda yang ada target nak beli rumah atau nak buat pelaburan hartanah melalui pinjaman atau pembiayaan bank.
Pilihan terbaik adalah pilihan 1 kerana ia akan mengurangnkan DSR anda. Jadi loan anda lebih mudah lulus atau lebih mudah nak lepas bila nak beli rumah.

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...