Tuesday, September 30, 2014

Motivasi

Tiada siapa yang sempurna dan tak pernah buat kesilapan. Yang penting kita belajar dari kesilapan dan jadi lebih baik dari sebelumnya.

Orang berjaya dan orang tak berjaya dua-dua pernah alami  banyak kegagalan. Yang membezakan orang berjaya dengan orang gagal adalah, orang berjaya bila dia gagal, jatuh, dia bangkit kembali.

Orang yang tak berjaya, bila gagal dan jatuh, dia terus biarkan dirinya jatuh, berterusan kecewa dan tak menambahbaik apa-apa..tak ubah apa-apa..tak belajar apa-apa dari kegagalan dan kesilapannya.

Peluang dalam kegagalan, tak semua orang boleh nampak..orang berjaya sentiasa nampak peluang di sebalik kegagalan.

Allah tak jadikan manusia, lepas lahir terus boleh jalan..Allah bagi manusia rasa susah, belajar..jatuh..dan akhirnya boleh berjalan..berlari..

Rezeki manusia sentiasa ada selagi belum sampai ajalnya..teruskan usaha. Tak dapat cara A..guna cara B..

Jangan sibuk cari redha manusia..cari redha Allah..Jangan pentingkan penilaian manusia..pentingkan penilaian Allah.

Wednesday, September 10, 2014

Pertimbangan membeli kereta

Dari pengalaman dan pengetahuan terbaru saya, kalau anda nak beli kereta baru, pastikan ia kereta yang benar-benar berbaloi dengan jumlah hutang dan tempoh hutang yang anda buat.

Cuba kenalpasti berapa lama jangka hayat kereta tu, berapa lama tempoh hutang anda buat, bagaimana keperluan dari segi jumlah barang nak angkut dan/atau jumlah orang nak bawa.

Kalau anda berhutang 5 tahun, pastikan kereta tu mampu memenuhi keperluan anda dalam tempoh masa 5 tahun tu. Contoh, jika kereta dengan keluasan seperti proton Saga atau Proton Waja, muat untuk seorang pemandu (suami), seorang isteri dan maksimum 3 orang anak (atau mungkin 4 orang kanak-kanak). Jadi anda perlu ambil kira dari segi perancangan berapa orang anak yang anda jangka/rancang dalam tempoh tu. jarak perjalanan yang anda akan tempuhi dan jumlah barang anda dan barang keluarga anda yang anda akan bawa dalam tempoh tersebut.

Ini kerana, kerete baru, sebaik sahaja anda beli dan keluarkan dari kedai, nilainya dengan serta merta menyusut. Dan setiap tahu, nilainya akan terus menyusut, kadang-kadang beberapa ribu kadang-kadang penysusutan nilai tu mencapai puluhan ribu.Tak berbaloi untuk anda jual balik kereta tersebut.

Kalau nak beli kereta baru, beli yang anda dapat guna habis-habisan. Bukan yang anda target nak jual balik. Melainkan anda memang orang yang banyak duit dan tak kisah untuk jual kereta anda dengan harga murah.

Coretan sekadar pendapat, dan rekod buah fikiran terkini untuk penilaian dan kegunaan diri di masa depan.

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...