sumber gambar: google
Kita pasti terbiasa dengan istilah, orang tua makan garam
dahulu..dalam kerja mungkin boleh guna istilah macam ni..orang senior makan
garam dahulu.
Jangan jadi macam lalang. Tiada pendirian. Walau senior
lebih berpengalaman tapi tak semestinya pendapat mereka semuanya betul.
Kenalpasti samaada pendapat yang diberikan adalah dalam bidang kepakaran mereka
atau tak.
Jangan mudah terikut-ikut dengan suasana persekitaran kerja
kita. Politik di tempat kerja ni macam-macam. Silap langkah sekarang, kesannya
boleh berlarutan dan boleh beri kesan untuk masa hadapan.
Tetapkan matlamat yang jelas dalam kerjaya dan kehidupan.
Tingkatkan ilmu. Banyakkan membaca.