Friday, December 31, 2010

Dirimu mujahid..


Wahai diri..janga lupa..dirimu mujahid..andai bukan mujahid di medan perang..dirimu mujahid melawan hawa nafsu mu dan godaan syaitan dan iblis..lumrah perjuangan pasti ada jatuh bangun..menang dan tewas..tapi usah putus asa..


Suka dengan perkongsian seorang rakan seperjuangan..


“Jika kau lemah, jadikan Allah sebagai tempat meluahkan rasa.
Jika kau goyah, kau perlu kuat kerana kau pembawa agama.
Jika kau rebah, kau harus tabah kerana kau mujahid muda..
Semoga menjadi pemuda yang dirindukan syurga..”

Lahirmu bukanlah untuk dunia..


Perkongsian dari seorang sahabat..


"Lahirmu bukanlah untuk dunia..lahirmu telah tertulis hanya untuk menjadi hamba pada Allah yang Esa..Yakinilah Allah telah menciptakanmu dengan sebaik-baik kejadian..Mana mungkin Allah membiarkan ciptaan-Nya tanpa penjagaan..Setiap saat Allah sentiasa bersamamu..tak pernah satu helaan nafas dan denyutan jantung pun Allah meninggalkanmu..

Andai keletihan menjengah, kelukaan menerjah, yakinlah Allah merindui tangisan, rintihan dan seorang hamba yang dirindui..

Allah menghitung airmata yang gugur untuk memberikan ganjaran di akhirat kelak..Buktinya kekasih Allah, Rasulullah S.A.W yang sangat Allah cintai pun turut terluka.."

Muhasabah Diri



Setiap dosa yang dilakukan menitiskan satu titik hitam pada hati..Makin kerap dosa insan itu..makin bertambah titik hitam di hatinya..hingga makin sukar hidayah untu masuk ke pintu hatinya..gembiralah orang yang menyucikan hatinya..yang bertaubat setelah membuat dosa..menyesali dengan sepenuh hati akan dosa yang telah dilakukan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi..

Setiap diri muslim adalah mujahid..berperang dengan hawa nafsu sendiri..dan peperangan itu tidak akan berhenti selagi diri muslim itu masih bernyawa di atas bumi ini.

Jangan pernah berhenti berusaha untuk menjadi muslim sejati..jangan pernah berhenti berusaha untuk menjadi muslim sebenar..jangan pernah berhenti berusaha untuk menjadi muslim yang benar-benar mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya..Allah sangat suka muslim yang berusaha mendekati-Nya. InsyaAllah, usaha itu akan dibantu oleh Allah..ikhlaskan hati dan jangan pernah berputus asa.

Selamat Hari Lahir..Selamat Tahun Baru Hijrah..Selamat Tahun Baru Masihi..kukuhkan azam..tingkat usaha..perbaiki diri..

Moga cemerlang dunia akhirat..

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...