Sunday, June 25, 2017

Khutbah Hari Raya Aidilfitri

Cara bersyukur
1. Optimumkan potensi diri dengan laksanakan perintah Allah dan mencegah kemungkaran.

2. Bersyukur dengan harta: Infakkan harta kepada jalan kebaikan.

Kena pelihara diri kita dan keluarga kita dari siksaan api neraka. Dengan lakukan ketaatan kepada Allah dan tinggalkan maksiat.

Muhasabah sentiasa, samaada kita akan dapat berjumpa semula atau tidak keluarga kita di akhirat nanti. Di syurga.

Cara nak didik keluarga
1. Bekalkan keluarga dengan ilmu.
2. Didik keluarga dengan akhlak.
3. Ajak keluarga lakukan ibadah.
4. Larang keluarga dari melakukan maksiat.
5. Bumbing keluarga untuk selalu ingat kepada Allah.
6. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya Allah bagi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Kekalkan monentum kita membaca al-quran sepertimana sewaktu Ramadhan.

Setiap hari muhasabah diri, banyak mana kita dah baca al-quran oada hari tersebut.

Kita perlukan syafaat al-quran di hari kiamat. Banyakkanlah membaca al-quran.

Jatuh bangun kita dalam kehidupan ditentukan oleh sejauh mana kita mengamalkan kehidupan kita berpandukan isi kandungan al-quran.

Saturday, June 3, 2017

Lepas diri dari azab

Cara lepas diri dari azab kubur dan api neraka
1. Puasa Ramadhan kerana Allah Taala secara bersungguh-sungguh.
2. Jadi orang yang hatinya sentiasa tenang. Sentiasa ingat Allah.
3. Jadi orang yang lembut bicaranya, sopan santun bicaranya. Tak cakap lepas. Cakap tertib. Teliti dalam mengeluarkan kata-kata.
4. Permudahkan urusan orang lain
Kitab Riyadhus Solihin
Surau Taman Sri Gombak

Monday, December 12, 2016

Bertindak biar jelas. Jangan berandaian

Biar tindakan kita berpaksi kepada maklumat yang jelas. Jangan tindakan kita berpaksi kepada andaian.

Andaian adalah sesuatu yang tak tepat. Jadi tindakan yang berasaskan andaian tidak dapat memberikan momentum hasil yang penuh atau sempurna. Usaha yang dilakukan boleh jadi sia-sia.

Contoh, situasi anda mahu pelayan restoran datang. Tindakan yang berdasarkan andaian adalah dengan cara memandang mereka dari jauh. Tindakan yang jelas adalah dengan mengangjat tangan lama hingga pelayan memberikan respons memahami bahawa mereka perlu ambil oder anda.

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...