Wednesday, September 16, 2015

Cara Jual Kereta di Mudah.my-Siri 3 (Sudut gambar-1)

Kali ni saya nak kongsi tentang sudut gambar. Ini hanya sekadar dari pengalaman dan permehatian saya. Bukan semestinya akan tepat dan sesuai untuk semua keadaan. Saya kongsikan untuk anda yang newbie. Yang takda pengalaman jual kereta di mudah.my.

1. Gambar bahagian luar kereta.
- tangkap gambar bahagian depan atau sudut tepi kereta yang boleh nampak bahagian depan dan tepi kereta atau bahagian belakang dan tepi kereta.

- gambar bahagian luar kereta penting untuk tambahkan keyakinan bakal pembeli dn tunjukkan keadaan kereta kita adalah baik.

-kalau kereta anda pernah pengalaman atau ada sudut-sudut yang tidak cantik di bahagian luar kereta, tangkap gambar yang tak nampakkan sangat bahagian-bahagian tersebut.

Ia bukan tujuan nak tipu bakal pembeli tapi untuk memberikan first impression yang baik. Nanti bila pembeli tanya dan nak beli atau nak tengok kereta, anda bagitau la ada kerosakan sikit atau ada bahagian tak cantik sikit di situ dan sini.

Bincang dengan dia yang dah berminat nak beli kereta anda tu, dan deal bagi boleh jual jugak kat dia walaupun ada kekurangan tersebut. Cara nak deal tu saya bincang dalam tajuk lain la.

2. Gambar stearing yang menampakkan meter dan odometer.
-saya biasanya akan masukkan gambar ni

-tujuannya untuk yakinkan bakal pembeli bahawa kita tak menipu dan bacaaan milage yang kita berikan adalah betul.
-gambar sebenarnya boleh menampakkan keperibadian anda juga. Orang tengok jenis stering anda pakai pun, orang dah tau anda ni pengguna kereta yang macam mana. Jenis sporty ke, jenis orang biasa-biasa ka..
-sebelum ni saya ada bincangkan tentang target market kan. Kalau target market anda bukan orang yang jenis suka kereta sporty, anda jangan nampakkan sangat stearing anda yang sporty tu. tak payah tunjuk la anda pakai stearing ferari walaupun anda nak jual kereta iswara aeroback ja.

Dua ni gambar utama.

Gambar-gambar lain anda boleh tunjukkan bergantung kepada apa kelebihan yang anda nak tunjukkan, yang ada pada kereta yang anda nak jual.

Fikir betul-betul siapa target market anda, dan apa kelebihan yang dia suka. Survey penjual kereta lain yang sama dengan anda, apa kelebihan kereta anda berbandig kereta mereka.

Jika anda target bakal pembeli yang suka gear auto, wanita.
-masukkan gambar yang menampakkan gear auto anda

Jika kelebihan kereta anda ada radio yang boleh main usb, dvd dan lain-lain
-masukkan gambar yang menampakkan pemain radio atau pemain dvd anda

Jika kelebihan kereta anda adalah tayar yang baru ditukar
-masukkan gambar yang menampakkan bunga tayar kereta anda. Cara dia, anda ambil duit syiling 20 sen atau 50 sen, kemudian letakkan di celah-celah bunga tayar kereta anda, kemudian tangkap gambar.
- orang akan dapat agak kedalaman bunga tayar kereta anda dan yakin dengan dakwaan anda bahawa tayar kereta anda baru

Jika kelebihan kereta anda adalah mempunyai tayar berjenama yang bermutu
-tangkap gambar yang menampakkan jenama tayar kereta anda

Jika target market anda adalaah pengguna yang sukakan kereta sporty, suka modified kereta, suka sportrim cantik
-tunjukkan gambar sportrim cantik kereta anda, bagi tau dalam ayat anda bawaha sportrim anda cantik dan mahal. Mereka ni akan rasa lebih jimat bila beli kereta anda sebab tak perlu beli sportrim baru.
-Hati-hati: Kalau target market kereta anda adalah orang yang tak suka kereta sporty, tak suka modified kereta, sopan, para ibu. Anda jangan cerita sangat tentang sportrim anda tu dan tak payah fokus sangat dengan sportrim anda tu. Mereka kurang minat dan kemungkinan ada perspsi negatiif pulak

Jika kelebihan kereta anda adalah mempunyai sarung kusyen kulit atau separa kulit
-masukkan gambar yang menampakkan sarung kusyen anda

Jika anda nak tonjolkan kelebihan kereta anda adalah mempunyai bonet yang besar (berbanding kancil, viva atau myvi..atau besar lagi daripada saga dan lain-lain)
-masukkan gambar yang menampakkan kebesaran bonet anda.
-masukkan banyak-banyak barang atau banyak-banyak beg dan tangkap gambar
-atau susun kesemua barang-barang yang muat untuk dimasukkan ke dalam bonet anda di belakang kereta (sambil bonet terbuka), untuk tunjukkan bahawa semua barang tu muat diisi ke dalam bonet kereta anda.
-Jangan lupa letak satu petunjuk saiz untuk mudahkan orang anggar berapa saiz bonet dan barang-barang anda. Petunjuk saiz adalah sesuatu yang biasa orang nampak atau ada, yang orang dapat anggarkkan saiznya (contoh: bola sepak, raket, kasut, dan lain-lain..kalau nak hebat lagi letak la pembaris panjang satu..orang tau la 1 pembaris panjan tu 30cm..hehe..)

Ok, bateri laptop nak habis, nanti saya share lagi.

Kalau bermanfaat untuk anda share la di facebook ke..tak pun komen ke kat bawah ni..semangat sikit saya nak kongsi tips-tips seterusnya.

Thursday, September 10, 2015

Cara Jual Kereta di Mudah.my-Siri 2 (Penetapan Harga)

Saya kongsikan sedikit pengalaman dan ilmu serta pendapat saya berkenaan penetapan harga dalam menjual kereta di mudah.my. Cara ini tak semestinya sesuai untuk semua keadaan. Dan cara ini boleh juga kadang-kadang digunakan untuk jualan lain, seperti jual motorsikal (saya pernah buat dan dapat jual sebuah motorsikla di mudah.my)

Macam mana nak letak harga jualan kereta di mudah.my

1. Ana kenalpasti market calue kereta anda.

Caranya?

Anda search harga jualan kerta yang sama spec dan sama tahun dengan anda dari seluruh Malaysia, dalam mudah.my. Biasanya harga yang lebih kurang sama tu, adalah market value.

Market value tu maksudnya harga semasa kereta anda.

Nak tahu lebih tepat, anda boleh tengok harga yang dijual oleh company. Company ni biasanya kedai kereta terpakai. Mereka biasanya jual kereta ikut harga market value kerana bank pun akan bagi loan ikut market value. Kalau mereka jual mahal-mahal pun, tak lepas loan.

2. Ok, anda dah tahu market value. Langkah kedua adlaah letak harga lebih kurang daripada market value.

Ada beberapa strategi. Kalau kereta anda lebih kurang sama ja macam kereta yang orang lain jual, anda boelh letakkan harga kereta anda kurang sedikit daripada harga yang orang lain jual. Tapi jangan kurangkan banyak sangat. Mungkin dalam RM100-RM500.

Dengan cara ni, ia lebih menarik pembeli berpotensi. Ini kerana, mereka akan rasa akan lebih jimat beberapa ratus jika membeli kereta anda.

Anda nak rugi RM100-RM500 atau anda nak rugi sebab tak dapat jual kereta anda?

3. Jangan letak harga terendah yang anda boleh tawarkan.

Sesetenagah penjual, nak jual cepat kereta mereka. Atau tak kisah sangat harga jualan, rugi sikit pun takpa.

Walaupun anda berfikiran begini, jangan letakkan harga terendah anda di mudah.my.

Letakkan harga yang rendah sedikit dari harga market value dalam mudah.my. Kemudian anda tulis "Harga boleh dirunding" HHarga boleh kurang lagi"

Sebab, pembeli di mudah.my biasanya akan mintak pengurangan harga. Jika anda letak harga terendah anda, nanti anda akan rugi.

Sekurang-kurangnya bila pembeli call anda dan mintak kurang, anda boleh beritahu harga berdekatan dengan harga terendah anda atau terus bagitahu harga terendah anda.

Jangan letakkan harga terendah tersebut di mudah.my kerana anda akan menzalimi penjual lain juga. Mereka pun nak untung dan nak cover kos mereka yang anda tak perlu tampung..kos kedai, kos iklan, balance hutang bank dan lain-lain.

4. Jika kereta anda ada kelebihan berbanding kereta-kereta lain dalam model dan spec yang sama yang dijual di mudah.my, anda boleh letakkan harga yang lebih berbanding harga 'market value' di mudah.my.

Ianyan dipanggil 'added value'. Sekiranya ada 'added-value', orang sanggup untuk beli kereta anda pada harga yang lebih mahal.

Mungkin kereta anda ada tayar baru, mungkin sarung kusyen kulit, atau sportrim berkualiti, atau pemain DVD berkualiti, kamera belakang..dan lain-lain.

Ok, nanti ada masa saya sambung lagi. All the best.

Siri 1: Target market
Siri 3: Gambar

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...