Monday, January 30, 2012

"Ceritala mak.."

HAI AWAK YANG GILA SEKS. SAYA DAPAT JEJAKI IP KOMPUTER/TELEFON/IPAD/TABLET AWAK. SAYA DAPAT TAHU LOKASI AWAK. SAYA BOLEH HACK AWAK DAN TAHU IDENTITI AWAK. SAYA AKAN LAPOR KEPADA POLIS. ORANG GILA SEKS MACAM AWAK MERBAHAYA KEPADA MASYARAKAT. SEMOGA AWAK INSAF.



Hari ni hari Jumaat. Petang ni aku akan balik rumah. Bosan. Di rumah tak dapat main dengan kawan-kawan. Tak dapat main badminton, bola tampar, dan bola sepak dengan kawan-kawan. Aktiviti sukan macam tu memang menjadi aktiviti rutin kegemaran aku di sekolah asrama penuh ni. Balik rumah aku hanya habiskan masa dengan tidur berpanjangan. Dan bermain video game yang dah bosan aku main berulang kali.

“Da besar anak mak. Ensem. Mesti ramai awek kat sekolah ni..”
Mak mengusik..cuba ajak berbual barangkali.

“Takdela mak..”
Jawabku sepatah.

“Tengok muka tu..Parut jerawat da kurang la. Anak mak pakai clean and clear ya?”
Mak cuba memancing lagi untuk ajak aku berborak..

Aku tersengeh ja.

“Teringat dulu masa anak mak ni umur 3 tahun. Masa tu ayah gi kursus. Ko tiba-tiba kena demam campak. Sampai ke mulut ko kena. Nak bagi ko minum pun mak guna straw..”

Mak da mula da..Cerita yang sama..Jalan cerita yang sama.

“..mak jaga anak mak ni tak bagi kena hujan..taknak berparut kulit anak mak ni..nanti besar tak ensem pulak..bla..bla..bla..”

Aku dengar..layan tak layan..lepastu aku blah..Tak bagi mak sambung dan teruskan cerita yang aku da dengar berulang kali.

….Enam tahun kemudian…

Penat betul drive pulang ke kampung ni. Jauhnya. Bertolak pulang ke kampung habis keja tadi, nak dekat Subuh baru sampai.

“Assalamualaikum mak. Sihat mak?”
Mak membalas salam.

“..Mak sihat.”

Aku kucup pipi mak. Kesian mak. Da mengantuk sangat. Tak lena tidur tunggu anak dia balik. Bimbang tak tersedar waktu anaknya sampai.

Esoknya kami makan malam bersama di sebuah restoran mewah. Aku sibuk bercerita tentang tempat keja baruku.

Mak menyampuk.

“Mak dulu keja gaji tak banyak pun. Kena kutip pucuk ubi kayu kat belakang rumah, betik muda..pegaga liat tepi parit buat masak..bla..bla..bla..”

Mak ulang cerita sama lagi..Dah berpuluh kali aku dengar cerita ni..Mak tak bosan ke asyik cakap cerita yang sama. Mengomel aku dalam hati.

Aku cuba layan dan akhirnya berusaha menukar topik perbualan supaya mak tak ulang banyak lagi cerita sama yang mak dah biasa cerita sejak aku kecil hingga aku besar sekarang. Aku boleh ingat setiap konotasi cerita tu dan boleh betulkan cerita-cerita pengalaman mak tu kalau mak tersilap atau terlupa.

….

Waktu tu aku da berumahtangga. Anakku dah empat orang. Komitmen pada keluargaku membuatkan aku jarang berkesempatan pulang ke kampung menjenguk mak.

Suatu hari aku pulang ke kampung. Anakku waktu itu terkena sakit demam campak. Agak teruk.

“Ha, ayah ko dulu kena sakit macam adik ko ni la. Seluruh badan kena. Waktu tu umur dia berapa ntah, nenek tak ingat.”

Em, mak da jadi pelupa? Aku sambung cerita mak. Walau aku da bosan dengan cerita sama berulang kali..
Malam tu mak ambik kesempatan berbual dengan aku waktu orang lain da mula tidur.

“Suka mak tengok ko da senang..Nak makan apa ja boleh beli. Dulu, mak keja gaji kecik ja. Kutip sayur, ulam kat luar rumah untuk masak..bla..bla..bla..”
Ya..cerita sama lagi berulang untuk kali keberapa ntah.

Aku cuba memendekkan cerita mak..Buat-buat mengantuk..Akhirnya bangun ke bilik tidur. Mak memahami dan tak mengambil hati..mak juga bangkit dari sofa dan menuju ke bilik tidurnya..memang mak pun sebenarnya mengantuk juga.

….

Tiga tahun kemudian..mak sakit teruk. Mak tak dapat bertutur dengan baik. Mak hanya mampu memberi reaksi muka dan membunyikan suara dengan beberapa nada untuk membolehkan dia berkomunikasi dengan orang sekelilingnya.

Bila aku balik. Mak seperti mahu mengajak aku berbual seperti dulu. Bila aku temankan mak sebentar sebelum masuk tidur..

Mak kelihatan cuba berusaha sungguh untuk bercakap..

“Mak..mak rehat ya..”

Moga mak cepat sembuh..

“Mak..sembuhla mak..Lan nak dengar cerita mak lagi..” bisikku dalam hati.

….

Pelbagai usaha telah aku dan saudara maraku lakukan untuk mengubati mak. Doktor kata mak da tak dapat dirawat lagi..

Aku redha..Namun hatiku masih menaruh harapan tinggi agar mak sembuh..Doa tak henti-henti aku panjatkan..

...

Allah lebih sayangkan mak..Mak pergi dijemput Ilahi..

Esak tangis memenuhi ruang rumah mak..


Sebulan berlalu. Aku pulang ke kampung..Ke rumah mak..yang kini tidak berpenghuni..Aku duduk di sofa tempat aku dulu sering menemani mak bila mak berjaga malam. Tempat mak selalu berusaha mengajakku untuk berborak..

“Mak..Lan rindukan mak..Sunyinya rumah ni mak..Macammana mak tinggal sorang-sorang sini dulu masa Lan takda kat rumah..”

“Mak..Lan rindu nak dengar cerita mak..Lan tak kisah mak kalau mak ulang cerita sama pun..Lan tak kisah..Asalkan menghiburkan hati mak..Dan mengubati kesunyian dan kerinduan mak..”


Kini aku sedar dan faham. Kenapa mak hanya sering mengulangi cerita yang sama dulu. Usia mak yang makin meningkat tak mengizinkan mak menghadapi pengalaman baru setiap hari sepertimana mereka yang meningkat dewasa. Setiap hari rutinnya pasti hampir sama. Jadi tiada cerita baru yang penting dan menarik untuk dikongsikan. Mak bercerita sekadar mahu aku menjadi pendengar ceritanya. Sekadar mahu mengubati kerinduannya dan kesunyiannya bila aku tiada di rumah.


“Mak..Lan sayang sangat kat mak..” Masih tergambar saaat akhir aku kucup pipi mak..

...

Moga mak bahagia di sana...

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...