Sunday, March 14, 2010

Awak terlalu ego..


"Awak terlalu ego..kalau awak tak berubah tak mustahil nanti awak akan susah nak terima teguran dari orang bawahan awak atau yang lebih rendah tahap pendidikan dari awak.."

Macamtu la lebih kurang teguran yang aku pernah terima..yang buat aku selalu berfikir dan termenung panjang..kadang-kadang aku tak sedar yang aku ada tabiat buruk begitu..terima kasih kepada yang menegur..

Buatkan aku kadang-kadang termenung dan berfikir sejenak tindakan-tindakan yang aku dah lakukan dan peristiwa-peristiwea yang dah aku lalui..dan kaitkannya dengan pernyataan seperti di atas tu..adakah aku buat tindakan yang tak sepatutnye..adakah aku tak kawal ego aku tadi??

Terima kasih..beberapa orang dah bagitau, termasuk dua orang yang pada pendapat aku boleh baca psikolgi manusia dari pengalaman dan dari kurniaan kelebihan kepada dia..Kesimpulannya, salah satu kelemahan utama aku adalah ego.

Rasanya semua orang ada ego, mungkin kelemahan aku tu adalah ego yang tinggi..haha..teringat dulu baca buku 'Membina Imaginasi Cemerlang'..tak silap penulis buku tu kata..kita kena punyai ego diri yang tinggi..mungkin aku salah faham..kadang-kadang keliru, sebab ada baca yang kita sebagai hamba tak sepatutnya punyai sifat ego..

Kesimpulannya..aku kena kawal sifat ego ni..mungkin ada masa diperlukan kot..nanti aku kaji dan cari maklumat lagi..haha..

Well, setiap orang ada kelemahan tersendiri..aku pernah tanya sorang Arab yang lebih berpengalaman..tolong nasihatkan saya macam mana saya nak atasi kekurangan saya ni..dia jawab..em..semua orang ada kekurangan tersendiri..tak semestinya kita perlu berubah..saya ada masalah sikit dari segi nak faham ayat bahasa inggeris yang dia cakap tapi kesimpulan yang saya dapat..tiap orang ada kelemahan tersendiri..tak semestinya perlu berubah..yang penting kita usaha untuk kawal kelemahan kita tu..

Dia nasihat..aku boleh cuba cara ni:
1. Sedekah pada anak yatim kemudian usap-usap kepala anak yatim tu.
2. Sujud lebih lama
3. Hafal dan ingat asmaul husna.(mungkin juga hayati maksud-maksudnya sekali)
4. Berdoa dengan menggunakan asmaul husna..gunakan nama-nama Allah..(macam YA GHAFAR..YA LATIFF..YA 'AZIZ..YA RAHMAn..YA RAHIM..)

^_^ Semoga bermanfaat

Anda juga mungkin meminati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...